Comelnya Tom & Jerry Cheesecake ni. Nampak macam bentuk keju yang ada dalam cerita kartun tu. Unik betul. Patutlah kek ini sedang viral di media sosial. Kalau buat untuk anak-anak, pasti teruja. Nak cuba? Saudari NorhasLina OtHman ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TOM & JERRY CHEESE CAKE
BAHAN COKLAT LUAR:
500gm white chocolate compound coin
2-3 titik pewarna kuning lemon
BAHAN BAHANGIAN KEJU:
BAHAN A:
400gm krim keju (cream cheese)
300gm krim putar (whipping cream)
50gm gula aising
1/2 sudu makan perasa oren sunquick
BAHAN B:
50gm air suam
1 1/2 sudu makan gelatin
CARA MEMASAK:
1. Masak coklat guna teknik double boil hingga cair. Masukkan pewarna. Sebatikan.
2. Bila coklat sudah suam, masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan. Ratakan.
Ads
3. Ketebalan lapisan coklat tu agak-agak sahaja. Pastikan tidak nipis dan tidak terlalu tebal.
4. Keraskan sekejap coklat di dalam peti sejuk.
5. Seterusnya pukul krim keju hingga nampak licin. Kemudian masukkan gula serta perasa sunquick. Adun sebati.
6. Kemudian masukkan krim putar. Pukul lagi hingga sebati dan kental.
7. Dalam bekas berlainan, campur air suam bersama gelatin. Kacau hingga larut.
8. Bila gelatin telah sejuk, masukkan ke dalam campuran bahan A. Kaup balikkan hingga sebati menggunakan spatula.
9. Ambil acuan coklat yang dibekukan tadi. Masukkan krim. Jika suka boleh letak kek sponge coklat di tengahnya kemudian letak lagi krim.
Ads
10. Tuang lebihan coklat di permukaan acuan. Biar coklat mengeras.
11. Keluarkan kek dengan berhati-hati dari acuan. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk kek span ni, jika mahu mudah, boleh guna kek Apollo berharga 30 sen tu. Jika tidak letak pun tak mengapa. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Dah bosan dengan rasa kek yang ada aising. Nak makan kek yang tak muak makan seperti kek marjerin ni. Buatnya pun mudah. Boleh hidangkan untuk minum petang nanti.Nak cuba membuatnya boleh ikut resipi di bawah. Hasilnya lemak, gebu dan moist.
2.Masukkan telur satu per satu, adun sehingga gebu, ayak tepung self raising dan masuk susu segar, adun lagi sehingga jadi adunan yang gebu dan beralun.
3.Siapkan loyang ukuran 7 inci, sapu marjerin dan alas kertas baking. Masukkan adunan, ratakan permukaan kek dengan spatula. Lorekkan dengan lidi untuk pecahkan bubble halus.
Ramai sukakan Kari Daging Tetel Rebung, hingga ada pelbagai versi kari seumpamanya, asalkan ia bersesuaian dengan selera keluarga. Anda yang belum pernah masak atau makan, berikut dikongsikan resipinya yang boleh anda cuba sendiri, kerana menu dari air tangan itu adalah lebih baik untuk disajikan kepada ahli keluarga, kurang sendikit rasa tak mengapa, bila selalu buat nanti gerenti akan mendapat masakan kari yang sedap
KARI DAGING TETEL REBUNG BAHAN-BAHAN:
600gm daging tetel | potong kecil dan rebus empuk
500ml santan pekat
300gram rebung madu | potong kecil dan celur
2 biji tomato | cincang kasar
3 labu bawang besar | mayang halus
10 ulas bawang merah | kisar halus
5 ulas bawang putih | kisar halus
3sm halia | kisar halus
4 sudu makan serbuk kari daging
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam periuk.
Tumis bawang besar dan tomato hingga layu dan keperang-perangan.
Masukkan buah pelaga, bunga lawang, dan daun kari hingga wangi.
Satukan rempah kari daging dengan campuran bawang kisar. Campur sedikit air dan kacau hingga menjadi pes yang pekat.
Tuang ke dalam periuk dan tumis bahan-bahan rempah hingga terbit minyak.
Masukkan daging dan sedikit air. Didihkan hingga daging benar-benar empuk.
Masukkan santan dan rebung. Masak lagi hingga semua bahan masak sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF: Boleh juga menggunakan umbut kelapa mengantikan rebung. Ikut citarasa
Kebanyakkan ramai yang kurang menggemari sayur atau jenis ulaman yang pahit, termasuklah bunga betik ni. Tetapi tahukah kamu bunga betik ini bukan sahaja sedap untuk dibuat masakan atau ulam tetapi dapat merawat beberapa penyakitdan mempunyai khasit yang tersendiri jika diamalkan. Selamat mencuba!
RESIPI BUNGA BETIK
BAHAN-BAHAN:
Bunga betik
Seulas bawang merah
Seulas bawang putih
Telur @ Ikan bilis (ikut selera masing2)
Air (untuk merebus)
CARA MEMASAK:
Rebus bunga betik selama 20-30 minit (air ikut kesesuaian). Rebus dengan ranting dia sekalipun tak apa sebab nanti bila dah masak bunga betik tu akan gugur dengan sendiri dari ranting dia.
Selepas rebus asingkan ranting bunga betik
Toskan dan cuci dengan air sejuk. Masa cuci tu perah bunga betik untuk mengurangkan rasa pahitnya so tak adalah pahit sangat bila makan
Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
Masukkan bunga betik dan kacau selama 5 minit
Perasakan dengan garam dan maggie secukup rasa atau aji no moto. Gaul sekata dan kacau 5-10 minit
Masukkan dua biji telur dan gaul sekata bersama bunga betik sehingga garing.
Note*Kalau masak dengan ikan bilis, sila tumis bilis bersama bawang sekali ya 🙂
4 KHASIAT BUNGA BETIK UNTUK KESIHATAN
Mencegah kanser
Dari beberapa jurnal penyelidikan, makan bunga betik boleh turunkan tahap keradangan tubuh. Keradangan ini seringkali jadi awal dari munculnya sel tumor mengganas sebagai kanser.
Merawat gastrik
Dalam bunga betik ada anti-oksidan tinggi yang bergunga mengurang keradangan pada lambung. Diluar itu, lipid penyebab cholesterol boleh dijauhi.
Menyihatkan pencernaan
Ada kandungan enzim papain dalam buaga betik selain pada buahnya. Enzim itu menolong kerja pencernaan lebih baik dan mengelak sembelit.
Menambah nafsu makan
Walau pahit, bunga betik mujarab untuk perangsang N4FSU makan. Buat bunga betik sebagai sayur-sayuran waktu menjamu selera nasi untuk kurangkan rasa pahit. Kaya anti-oksidan. Pelbagai anti-oksidan dalam bunga betik bermanfaat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh. Kecacatan oksidatif disebabkan
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!