Halia sememangnya mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan kita, terutamanya digunakan untuk mengatasi masalah angin dalam badan.
Menerusi perkongsian petua daripada Humairah Al-Hamra ini, petua amalan arwah maknya menggunakan sambal halia, menjadi senjata ampuh untuk masalah angin dalam badan, mengatasi sengal-sengal sendi, kebas-kebas kaki dan tangan, lenguh-lenguh badan, badan rasa tak bermaya, urat masuk angin.
Sambal halia ini juga sangat bagus untuk ibu lepas bersalin yang mengalami bentan. Makan dengan nasi panas.
Insya-Allah, lepas makan badan berpeluh-peluh, buat kerja pun cergas, bangun pagi tak rasa sakit-sakit badan lagi.
1. Tumbuk semua bahan dan boleh dihidang. Makan dengan nasi panas 2. Kalau badan terasa lenguh-lenguh, elakkan makan sayuran sejuk dan banyak angin macam bayam, kangkung, daun ubi, petai dan jering ye. Pakai sarung kaki.
3. Dulu-dulu memang tak percaya petua ni. Yelah, muda-muda asyik nak kan fakta bukan auta dan kajian sains. 4. Bila dah bersalin, peranak pinak dan dah berusia ni baru tau dan rasa keberkesanan mengamalkan petua dan pantang-pantang ni.
5. Kalau tak larat nak buat sambal ni waktu sakit, buat teh halia. 6. Hiris 1 inci halia, masukkan dalam secawan air panas, bila dah suam, minum perlahan-lahan sampai habis. Amalkan hingga badan rasa cergas semula.
“Saya suka masak kari, tapi rasanya tak sesedap yang saya makan di kedai. Terutamanya di restoran mamak. Apa rahsia mereka ya?”.
Kali ini, RASA ingin berkongsi 15 rahsia untuk memasak kari yang sedap. Ada sesetengah daripada tip ini yang mungkin akan mengejutkan anda. Ayuh, teruskan membaca!
KARI AYAM atau DAGING
Rempah kena garing, tetapi jangan sampai hangus, selalu orang bancuh serbuk kari dengan air. Tapi sebenarnya kena tumis bawang dan bahan lain, kemudian masukkan rempah kari. Goreng pantas selama 1-2 minit dan masukkan air. Tak perlu banyak, cukup sekadar mencairkan rempah. Perlahankan api sehingga terbit minyak.
Kemudian barulah masukkan daun kari dan kentang. Masukkan pula daging atau ayam. Biarkan sehingga ayam atau daging mengecut, barulah ditambah air.
Apabila sudah dimasukkan air, masukkan pula santan atau susu segar. Perlahankan api dan biarkan kuah mereneh.
Apabila kentang sudah empuk, masukkan asam gelugur atau sedikit jus asam jawa sebelum diperasakan dengan garam.
Antara rempah yang boleh menyedapkan kari adalah bunga lawang, pelaga dan kayu manis.
Cara memasak kari daging adalah lebih kurang seperti kari ayam cuma kebanyakan orang utara lebih suka memerap daging dengan rempah kari sebelum dimasak. daging akan menjadi lebih lembut. aroma kari juga akan meresap ke dalam daging dan menjadikan kuahnya lebih sedap.
KARI IKAN
Untuk kari ikan yang sedap, anda boleh masukkan 1 sudu besar beras yang disangai dan ditumbuk halus selepas selesai menumis. Kacau rata.
Jika anda menggunakan ikan yang hanyir, campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan. Ia dapat memotong bau hanyir ikan.
Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik.
Untuk menyedapkan lagi kari ikan, anda boleh ‘patahkan’ 2-3 biji cili hijau dan masukkan ke dalam kari selepas masukkan ikan.
Jika anda mahu menggunakan bendi di dalam kari, ia tidak perlu dicampur sekali. Anda hanya perlu merebus bendi dalam air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (jangan terlalu lama). Ketika mahu menghidang kari, baharulah dimasukkan bendi (ini adalah optional).
Sebelum anda masukkan ikan ke dalam kari, pastikan kuah kari sudah menggelegak. Jika tidak, isi ikan mudah hancur dan membuatkan kuah menjadi hanyir.
Apabila ikan sudah masak, kecilkan api untuk biarkan ia terbit minyak dan tidak perlu terlalu lama.
Ketika menumis, gunakan rempah seperti biji sawi, halba dan jintan putih/halus. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
Jika mahukan rasa kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum dimakan. rasa rempah dan santan akan menjadi lebih sebati dan kuahnya juga akan memekat. Apabila dipanaskan, rasanya lebih sedap.
Korang suka makan Bubur Kacang Hijau, tapi selalu ambik masa nak rebus kacang hijau tu kan. Sebenarnya masalah ini boleh selesai dengan cara ikut tip yang RASA kongsikan ini. Boleh cuba sebab mudah sangat.
Rendam Kacang Hijau
Sebelum rebus pastikan kacang hijau direndam dahulu lebih kurang 3-4 jam atau supaya apabaila direbus kacang cepat empuk.
Masukkan Kacang Bila Air Mendidih
Masak air dalam periuk dan masukkan kacang hijau selepas air rebusan mendidih. Air mendidih boleh membantu kacang lebih cepat empuk dan kandungan nutrisinya tetap kekal dalam rebusan kacang.
Api Sederhana
Disarankan menggunakan api sederhana, tidak terlalu kecil atau besar, dengan cara ini kacang hijau yang direbus lebih mudah empuk dan masak sempurna.
Campurkan Gula dan Garam Apabila Kacang Empuk
Jika ingin menambah perisa seperti gula dan garam pada rebusan kacang hijau sebaiknya tambah ketika kacang hijau mula kembang. Jika dimasukkan awal kacang hijau sukar empuk.
Diharapkan tip berikut membantu rebusan kacang hijau lebih cepat empuk dan masak sekata.
Cara simpan cili padi ini sesuai untuk yang selalu beli tapi akhirnya terbiar lembik dan busuk dalam peti ais.
Kaedah menyimpan cili padi perkongsian Mazeline Soning boleh memastikan cili ini tahan lama hingga bertahun-tahun. Ia akan kekal segar, pedas dan sedap bila digunakan.
Cara Simpan Cili Padi Supaya Tahan Bertahun
1. Cuci cili padi dengan air bersih, kemudian toskan sehingga kering.
2. Potong hujung tangkai cili untuk mudahkan ia menyerap bahan perapan.
3. Masukkan cili ke dalam bekas bersih, kemudian taburkan garam dan gula secukupnya.
4. Biarkan cili dalam keadaan suhu bilik selama 12–24 jam.
5. Selepas cukup tempoh, tuangkan cuka makan sehingga cili tenggelam sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk.
6. Apabila nak guna, ambil cili saja secukupnya tanpa cuka. Rasa cili tetap pedas dan aromanya kekal segar walaupun dah lama disimpan.
INFO
Kaedah ini dipanggil fermentasi semula jadi, di mana gula, garam dan cuka bertindak sebagai bahan pengawet.
Cuka makan bukan sahaja mengekalkan kesegaran cili, tapi juga bertindak sebagai antibakteria yang menghalang kulat dan kerosakan.
Cili yang disimpan begini sesuai digunakan untuk semua jenis masakan sambal, tumis, sup atau sebagai penambah rasa dalam masakan bergoreng.
Pastikan bekas simpanan kering dan bersih supaya cili tidak cepat rosak.
Lebih baik simpan dalam bekas kaca kerana lebih tahan lama berbanding plastik.
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!