Menurut seorang ahli facebook group Rasa Share Resipi, Farisha Sofea, kuih general Mahbob ini juga dikenali sebagai kuih general mabuk. Kuih ini merupakan kuih tradisional negeri Pahang.

Walaupun kuih general Mahbob sangat terkenal dalam kalangan penduduk Pekan namun kuih ini sukar didapati di daerah lain dalam negeri Pahang itu sendiri. Biasanya kuih ini dibuat semasa meraikan majlis majlis tertentu sahaja.

Jom kita lihat resipinya.

KUIH GENERAL MAHBOB

General Mahbob, Kuih Tradisional Pahang Yang Semakin Jarang Ditemui

IKLAN

BAHAN TAHI MINYAK
1 cawan santan pekat
Sedikit garam

CARA MEMBUAT TAHI MINYAK
1. Satukan santan pekat dan garam di dalam kuali.
2. Gunakan api kecil sahaja. Sentiasa kacau dan masak sehingga keluar tahi minyak berwarna coklat.
3. Tapiskan dan sejukkan. Ketepikan.

IKLAN

BAHAN KUIH
1 cawan air
1 cawan gula
1 helai daun pandan (disimpul)
3 sudu besar tepung beras
5 biji telur ayam gred A
1 cawan santan pekat
Sedikit pewarna kuning

CARA MEMBUAT KUIH
1. Dalam bekas, satukan air , gula dan daun pandan. Masak di atas dapur sehingga gula larut sepenuhnya. Sejukkan seketika.
2. Sementara itu, sangaikan tepung beras sehingga kekuningan. Biarkan sejuk seketika.
3. Panaskan periuk kukusan.
4. Ambil mangkuk. Masukkan telur ayam. Pukul telur ayam sehingga sebati.
5. Masukkan santan. Ambil air gula yang telah disejukkan tadi. Keluarkan daun pandan. Masukkan air gula dalam adunan. Gaul rata.
6. Masukkan pewarna kuning. Gaul lagi.
7. Masukkan tepung beras yang telah disangai tadi. Kacau sehingga tiada adunan tepung yang berketul.
8. Tapiskan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak masak atau marjerin. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
9. Setelah masak, sapukan permukaan kuih dengan sedikit minyak hasil daripada tahi minyak tadi.
10. Akhir sekali taburkan tahi minyak dan biarkan sejuk sebelum dipotong.

IKLAN
General Mahbob, Kuih Tradisional Pahang Yang Semakin Jarang Ditemui
Wow, nampak sedap!
General Mahbob, Kuih Tradisional Pahang Yang Semakin Jarang Ditemui
Cantik warnanya.

Selamat mencuba!

General Mahbob, Kuih Tradisional Pahang Yang Semakin Jarang Ditemui
Tak sabar nak makan.

Sumber: Farisha Sofea

Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI