Biasanya kita buat pengat nangka dan sagu, kali ini kita tambah sedikit jagung manis. Sedap tau. Sesuai dihidangkan ketika minum petang.
Kali ini, Ita Nitaly sudi berkongsi resipi Pengat Nangka dan Jagung Bersagu. Menurutnya, kebetulan dapat buah nangka daripada jiran. Jadi, terhasillah resipi ini. Sedap, rasanya manis-manis buah sahaja. Jom kita buat.
Bagi penggemar durian yang dah tak tahu nak buat apa dengan stok durian yang kat rumah tu, meh pakat buat dua ‘dessert’ berasaskan durian ni. Resipi ni sumbangan dari Eksekutif Chef Suhaifi Idris, Pastry Chef Norazli Amat Hamam dan Chief Baker Zaid Alwi dari Lanjut Beach & Golf Resort, Kuala Rompin Pahang
2 resepi yang patut anda cuba ni ialah Kek Keju Durian dan Puff Krim Durian.
KEK KEJU DURIAN
BAHAN-BAHAN :
250 gm krim keju
175 gm gula kaster
3 biji kuning telur
200 gm krim putar
40 gm gelatin
100gm isi durian
Bahan lapisan bawah :
200gm biskut Orea hancur
120gm mentega dicairkan
CARA MEMASAK : 1. Satukan biskut bersama mentega yang dicairkan, gaul rata dan terap dalam acuan kek bersaiz 25 sm. 2. Pukul krim keju bersama gula hingga kembang dan berkrim. 3. Masukkan telur dan pukul rata dan masukkan pula krim putar dan kemudian gelatin. 4. Akhir sekali masukkan isi buah durian, gaul rata. 5. Tuang dalam acuan dan simpan di dalam peti ais semalaman
KRIM PUFF DURIAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
500 ml air
150 gm mentega
1/2 sudu teh garam halus
350 gm tepung gandum | diayak
7 biji telur
Bahan krim durian :
500 gm krim putar
5 titik pewarna kuning
200 gm isi durian
CARA MEMASAK :
1. Panaskan air,masukkan garam dan mentega. Masak hingga mendidih dan mentega cair 2. Masukkan tepung gaul rata hingga menjadi doh. 3. Pukul guna mesin sehingga suam kemudian masukkan telor sebiji demi sebiji hingga doh licin. 4.Guna piping beg bentukkan di atas dulang pembakar 5. Bakar pada suhu 180°c selama 20 minit. Siap dan ketepikan
Cara masak krim durian: 6. Pukul semua bahan sehingga rata, guna piping bag dan isikan dalam puff tadi. 7. Puff sedia untuk dihidang
Kalau nak makan dah siap terhidang , dua pencuci mulut ini boleh didapati:
Kafe Strada and Anjung Braserrie, Lanjut Beach & Golf Resort
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Akok merupakan kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur. Tapi ramai yang ‘gerun’ nak cuba buat sendiri kerana menganggap kuih ini susah dihasilkan. Menerusi perkongsian saudari Ain Niey, beliau telah menunjukkan cara mudah untuk membuat kuih Akok Kedut yang sedap hanya menggunakan acuan Kuih Cara dan masak guna dapur gas je. Menarik kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Anda penggemar Taugi Ayam @ Ayam Gulung? Ala..yang biasa jual dekat pasar malam dekat gerai jual cucuk-cucuk tu. Ni ada resipi dari saudari Ayie Baizura Man yang anda boleh cuba. Musim PKPni sesuai sangatlah buat secara homemade dan makan-makan bersama keluarga. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUGI AYAM @ AYAM GULUNG ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN:
Fucuk secukupnya – rendam air biasa selama 1/2jam
BAHAN INTI:
2 mangkuk isi ayam – kisar halus (Nota: nak tambah isi udang hancur pun boleh. Lagi sedap)
2. Ambil fucuk yang direndam tadi. Potong mengikut saiz yang suka bila nak digulung nanti. Pastikan fucuk di lap sedikit supaya tidak terlalu lembab. 3. Sudukan inti secukupnya di atas kepingan fucuk.
4. Gulung kemas dengan berhati-hati. Sapu hujung fucuk dengan bancuhan telur supaya gulungan melekat bila dimasak. 5. Ulang langkah yang sama hingga semua bahan habis. 6. Panaskan periuk kukusan dan kukus gulungan yang dibuat tadi selama 15-20 minit.
7. Kemudian angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong kecil.
8. Untuk menikmati Taugi Ayam @ Ayam Gulung ini, hanya perlu goreng dan nikmati bersama Sos Cili Thai.
Nikmati promosi Krismas 2025 dan Tahun Baru 2026 di Concorde Hotel Shah Alam dengan sajian istimewa di Melting Pot Café. Buffet meriah, hiburan menarik dan pengalaman perayaan yang memukau menanti anda.