Resipi sambal belacan kisar ini memang menjadi dan sedap tak terkata. Boleh buat stok selama 2 minggu. Boleh makan berpinggan-pinggan nasi dibuatnya. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ini adalah tidak menggunakan tomato dan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba buat di rumah? Ini bahan-bahan yang diperlukan.
SAMBAL BELACAN KISAR
BAHAN-BAHAN:
5-6 batang cili merah | boleh buang biji jika suka
Cili padi secukupnya | boleh buang biji jika suka
Belacan | banyak lebih sedap
Air asam jawa pekat | perah guna air suam
7-8 biji limau kasturi | ambil jus
2 biji limau kasturi | belah 4, buang biji
Gula dan garam kasar secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.
2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.
3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.
Selain nasi goreng, mi goreng adalah salah satu hidangan yang selalu jadi tarikan ketika sarapan. Nak cuba masak mi goreng basah yang mudah tapi sedap? Jom try.
MI GORENG BASAH
.
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
Dua ulas bawang merah | kisar
Dua ulas bawang kecil | kisar
Sedikit cili kering | kisar
Segenggam udang kering | kisar
Segenggam ikan bilis | kisar
Fishcake | potong halus
Lobak merah | potong kecil
1 kiub pati ikan bilis
Garam dan gula secukupnya
Sos cili
Sos tomato
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Dua biji telur ayam
Sepeket mi kuning
Tauge
Daun kucai | potong halus
Kobis | potong kecil
Tomato | potong kecil
Sawi | potong halus
Sedikit air jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan kisar sehingga garing dan kekuningan.
2. Masukkan fishcake, lobak merah dan kiub pati ikan bilis.
3. Masukkan garam, gula, sos cili, sos tomato, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram. Agak-agak sukatannya.
4. Masukkan telur. Kacau lagi dan masukkan mi kuning.
5. Masukkan sayur iaitu tauge, daun kucai, kobis, tomato dan sawi.
6. Masukkan sikit air kalau rasa kering sangat.
7. Kacau lagi sebelum angkat untuk hidang.
Siapa kata aiskrim boleh dapat di kedai je? Haa kita boleh buat sendiri taw. Silap-silap lagi sedap dari yang ada di kedai. Jom kita cuba buat aiskrim potong kacang merah!Selamat mencuba!
Resipi Aiskrim Potong Kacang Merah Homemade
Bahan A
200gm gula pasir (boleh kurangkan jika kurang suka manis)
3sudu besar susu tepung
350ml air
Bahan B
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
50ml air
-campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata.
Bahan C
80gm susu pekat (ikut tahap kemanisan yg disukai)
500ml santan pekat atau susu cair 2 tin (ika pakai susu cair)
250gm kacang merah dalam tin di lecek (lagi banyak kacang lagi sedap dan apa-apa jenama tidak kisah, nak rebus kacang merah sendiri pun boleh)
Sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap
Daun Pandan (bagi wangi)
Paling penting jangan lupa letak garam secukup rasa bagi rasa lemak
Cara Penyediaan
Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.
Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masukkan bahan C. Apabila mendidih, matikan api.
Tuang dalam acuan aiskrim atau plastik aiskrim malaysia pun boleh.
Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti ais dan bekukan.
Orang kita memang cukup suka padankan hidangan lauk pauk dengan sambal. Segala jenis sambal ada, namun yang paling popular ialah sambal belacan.
Kali ini, Rasa kongsikan seleksi jenis sambal yang ada dan mudah disediakan, hasil daripada perkongsian Kak Zu. Memang nampak sedap!
SAMBAL GESEK NEGERI SEMBILAN
BAHAN-BAHAN:
30 biji cili burung kampung 4 biji cili api merah – beli online di sini ½ cawan ikan bilis ¼ sudu kecil garam 1 sudu kecil gula 1 biji perahan limau nipis
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk/chopper cili api dengan garam dan gula. Tumbuk kasar ye. Jangan lumat sangat. 2. Kemudian masukkan ikan bilis, tumbuk lagi hingga separuh hancur. Akhir sekali, perahkan air limau nipis. Siap.
SAMBAL BELACAN SIAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji cili masak 20 biji cili api 10 biji cili api merah siam Belacan 1 sudu kecil gula ½ sudu kecil garam ½ sudu kecil ajinomoto Air asam secukupnya 5 sudu cuka makan ½ biji bawang holland – beli online di sini
1. Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sampai sebati. 2. Air asam tu agak-agak nak cair atau pekat sambal ya. Jangan kisar hancur sangat tau. 3. Biar ada bahagian yang kasar-kasar tu. Baru syok bila makan gigit-gigit cili tu. Rasanya sebiji rasa macam sambal di kedai tomyam.
SAMBAL TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 biji cili masak 20 biji cili api 10 biji cili api siam merah ½ sudu kecil garam 1 sudu kecil gula (kalau tempoyak dah manis, letak gula sikit je cukup) ½ cawan ikan bilis | dibasuh
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk/kisar dalam chopper kesemua bahan. Dah hancur masukkan ikan bilis. 2. Chopper lagi ikan bilis tu bagi separuh hancur. Akhir sekali, campurkan dengan tempoyak manis.
SAMBAL LIMAU
BAHAN-BAHAN:
1 biji cili masak 20 biji cili api 10 biji cili api siam ½ sudu kecil garam 1 sudu kecil gula Belacan 2 biji limau nipis
1. Tumbuk/kisar dalam chopper kesemua bahan dan akhir sekali perahkan perahan limau. 2. Jangan masukkan air ye, nanti sambal cepat berubah rasa. Sambal akan tahan lama dalam peti sejuk. 3. Sambal ni boleh buat lauk juga. Kalau dah bosan sangat tak tahu nak masak apa, ambil ikan atau ayam, gaul garam dan kunyit. Kemudian letakkan sambal ni di bahagian atas dan masak dalam air fryer.
SAMBAL MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 biji cili masak 20 biji cili api 10 biji cili api siam ½ sudu kecil garam 1 sudu besar gula Belacan Buah mangga/bacang/kuinin | diracik-racik
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk/chopper kesemua bahan kecuali mangga. Jangan masuk air tau. Dah hancur, baru masukkan mangga. 2. Gula boleh ditambah jika mangga tak cukup manis atau sambal pedas sangat.
KUAH ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
Cili api hijau Cili api merah Cili masak Bawang besar Buah tomato (semua dihiris)
BAHAN KISAR:
Bawang besar Cili api Air asam jawa Belacan
CARA MEMBUAT:
1. Lenyekkan dan ramas-ramas dua bahan ni dengan air. Semua bahan disatukan. 2. Masukkan kerisik. Sesuaikan rasa gula dan garam serta bahan perasa. 3. Gula letak lebih sikit. Masukkan limau kasturi yang dibelah 2. Sukatan agak-agak, ikut citarasa dan kepekatan ya.
SAMBAL PICIT
BAHAN-BAHAN:
Air asam jawa Cili api Belacan Garam & gula secukupnya Ajinomoto
CARA MEMBUAT:
1. Picit-picitkan cili padi dan belacan dalam air asam jawa. Kalau suka, tambahkan perahan limau nipis. 2. Akhir sekali, masukkan ikan pelaling rebus. Warna sambal ini bergantung pada jenis asam jawa dan belacan. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto.