
Roti jala kalau buat dalam jumlah yang banyak, pasti agak sukar nak tentukan jumlah bahan-bahannya. Tapi menerusi perkongsian saudari Azwa Mohtar, beliau menunjukkan cara-cara serta sukatan bahan untuk buat roti jala yang sempurna dan pasti menjadi. Mudah je rupanya! Enak dimakan bersama kuzi atau kari ayam. Selamat mencuba. Boleh hidang untuk tetamu di hari raya nanti.
SUKATAN ADUNAN ROTI JALA YANG ‘PERFECT’
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tepung gandum
- 1 sudu makan marjerin
- 1 sudu makan garam halus
- 1 sudu teh pewarna kuning telur
- 1.7 liter air biasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.
3. Angkat dan gulung dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Azwa Mohtar
4 Pemanis Mulut Berasaskan Sagu.

Sagu antara bahan mentah yang menjadi carian ramai para suri rumah untuk dipelbagaikan menu kuih, bubur mahupun puding. Tambah santan, susu dan gula melaka, memang terbaiklah rasanya. Untuk itu, kali ini RASA sediakan empat menu pembuka selera berasaskan sagu biji yang mudah untuk anda semua cuba.
SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN
2 cawan sagu putih
5-6 cawan air
Pewarna hijau
2 helai daun pandan ⠀
BAHAN KUAH:
1 tin susu cair
1 ketul gula melaka
1/4 gula merah
3/4 cawan air
1 helai daun pandan
BAHAN SAMPINGAN:
Laici/ longan dalam tin secukupnya
500ml santan/susu cair
CARA MEMBUAT:
- Cuci bersih sagu dan rendam bersama perwarna hijau lebih kurang 20 minit, kemudian toskan.
- Panaskan air bersama daun pandan hingga mendidih. Masukkan sagu.
- Sentiasa kacau supaya sagu masak sekata hingga tidak ada biji-biji putih.
- Kemudian tuang dalam tapisan dan lalukan di bawah air paip mengalis. Ketepikan.
- Sementara itu sediakan air gula melaka. Masukkan air, gula melaka dan daun pandan dalam periuk.
- Renehkan hingga gula hancur. Tutup api dan biarkan sejuk.
- Untuk menghidangkan, masukkan air gula melaka dala, gelas atau acuan lebih kurang 2 sudu makan. Masukkan sagu dan akhir dengan santan atau susu cair.
- Sejukkan sebelum sedia dihidangkan. Jika suka boleh tambah laici atau longan dalam tin.
SAGU MUTIARA & TALAM HUNKWE
BAHAN-BAHAN:
HANKWE:
10 helai daun pandan
400ml air | untuk dikisar dengan pandan
95gm (1 bungkus tepung Hunkwe
100ml santan
2 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
SAGU:
100gm sagu kasar
2 sudu makan gula
1 helai daun pandan
1.5 liter air
Sedikit perwarna merah
KUAH GULA MELAKA:
3 keping gula Melaka
100ml air
400ml santan
1 helai daun pandan
CARA MEMBUAT:
- Untuk menyediakan talam Hankwe: Bancuh tepung hankue dengan santan dan air pandan yang dikisar dengan 400ml air tadi.
- Tambah gula dan garam, kacau rata.
- Renehkan atas api sederhana dan sentiasa kacau. Apabila pekat, kecilkan api, terus kacau hingga berkilat. Tutup api.
- Masukkan dalam loyang dan ke ketepikan.
- Untuk menyediakan sagu, renehkan air dalam periuk bersama perwarna merah dan daun pandan.
- Apabila mendidih masukkan sagu. Sentiasa kacau hingga tidak sagu berwarna merah jernih.
- Buang airnya, dan biarkan sagu dalam air sejuk, setelah sejuk tapis airnya.
- Masukkan dalam bekas dan ketepikan.
- Untuk air gula melaka, Campurkan air, daun dan gula melaka, renehkan hingga gula hancur.
- Masukkan santan, kacau sekejap dan tutup api.
- Untuk menyedkan, potong dadu besar talam hankwe dan masukkan dalam mangkuk hidangan bersama sagu, tuang kuah.
- Sedia dihidangkan.
By @ibueo.haura
SAGU MANGGA & KUAH SANTAN
BAHAN-BAHAN:
250ml santan
2 sudu makan gula pasir
1/4 sudu teh garam
50gm sagu kasar
Sedikit perwarna hijau
1 biji magga harum manis | potong dadu kecil
CARA MEMBUAT:
- Campurkan santan bersama gula dan garam, kemudian renehkan atas api kecil hingga mendidih.
- Pastikan sentiasa kacau supaya tidak santan tidak pecah. Angkat dan sejukkan.
- Kemudian renehkan air dalam periuk bersama pewarna hijau.
- Masukkan sagu, kacau dan masak sehingga sagu menjadi warna hijau jernih. Angkat dan rendamkan bersama air sejuk.
- Setelah sejuk toskan, kemudian masukkan dalam santan bersama hirisan mangga.
- Sedia dihidangkan. Jika belum sedia dihidangkan simpan dalam peti sejuk.
By @aniktriwina
BUBUR SAGU PANDAN
BAHAN-BAHAN:
200gm biji sagu kasar
250gm gula pasir
3 helai daun pandan simpulkan
2,5 liter air
Pewarna hijau pandan secukupnya
KUAH SANTAN:
600ml santan
1/2 sdt garam
3 helai daun pandan simpulkan
CARA MEMBUAT:
- Didihkan 2.5 liter air, masukkan biji sagu, daun pandan dan tambahkan perwarna hijau dan gula pasir.
- Masak hingga sagu berwarna hijau jernih. Angkat dan Ketepikan.
- Untuk kuah, campurkan semua bahan dan renehkan atas dapur menggunakan api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak pecah santan.
- Untuk menyediakannya, masukkan sagu dalam mangkuk dan tuangkan kuah santan di atasnya.
- Sedia dihidangkan panas-panas, atau disejukkan dahulu dalam peti ais.
By @yanthiaguez
.
Resipi Kerepek & Kudapan Ringan Popular & Wajib Ada Di Hari Raya.

Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya kerepek dan manisan tradisi. Kerepek Bawang, Kuih Siput dan Putu Kacang adalah antara yang masih menjadi pujaan penggemarnya tidak kira tua atau muda. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat resipinya.
1. KEREPEK BAWANG
BAHAN DOH BAWANG:
- 500gm tepung gandum
- 100gm bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
- 3 sudu makan pes cili kering
- 125ml air
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DOH MARJERIN:
- 500gm tepung gandum
- 180gm marjerin
- 1/2 sudu teh garam halus
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bagi menghasilkan doh bawang, kisar bawang merah, bawang putih dan serai bersama air sehingga halus. Tapiskan. Jangan buang air kisaran bawang.
- Satukan tepung gandum, bawang yang ditapis, udang kering dan juga garam. Gaul rata.
- Masukkan air kisaran bawang tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
- Bagi menyediakan doh marjerin, gaul tepung bersama marjerin dan garam. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh seakan doh bawang tadi. 6. Bahagikan doh bawang dan doh marjerin menjadi ketulan kecil. Bulat-bulatkan dan canai hingga nipis.
- Tindih doh bawang dan doh marjerin. Gulung dengan kemas.
- Hiris gulungan doh dengan nipis menggunakan pisau tajam dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
- Angkat dan toskan minyak. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Semasa menguli, masukkan air sedikit demi sedikit bagi memastikan doh tidak terlalu lembik.
2. KUIH GUNTING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 5 ulas bawang merah | dihiris dan digoreng garing
- 2 ulas bawang putih | dihiris dan digoreng garing
- 1 sudu makan jintan manis | dikisar halus
- 2 sudu makan serbuk kari
- 50gm udang kering | direndam dan ditumbuk halus
- 250ml air
- 125ml minyak masak | dipanaskan
- 3 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumbuk bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng garing hingga hancur. Ketepikan seketika.
- Satukan tepung gandum, udang kering, jintan manis dan serbuk kari ke dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
- Seterusnya, tuang minyak masak panas dengan berhati-hati. Gaul rata.
- Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi sebati serta tidak melekat pada bekas. Biarkan doh seketika.
- Canai doh hingga nipis dan potong mengikut saiz yang bersesuaian. Goreng dalam minyak yang panas bersama daun kari sehingga menjadi warna keemasan.
- Angkat dan toskan minyak. Simpan di dalam bekas kedap udara.
3. KUIH SIPUT
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 250ml minyak masak
- 180ml air
- 1/2 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- 2 tangkai daun kari
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan minyak masak. Gaul hingga rata.
- Kemudian masukkan air yang telah dilarutkan dengan garam dan gula. Tuang sedikit demi sedikit.
- Uli doh sehingga sebati dan tidak melekat pada bekas. Bahagiakan doh kepada beberapa bahagian kecil dan uli memanjang.
- Potong doh yang diuli tadi secara kecil dan bentukkan doh menggunakan acuan siput.
- Panaskan minyak dan goreng kuih siput hingga garing. Masukkan daun kari ketika kuih siput hampir masak.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Doh dipotong kecil bagi mendapatkan saiz kuih siput yang sama besar.
4. POPIA SIMPUL
BAHAN POPIA:
- Kulit popia bersaiz kecil secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SERUNDING IKAN:
- 1kg ikan sardin | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
- 500ml santan
- 20 tangkai cili kering | dikisar
- 20 ulas bawang merah | dikisar
- 10 ulas bawang putih | dikisar
- 7 batang serai | dikisar
- 5cm halia | dikisar
- Garam dan gula secukup rasa
- 120ml minyak masak
CARA MEMASAK:
- Asingkan isi ikan dan tumbuk halus. Ketepikan seketika.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
- Kemudian masukkan isi ikan dan tambahkan santan sedikit demi sedikit.
- Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Kacau sehingga serunding menjadi kering.
- Bagi menyediakan popia simpul, potong kulit popia menjadi tiga bahagian.
- Letakkan serunding di tengah-tengah kulit popia. Gulung dan simpul dengan berhati-hati.
- Panaskan minyak dengan banyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
Info chef: Biarkan popia sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan popia menjadi lemau.
5. PUTU KACANG
BAHAN-BAHAN:
- 600gm kacang hijau | dibersihkan
- 400gm gula | dikisar halus
- 200ml air
CARA MEMASAK:
- Sangai kacang hijau menggunakan api perlahan sehingga naik bau.
- Tumbuk kacang hijau dan tampi bagi mengasingkan kulitnya.
- Tumbuk kacang hijau sekali lagi sehingga halus dan ayak.
- Campur tepung kacang hijau bersama gula. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan dapat dikepal.
- Tutup adunan dengan kain lembab selama 1/2 jam.
- Ambil doh dan tekan ke dalam acuan putu. Terbalikkan acuan dan ketuk sedikit bagi mengeluarkannnya.
- Susun di atas dulang dan bakar dalam ketuhar pada suhu 100C selama 10 minit. Sejukkan putu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Selain dikeringkan dengan cara dibakar di dalam ketuhar, putu ini juga boleh dijemur seketika.
6. REMPEYEK KACANG DHAL
BAHAN-BAHAN:
- 200gm kacang dhal | direndam semalaman
- 250gm tepung beras
- 500ml santan
- 1 biji telur
- 100gm ikan bilis | dikisar
- 1 sudu makan biji ketumbar | dikisar
- 1 sudu makan jintan manis | dikisar
- 1 sudu makan jintan putih | dikisar
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan kisar ke dalam tepung beras. Gaul rata.
- Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit diikuti telur. masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
- Panaskan minyak dengan banyak di dalam kuali. Kemudian celupkan acuan rempeyek selama 5 minit.
- Setelah acuan panas, angkat acuan dan sendukkan sedikit adunan tepung. Tabur kacang dhal dengan secukupnya.
- Masukkan kembali acuan ke dalam minyak dan goreng hingga berwarna keemasan.
Info chef: Selain kacang dhal, boleh juga menggunakan kacang tanah ataupun kacang hijau.
Kek Pandan Kukus Lembut & Lembab. Aroma Pandan Mewangi

Ni dia kek pandan kukus lembut, gebu gabas yang enak dimakan masa berkumpul dengan keluarga.
Resipi perkongsian dari Rossita Omar ni tengok ramuannya pun dah tahu sedap. Kukus aje pasti lembab dan enak dinikmati bersama. Kaya dan wangi dengan aroma pandan.
KEK PANDAN KUKUS
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
1 cwn tepung gandum
( tokma guna tepung cap bunga ros)
1 sudu teh soda bikarbonat.
¹/2 sudu teh baking powder.
Di ayak bersama.
Bahan B:
¹/4 cwn minyak masak
¹/4 cwn susu cair.
Bahan C :
3 biji telur gred A
¹/2 sudu teh garam
1 sudu mkn ovelet
¹/2 cwn gula pasir.
1 penutup vanilla
1 sudu mkn Pandan Emulco.
CARA MEMASAK :
1. Mix C hingga gebu.
2. Masukkan B. Mix hingga sebati.
3. Last masukkan C. Mix hingga sebati jgk.
4. Tuang dlm acuan yg tlh dioles minyak.
5. Kukus hingga masak.
6. Tokma kukus lbh kurang setengah jam guna api sederhana..
Taraaa…siappp..💖💖💖
kredit: rossita omar
ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :
5 Manisan’Candy Buffet’, Ilham Hebat Dari Hotel The Pearl KL
JOM CHECK VIDEO NI :