Udang galah dan yabby ni memang harganya agak mahal sedikit, tetapi manis rasa isinya. Tapi ingat ya, walau apa pun jenis udangnya, pilih isi dan badan udang yang pejal, baru segar udangnya.

Resipi dari udang yabby pun ada, udang air tawar dari perairan Australia. Belanja lebih la sikit,hujung minggu jadikan ia menu istimewa untuk keluarga tercinta.

1.KARI LAKSA UDANG YABBY

Cubalah 4 Variasi Lauk Udang Ni, Udang Yabby Pun Ada …

BAHAN-BAHAN:

Bahan pes laksa (dikisar) :

  • 300 gm cili kering /dibuang cili
  • 150 gm halia /dihiris nipis
  • 200 gm ulas bawang putih/ diketuk
  • 180 gm bawang kecil
  • 80 gm serai, dihiris halus
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sm belacan /dibakar terlebih dahulu
  • 1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih

 

  • 600 gm udang yabby
  • 200 gm kek ikan/ sudah dimasak
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 200 ml santan kelapa
  • 1 liter air stok ayam
  • 10 keping tofu (jika suka)
  • 12 auns peha ayam/dibuang tulang dan kulit
  • 400 gm mi laksa
  • 2 sudu kecil gula melaka /atau gula perang/garam kosher
  • 3 biji telur rebus /lembut
  • Gula dan garam secukupnya

Bahan hiasan :

  • Taugeh, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)

CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes.
2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana.
3. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit.
4. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit.
5. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi.
6. Biarkan mendidih hingga 10 minit.
7. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya
8. Celur laksa dan taugeh dalam air panas.
9. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama taugeh, daun pudina , hirisan limau dan sambal (jika suka).

Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Mi laksa, masakan Nyonya
Keistimewaan : Laksa lemak pedas dengan kemanisan udang Yabby

IKLAN

INFO CHEF : Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.

2. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT 

Cubalah 4 Variasi Lauk Udang Ni, Udang Yabby Pun Ada …

BAHAN-BAHAN :

  • 250gm udang saiz sederhana
  • 1 mangkuk kecil terung pipit
  • 5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar
  • 5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat
  • 3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat
  • 2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air
  • 1 biji bawang besar/dihiris nipis
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
2. Goreng terung pipit sebentar.
3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar.
7. Angkat dan sedia untuk dimakan.

Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Terung pipit menambah keenakan sambal udang.

IKLAN

INFO CHEF : Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.

3. GULAI KUNYIT UDANG TERENGGANU 

Cubalah 4 Variasi Lauk Udang Ni, Udang Yabby Pun Ada …

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 kg udang
  • 1/2 kg santan pekat
  • Segelas air
  • 2 sudu makan ketumbar/ ditumbuk
  • 1 sudu makan jintan manis/ditumbuk
  • 1 sm halia/ditumbuk
  • 1 sm lengkuas/ditumbuk
  • 1 sm kunyit hidup/ditumbuk
  • 4 sudu cili kisar
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Ambil periuk dan nyalakan api.
2. Masukkan semua bahan yang ditumbuk bersama pati santan dan sedikit air.
3. Apabila mendidih masukkan udang.
4. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh seketika
5. Gulai kuning udang siap untuk dihidangkan.

IKLAN

INFO CHEF : Gulai kuning atau gulai kunyit lengkuas memang cukup popular di negeri pantai timur.

Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Bahan ramuan lengkuas menyebabkan gulai kunyit tampil berbeza keenakannya dengan negeri lain.

4. GULAI UDANG GALAH NENAS NEW WORLD

Cubalah 4 Variasi Lauk Udang Ni, Udang Yabby Pun Ada …

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg udang galah
  • 350 gm nenas/dihiris
  • 3 cawan santan kelapa
  • 2 cawan air
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 helai daun limau purut/ dicarik
  • 1 sudu teh pes asam jawa

Bahan dikisar (A):

  • 12 biji cili merah
  • 15 biji bawang kecil
  • 200 gm bawang putih
  • 1 1/4 sm lengkuas
  • 4 sm kunyit hidup
  • 2 batang serai/dihiris
  • 60 gm buah keras
  • 50 gm belacan/ dibakar

CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan A, tambahkan sedikit air untuk memudahkan ia dikisar.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan A sehingga naik bau.
3. Masukkan nenas dan biarkan ia mereneh selama 5 minit.
4. Kemudian tuangkan santan. Perlahankan api dan terus kacau perlahan-lahan.
5. Masukkan udang, pes asam jawa dan gula secukupnya
6 .Biarkan udang masak. Kemudian tutup api dan masukkan daun limau purut dan kacau rat.
7. Gulai siap dihidang

Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Udang galah dan nenas terbit rasa manis dan masam yang enak

INFO CHEF : Pilih udang yang segar untuk rasa yang dijamin manis. Udang segar badannya pejal dan kepala terlekat di badan. Badannya juga menjalar bukan membengkok, bermakna ia dibekukan masa hidup dan lebih segar.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI