Enaknya jika dapat menikmati Kuih Jongkong yang sedap. Lemak lembut, memang tidak puas dimakan. Bagi anda yang menggemari kuih tradisional ini, bolehlah cuba hasilkan sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Kia Cater. Sangat mudah. Pasti puas hati bila lihat hasilnya. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN LAIN: Gula merah secukupnya – beli online disini Daun pisang – dibersihkan dan dilayur
CARA MEMASAK: 1. ADUNAN PANDAN: Satukan semua bahan dan kacau hingga tepung larut. 2. Kacau mesra adunan dan masak guna api sederhana hingga pekat. 3. Pastikan tekstur adunan agak lembut. Jika keras, tambah air panas. 4. ADUNAN SANTAN: Satukan semua bahan-bahan untuk adunan santan. Sebatikan dan masak atas api. Jika adunan keras, tambah sedikit air panas. Paling sedap jia adunan lembut-lembut sahaja dan tidak keras. 5. AIR GULA: Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut. Ketepikan dan biarkan sejuk. 6. Untuk membuat Kuih Jongkong, ambil daun pisang yang telah dilayurkan dan sudukan gula merah. 7. Kemudian letak adunan pandan diikuti adunan santan dengan secukupnya.
IKLAN
8. Bungkus Kuih Jongkong dengan kemas dan kukus selama 15 minit.
9. Tunggu kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dihidang. Tuang air gula sewaktu dinikmati.
Bahan yang leftover jangan pula dibuang. Boleh diolah menjadi menu yang mengenyangkan. Kalau korang ada nasi sejuk yang belum rosak tu, bolehla cuba resepi ni ya.
Bahan-bahan:
Nasi sejuk
1 batang daun bawang
carot sagat halus
2 biji telur
garam
1 sudu tepung gandum
*kalau korang nak tambah lain-lain bahan contoh daun sup, kentang,isi udang silakan.
Cara membuat:
1.Campurkan semua, jangan tambah air ye. kacaukan bagi sebati semua.
2.Sudukan adunan dalam kuali, goreng dengan minyak yang sedikit,bukan macam kita goreng minyak yang banyak.
3.Hasilnya macam ni,terliur tak,hah bolehlah bancuh untuk minum petang ni atau buat sarapan pagi. Sedap dimakan panas-panas cicah dengan sos cili thai pun umph.
Selalunya kulit jagung akan dibuang dan hanya mengambil isi jagung sahaja. Tidak perlu mencari daun pisang resipi lepat jagung manis ini menggunakan kulit jagung sebagai pembalut kuih lepat. Sangat bijak dan tiada pembaziran dalam proses masak lepat kerana semua digunakan sepenuhnya.
LEPAT JAGUNG MANIS
BAHAN-BAHAN:
4 tongkol jagung (disagat halus)
1 tongkol jagung (hiris)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.
2. Masak adunan hingga pekat dengan menggunakan api sederhana (kacau selalu supaya tidak hangit)
3. Sediakan kulit jagung dan masukkan 1 sudu besar adunan.
4. Bungkus dengan kemas dan kukus selama 20 minit.
Kuih muih tradisional Melayu memang punya kelompok peminatnya yang tersendiri. Kalau makan yang sedap, fuhhh…satu memang tak cukup. Bagi anda yang suka makan Kuih Bakar Daging @ berlauk ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Sha Syariza ni. Nampak sedap!
KUIH BAKAR DAGING
BAHAN KUIH BAKAR:
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan kelapa
2 biji telur gred A
150ml air
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya
Sedikit pewarna kuning
Hirisan daun bawang secukupnya – hiasan
Hirisan cili merah – hiasan
1/2 sudu makan minyak sapi – guna waktu nak bakar kuih.
BAHAN INTI DAGING:
1 biji ubi kentang – didadu
150gm daging kisar
1 sudu makan rempah kari daging
1 biji bawang besar – didadu
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1/2 inci halia
1 sudu makan kerisik
Sedikit air
Hirisan daun sup secukupnya
Sedikit hirisan cili merah
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Pertama sekali, masak inti terlebih dahulu. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau rata.
Tuang sedikit air dan masak hingga rempah kari garing. Masukkan daging dan gaul rata. Biar sehingga daging masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
Masak hingga kering. Masukkan hirisan daun sup dan cili merah. Gaul rata dan matikan api. Sejukkan.
Untuk menyediakan adunan Kuih Bakar, satukan telur, santan dan air. Kacau rata dan masukkan tepung. Kacau lagi hingga tidak berbintil-bintil.
Masukkan pewarna kuning dan sedikit garam. Tapis dan ketepikan.
Untuk memasak Kuih Bakar, panaskan acuan atas dapur. Guna api yang sederhana.
Kemudian masukkan sedikit minyak sapi (anggaran 1/2 sudu besar). Tuang adunan Kuih Bakar hingga memenuhi 3/4 acuan. Masak dengan api kecil hingga bahagian tepi nampak garing.
Seterusnya masukkan 1/4 bahagian inti tadi, pastikan anda tabur rata-rata. Tutup permukaan acuan sekejap.
Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 180C, guna api atas sahaja. Alihkan acuan dari atas dapur gas tadi ke dalam ketuhar.
Terus membakar hingga permukaan kuih menjadi perang keemasan. Keluarkan dari ketuhar, biar sekejap dan keluarkan kuih tadi.
Tabur hirisan daun bawang dan cili merah cincang atasnya sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.