tempe goreng rempah

Mulut asyik mahu mengunyah lebih baik jadikan tempe snek ringan yang berkhasiat. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang mengalami proses penapaian.

Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.

 

TEMPE GORENG REMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • Ketumbar
  • Jitan manis
  • Bawang putih
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Tepung gandum
  • Air

INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)

 

CARA MEMASAK:

1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.

 

IKLAN

 

2.  Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.

 

3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.

 

IKLAN

 

4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan.

 

5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.

 

IKLAN

INFO:

  1. Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
  2. Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Chinta Eyja

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Sambal Kicap Johor Style Sambil Pejam Mata Boleh Buat

Sayur Goreng Jawa Style Penuh Dengan Tempe, Tahu & Kacang Panjang

Sambal Tauhu Tempe & Kacang Panjang Pedas Yang Enak

Kurang Gemar Makan Tempe? Mungkin Selera Anda Akan Berubah Selepas Cuba Tempe Nugget Masam Manis Ni

Resipi Tempe Goreng Bersama Daun Bawang