Ads

5 Candy Zaman Kanak-Kanak Paling Nostalgia Yang Memang Best!

Dulu, tak perlu dessert mahal atau candy import untuk buat kita happy.

Cukup ada beberapa keping duit syiling, pergi kedai runcit atau kantin sekolah dan pilih gula-gula kegemaran. Ada yang kita beli sebab sedap, ada yang sebab bentuknya pelik, malah ada juga yang sebenarnya dibeli semata-mata kerana nak mainan di dalam kotak.

Jom kita throwback lima candy zaman kanak-kanak dan snek yang pernah menjadi sebahagian daripada kenangan ramai rakyat Malaysia.

Daripada gula-gula dalam tin kecil hinggalah snek coklat dengan mainan misteri, setiap satu ada cerita tersendiri. Ada yang masih boleh dijumpai hari ini, tetapi pengalaman membelinya ketika zaman sekolah memang susah nak diganti.

1. Fruit Candy Tin
5 Candy Zaman Kanak-Kanak Paling Nostalgia Yang Memang Best!

Kalau pernah nampak tin kecil berisi gula-gula buah berwarna-warni, memang terus rasa nostalgia.

Fruit Candy Tin biasanya hadir dengan pelbagai perisa buah seperti oren, lemon, anggur dan strawberi. Bentuknya kecil, keras dan mempunyai rasa manis buah yang cukup familiar.Yang buat candy ini lebih memorable bukan sekadar rasanya, tetapi bekas tin itu sendiri.

Lepas gula-gula habis, tin tersebut kadang-kadang masih disimpan untuk letak duit syiling, pemadam, barang kecil atau dijadikan koleksi.Dulu beli sebab nak makan candy, akhirnya tin pula yang kita sayang nak buang.

Kalau jumpa semula tin yang sama hari ini, mesti terus teringat zaman menyimpan macam-macam barang kecil yang kita rasa sangat berharga dahulu.

2. Haw Flakes

5 Candy Zaman Kanak-Kanak Paling Nostalgia Yang Memang Best!

Bentuknya memang cukup ikonik.Kepingan nipis berwarna merah jambu gelap disusun bertingkat-tingkat dalam pembungkus berbentuk silinder kecil.Haw Flakes diperbuat daripada buah hawthorn dan terkenal dengan kombinasi rasa manis serta sedikit masam.

Cara makannya pun ada dua jenis orang.Ada yang sabar makan sekeping demi sekeping.Ada juga yang terus keluarkan satu timbunan dan gigit sekaligus.Kalau pernah buat cara kedua, memang sah pernah melalui zaman Haw Flakes!

Walaupun nampak sederhana, gula-gula ini ada keunikan tersendiri. Teksturnya, rasa masam manis dan cara kepingannya disusun membuatkan Haw Flakes cukup mudah dikenali.

Ads

3. Tora & Ding Dang
5 Candy Zaman Kanak-Kanak Paling Nostalgia Yang Memang Best!

Kalau nampak dua nama ini, mesti automatik teringat satu benda iaitu mainan dalam kotak.Tora dan Ding Dang cukup sinonim dengan zaman kanak-kanak kerana menggabungkan snek coklat dengan surprise toy.

Dulu, perasaan membuka kotak untuk tengok mainan apa yang dapat memang lain macam.Kalau dapat mainan yang kita belum ada, seronoknya boleh bawa sampai sekolah esok.

Dan siapa boleh lupa tagline:“Tora datang lagi!”

Memang satu ayat sahaja sudah cukup untuk trigger memori zaman kecil.

Menariknya, kadang-kadang kita lebih excited nak tengok mainan berbanding nak makan snek coklat itu sendiri. Kalau dapat mainan yang sama berulang kali, mulalah berharap kotak seterusnya ada sesuatu yang berbeza.Itulah antara pengalaman candy zaman kanak-kanak yang susah nak dilupakan.

4. CC Stick

5 Candy Zaman Kanak-Kanak Paling Nostalgia Yang Memang Best!

CC Stick pula jenis candy yang boleh buat kita leka.Bentuknya seperti tiub kecil dengan bahagian tengah berperisa buah. Cara menikmatinya ialah dengan menggigit dan menarik bahagian candy tersebut sedikit demi sedikit.

Ads

Memang bukan jenis candy yang terus masuk mulut dan habis.Ada prosesnya.Itulah yang membuatkannya fun ketika zaman kanak-kanak. Lagi lama boleh makan, lagi rasa macam berbaloi duit belanja sekolah.

Kalau beli masa rehat sekolah, memang boleh ambil masa untuk habiskan satu. Kadang-kadang sambil berjalan balik ke kelas pun masih sibuk menikmati candy ini.Benda kecil macam inilah yang membuatkan pengalaman membeli gula-gula dahulu terasa lebih menyeronokkan.

5. Koala Gum
5 Candy Zaman Kanak-Kanak Paling Nostalgia Yang Memang Best!

Sebut zaman sekolah, gula-gula getah memang tak boleh tinggal.Koala Gum juga antara candy yang mudah mengingatkan ramai kepada zaman kedai runcit dan kantin sekolah.

Bila dapat gula-gula getah, mestilah ada satu misi utama.Nak buat bubble.Mula-mula kecil.Kemudian cuba lagi sampai besar.Kalau pecah dan melekat dekat muka, itu cerita lain.

Tak kiralah berapa lama rasa manisnya bertahan, aktiviti mengunyah dan berlawan siapa boleh hasilkan bubble paling besar itulah yang membuatkan gula-gula getah begitu sinonim dengan zaman kanak-kanak.

Kalau ada kawan yang pandai buat bubble besar, mesti kita pun nak cuba. Kadang-kadang sampai lupa berapa kali dah cuba, tetapi bubble masih tak menjadi.

Kenapa Candy Zaman Kanak-Kanak Masih Buat Kita Rindu?

Bila difikirkan semula, candy zaman kecil sebenarnya sangat sederhana.Tak perlu packaging mewah.Tak perlu rasa pelik-pelik.Kadang-kadang satu candy kecil atau sekotak snek dengan mainan pun dah cukup buat kita teruja.Yang kita rindukan mungkin bukan rasa gula-gula itu semata-mata.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Kita rindukan pengalaman berjalan ke kedai runcit, memilih candy dengan duit belanja sendiri, berkongsi dengan kawan dan rasa seronok bila dapat beli sesuatu selepas sekolah.

Malah, setiap candy zaman kanak-kanak ini mungkin mengingatkan kita kepada kawan sekolah, suasana kantin atau kedai runcit yang selalu menjadi tempat singgah sebelum balik rumah.

Sebab itu bila ternampak semula Fruit Candy Tin, Haw Flakes, Tora, Ding Dang, CC Stick atau Koala Gum, memori lama terus datang balik.Candy mungkin kecil, tetapi kenangan yang datang bersamanya memang besar.

Yang mana satu paling korang rindu?

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Jajan Legend Orang Dulu-Dulu. Kerepek Ubi Kayu Sira Gula Memang Sedap!

Cekodok Roti Gula Paling Gebu & Sedap, Cara Mudah Habiskan Roti Lebihan

https://www.rasa.my/kek-batik-milky-cheese/

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

7 Candy Tradisional Dari Pelbagai Negara Yang Unik & Menakjubkan

Candy tradisional dari 7 negara yang unik dan menarik! Kenali lokum, konpeito, Dragon’s Beard Candy dan pelbagai manisan warisan dunia.