Resipi agar-agar lumut gula merah ini memang sedap dan menyegarkan tekak bila memakannya. Bayangkan, dah seharian berpuas.
Tentu sejuk rasa bila makan agar-agar yang sedap manis ini kan? Boleh ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Tengku RosElyza Raja Muhammadini ye. Selamat mencuba.
Terasa nak makan ‘something’ tapi tak ada idea nak masak apa? Ha…Ini ada resipi Cucur Kentang perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan. Sangat mudah untuk dibuat dan kanak-kanak pasti suka. Jika nak pedas, boleh tambahkan hirisan cili padi. Sesuai sangatlah untuk dicuba. Buat minum petang boleh , untuk sarapan pun sesuai. Malah kalau nak dijadikan kudapan sewaktu menonton televisyen pun ‘best’. Jom cuba dan lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI CUCUR KENTANG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan ke dalam bekas dan adun hingga sebati hingga mendapat tekstur seperti dalam gambar.
2. Resipi ini tidak menggunakan banyak air dan tepung. Tepungnya hanya cukup setakat untuk menyaluti kentang.
3. Sudukan adunan dan goreng hingga keperangan.
4. Angkat, toskan minyak dan bolehlah dinikmati bersama sos kegemaran.
Tak tahu nak makan apa untuk juadah petang? Bosan dah kena asyik menggoreng saja. Nah apa kata, kita buat hidangan yang kukus sahaja. Sihat dan senang!
Ini antara resipi-resipi kuih apam homemade yang sedap dan anda boleh cuba. Pasti puas hati!
1.Cairkan dengan api perlahan. Dah cair semuanya, masukkan air. Biarkan didih. Tutup api. Sejukkan. 2.Kemudian, bahan bertanda * dikisar bersama hingga kembang. Kemudian, masukkan soda bikarbonat, tepung gandum dan gula karamel tadi. Kisar lagi sekali hingga sebati. 3.Panaskan kukusan terlebih dahulu. Kemudian, tuang dalam acuan yang disapu marjerin kukus 45 minit atau hingga masak.
1.Mula-mula, bahan yang bertanda * dikisar bersama. Kemudian, masukkan tepung beras, tepung gandum dan yis. Kacau hingga sebati. 2.Akhir sekali, masukkan garam halus. Kacau lagi. Kemudian, perap dalam ½ jam hingga ke satu jam di dalam bekas yang bertutup rapat. 3.Tuang dalam acuan yang sudah disapu dengan minyak. Kukus selama 15 minit (pastikan air sudah mendidih, baru letak adunan untuk dikukus).
1.Campur semua ke dalam bekas. Kacau sebati. 2.Perapkan adunan lebih kurang 1 jam dalam keadaan bertutup. 3.Sapu sedikit minyak pada acuan/loyang. Tuang adunan (adunan jangan dikacau) 4.Kukus selama 15 minit. Kalau yang nak guna loyang kukus selama 1 jam atau sehingga apam masak.
3 biji telur 1 cawan gula 1 sudu makan ovalet – beli online di sini 1 cawan ice cream soda
3 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder (ayak dua bahan ini)
CARA-CARA:
1. Putar telur, gula dan ovalet hingga betul-betul kembang dan kental. Masuk air ice cream soda. Putar perlahan bagi sebati. Kemudian, baru masukkan tepung yang telah diayak tadi sikit-sikit sambil diputar perlahan. Bila dah sebati, matikan mixer, adunan siap. 2.Bahagikan adunan ikut bilangan warna yang dikehendaki. Seterusnya, sediakan papercup yang telah dimasukkan ke dalam acuan kuih lompang atau apa-apa acuan yang sama saiz dengan papercup yang diguna.
3. Isikan adunan ke dalam papercup. Boleh masukkan adunan yang berwarna putih dahulu, kemudian baru letakkan adunan warna merah dan adunan hijau. Pastikan adunan memenuhi papercup. 4. Panaskan kukusan. Kukus 5 minit sahaja dengan api besar. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih untuk dapatkan apam jadi mekar.
1. Pukul telur dan gula sampai berbuih/putih/kembang. Boleh juga gunakan alat pengisar. 2.Masuk tepung gandum. Kisar lagi sampai sebati. 3. Adunan tadi bahagi kepada dua iaitu satu warna asal dan satu adunan lagi letak milo. Kacau sebati. 4. Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik. Loret guna lidi atau garfu untuk nampak berbunga-bunga (ikut suka tiada paksaan) 5. Kukus selama 20 minit. *Bagi yang tak suka manis boleh kurangkan manis
Bulan puasa ni, ramai yang suka berbuka dengan Puding Karamel. Lembut, lemak dan manis. Memang sedap! Namun ada ketika bila buat sendiri, puding seakan tak menjadi. Sedihnya! Usah bimbang kerana resipi di bawah ni ada boleh cuba. Mudah & pastinya anda berpuas hati.
Pelajari cara menyediakan Gulai Khopeh Ayam Kelantan yang sedap, berlemak dan memikat selera dengan tip membersihkan kaki ayam serta langkah memasak kuah tradisional Kelantan yang autentik.