Pepes ayam atau dikenali juga dikenali sebagai sata ayam ini sangat sedap dinikmati. Gabungan bahan rempah dan balutan daun pisang itu menambahkan aroma kesedapan.
Rupa-rupanya mudah juga untuk menghasilkan sendiri pepes ayam di rumah. Tak cuba, tak tahu kan? Bila dah cuba, semakin nak buat lagi. Buat sendiri di rumah, puas hati. Kuantiti pun lebih banyak, boleh dinikmati berulang kali.
Perkongsian resipi pepes ayam daripada Nur Izzati Zulkifliini cukup menyelerakan. Menurutnya, air tangannya ‘menjadi’ meskipun baru pertama kali membuatnya, cuma perlu perkemaskan cara lipatannya sahaja. Jom kita cuba.
Enaknya bila menjamah masakan air tangan bonda. Sementelah lagi bila sajian yang disajikan adalah masakan kampung yang sememangnya menjadi idaman anak-anak tatkala berada di perantauan. Biarpun resipi trending bertukar ganti, gulai lemak cili padi, asam rebus daging, dan opor nangka ibu tetap jadi pilihan . Untuk membangkitkan nostalgia, Bonda Jaoyah tidak kedekut berkongsi resipi air tangan beliau untuk kita semua.
1. UDANG MASAK LEMAK CILI API BERSAMA DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama kerana ia akan menjadi sedikit keras.
2. TELUR MASIN LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Jika tidak mahu telur masin boleh juga menggunakan telur itik biasa.
3. AYAM SAMBAL BALI
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kisar:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Selain ayam boleh juga gunakan daging.
4. ACAR AYAM
BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan kisar:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Selain ayam, boleh juga menggunakan ikan.
5. OPOR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kisar:
CARA MEMSAK:
INFO CHEF: Untuk resipi ini anda juga boleh menggunakan buah sukun.
6. LAWA JANTUNG PISANG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Jantung pisang boleh ditukar dengan terung bakar, jika suka.
7. TEMPOYAK DAUN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kisar:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Tempoyak daun ini lebih lama dipanaskan lebih sedap rasanya.
8. KARI DAGING BERSAMA UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kisar:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Rasa keledek yang lebih manis daripada kentang menjadikan kari lebih sedap.
9. PUCUK MERANTI LEMAK PUTIH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMSAK:
INFO CHEF: Gulai lemak ini juga sedap ditambah dengan keledek.
10. URAP PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Selain ikan bilis anda juga boleh gunakan udang kering.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Bakar Ala Kenny Rogers sememangnya menjadi antara hidangan ayam panggang yang paling digemari ramai. Aroma rempah yang menyelerakan, kulit ayam yang keperangan serta isi yang lembut dan berjus menjadikan hidangan ini sentiasa mendapat tempat di hati penggemar makanan berasaskan ayam.
Kalau sebut sahaja ayam bakar ala restoran terkenal ini, pasti ramai yang terbayang ayam panggang berwarna keemasan dengan gabungan rasa manis, sedikit pedas lada hitam dan perapan yang meresap hingga ke isi. Tidak hairanlah hidangan ini sering menjadi pilihan untuk makan tengah hari mahupun makan malam bersama keluarga.
Namun sebenarnya, anda tidak perlu ke restoran setiap kali teringin menikmatinya. Dengan resipi yang mudah dan bahan-bahan yang senang didapati, anda boleh menghasilkan sendiri hidangan ini di rumah. Selain lebih menjimatkan, anda juga boleh mengawal tahap kemanisan, kepedasan dan rasa mengikut citarasa sendiri.
Apa yang menjadikan hidangan ini begitu istimewa ialah gabungan rempah-ratus, bawang, halia dan sos lada hitam yang digunakan dalam perapan. Setiap bahan memainkan peranan penting dalam menghasilkan rasa yang seimbang serta aroma yang memikat selera.
Bawang besar, bawang putih dan halia membantu melembutkan isi ayam serta menjadikan teksturnya lebih berjus selepas dibakar. Pada masa yang sama, lada hitam memberikan rasa sedikit pedas yang menjadi identiti utama ayam panggang ini.
Selain bahan perapan, tempoh perapan juga memainkan peranan penting. Semakin lama ayam diperap, semakin banyak rasa dapat meresap ke dalam isi. Kebanyakan penggemar masakan mencadangkan tempoh minimum dua jam, namun perapan semalaman di dalam peti sejuk akan memberikan hasil yang lebih memuaskan.
Sebelum dibakar, keluarkan ayam daripada peti sejuk sekitar 20 hingga 30 minit lebih awal supaya suhunya kembali normal. Langkah ini membantu ayam masak dengan lebih sekata dan mengurangkan risiko bahagian luar terlalu cepat kering.
Jika menggunakan ayam seekor, buat beberapa kelaran nipis pada bahagian dada dan peha. Kaedah ini membolehkan bahan perapan meresap dengan lebih baik sehingga ke bahagian dalam isi ayam.
Anda juga boleh menambah kentang, lobak merah atau brokoli ke dalam dulang pembakar. Sayur-sayuran ini akan menyerap jus ayam yang menitis ketika proses memanggang, sekali gus menjadikannya lebih sedap dan berperisa.
Satu lagi petua yang sering diamalkan ialah jangan membuang lebihan bahan perapan. Masak semula sehingga mendidih dan gunakan sebagai sos pencurah ke atas ayam yang telah siap dibakar. Cara ini mampu meningkatkan lagi rasa dan aroma hidangan.
Menu ini bukan sahaja sesuai untuk makan malam keluarga, malah boleh dijadikan hidangan istimewa ketika hujung minggu, rumah terbuka, jamuan pejabat atau majlis santai bersama rakan-rakan.
Hidangkan bersama kentang panggang, coleslaw, sayur campur rebus, roti bawang putih atau nasi mentega untuk menghasilkan set hidangan yang lengkap dan mengenyangkan.
Selain rasanya yang enak, ayam panggang juga sering dianggap pilihan yang lebih sihat berbanding ayam goreng kerana menggunakan kaedah memasak yang memerlukan minyak yang lebih sedikit.
Keistimewaan ayam panggang ini terletak pada keseimbangan rasa yang ditawarkan. Ia tidak terlalu pedas, tidak terlalu manis dan mempunyai aroma rempah yang cukup menyelerakan.
Kulit ayam yang sedikit garing di bahagian luar digabungkan dengan isi yang lembut dan berjus di bahagian dalam menjadikan setiap suapan terasa lebih memuaskan. Tambahan pula, sos lada hitam yang digunakan memberikan karakter rasa yang unik dan sukar ditandingi.
Hidangan ini juga mudah disesuaikan mengikut citarasa keluarga. Jika gemarkan rasa lebih pedas, tambahkan sedikit serbuk lada hitam atau cili kisar ke dalam perapan. Jika mahukan rasa lebih manis, tingkatkan sedikit sukatan gula merah.
Dengan hanya beberapa bahan asas dan sedikit kesabaran ketika memerap, anda boleh menikmati hidangan ayam panggang yang enak tanpa perlu keluar rumah. Aroma lada hitam yang memikat, kulit ayam yang sedikit garing serta isi yang lembut dan berjus pasti membuatkan sesiapa sahaja bertambah nasi.
Jadi, jika anda sedang mencari menu istimewa untuk keluarga atau ingin mencuba sesuatu yang berbeza pada hujung minggu, resipi ini memang wajar berada dalam senarai pilihan. Tidak mustahil selepas ini keluarga anda lebih menggemari versi buatan sendiri kerana rasanya yang sedap, menjimatkan dan boleh disesuaikan mengikut citarasa masing-masing.
Rempah ratus bagaikan satu elemen penting dalam masakan India. Kerana itulah Puan Vasantha sanggup membuat sendiri campuran rempah ratus dalam setiap masakan yang dimasak. Kata beliau, hasil air tangan adalah kepuasan dalam menyediakan masakan untuk keluarga, mahu pun tetamu yang bertamu di kediamannya. Ingin mencuba ini tiga menu masakan India yang dikongsikan olehnya.
.
HOT &SPICY MUTTON FRY
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kambing dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan jus lemon, yogurt, serbuk kunyit, lada hitam dan serbuk cili.
2. Perap selama 30 minit.
3. Seterusnya, masukkan daging yang telah di perap dalam periuk tekanan bersama satu cawan, air. Masak hingga empuk.
4. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan kulit kayu mans, bunga cengkih, ketumbar dan daun kari.
5. Tambahkan hirisan bawang dan tumis lagi hingga bawang kekuningan dan masukkan pula pes halia dan bawang putih.
6. Setelah naik bau masukkan tomato, kacau seketika, masukkan daging kambing yang telah dimasak menggunakan periuk tekanan tadi.
7. Kecilkan api, tambah sedikit minyak dan terus kacau hingga daging garing.
8. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan hias dengan bawang goreng sebelum dihidangkan.
.
CHICKEN VINDALOO
BAHAN-BAHAN:
BAHAN GORENG SANGAI:
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan goreng sangai bersama halia, bawang putih, cuka dan pes kunyit hingga menjadi pes lembut dengan menambah sedikit air. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dicincang hingga kekuningan.
4. Masukkan ayam dan kacau rata lebih kurang 3-4 minit.
5. Apabila ayam kecut masukkan puri tomato dan bahan kisar tadi. Kacau lagi.
6. Jika agak kering tambah sedikit air, biarkan mereneh atas api sederhana lebih kurang 30 minit.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8. Setelah cukup rasa, angkat dan sedia dihidangkan.
.
IKAN PARI MASAK KETUMBAR BAHAN-BAHAN:
BAHAN GORENG SANGAI
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan pari dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
2. Kisar bersama halia dan bawang putih. Tambah sedikit air jadikannya pes.
4. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah cincang hingga wangi.
5. Kemudian masukkan pes bahan rempah ratus tadi, kacau rata lebih kurang 10-15 minit.
5. Masukkan ikan pari dan puck acids. Kacau lagi.
6. Perasakan dengan garam, sambil terus masak lebih kurang 10 minit lagi.
7. Tutup api dan taburkan hirisan cili merah dan hijau serta percikkan sudu teh minyak.
9. Pari Ketumbar sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui 5 bahan dapur yang paling berkesan menghilangkan bau hanyir ikan air tawar seperti patin, keli, tilapia dan haruan, lengkap dengan tip tambahan yang mudah dipraktikkan.