Suka makan Sambal Halia? Andai menikmati sajian Nasi Ayam di restoran terkenal, pastinya pernah rasa Sambal Halia ni. Selain sedap, ia juga bagus untuk buang angin dalam badan. Bahan-bahan nak buatnya juga mudah sahaja. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni dan jadikan sebagai stok dalam peti sejuk. Jom cuba!
CARA BUAT SAMBAL HALIA NASI AYAM YANG SEDP & MUDAH
Peminat buah-buahan tempatan pasti suka makan buah tersebut bersama colek. Salah satu colek yang sedap adalah serbuk colek versi Thailand. Nak nikmati kepuasan makan buah mempelam muda cecah dengan serbuk colek, cubalah buat serbuk colek ala Thai ni. Sememangnya sedap. Rasanya pedas, manis dan masin saling melengkapi. Sekali colek, nak lagi!
CARA MEMBUAT
1. Sangai semua bahan kecuali gula.
2. Selepas garing semua bahan itu, sejukkan dan kisar kering.
3. Kalau ikut resipi asal, bahan garing ini dikisar sekali dengan gula. Tapi boleh juga guna gula pasir yang halus.
4. Terus campur bahan garing kisar dengan gula dalam bekas asing dan gaul sebati.
Nota:
1. Tambah garam kalau tak cukup masin.
2. Lebihkan cili kering jika suka lebih pedas.
3. Yang paling penting pastikan bahan-bahan sangai tu sejuk dahulu, kemudian baru dikisar. Kalau tak nanti tak cantik kejadiannya.
Bila dah dekat nak habis puasa ni, ada harinya kita akan buntu memikirkan menu. Jika asyik ulang lauk sama, naik jemu pula. Berikut adalah koleksi idea masakan kampung yang boleh anda cuba hasilkan sebagai sajian berbuka puasa hari ni. Ringkas dan mudah. Selamat mencuba!
1. TUMIS KACANG PANJANG & KUPANG
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai kacang panjang | dipotong 3cm
100gm isi kupang | dibersihkan
1 biji bawang besar| dihiris
2 biji cili merah | dihiris
4 ulas bawang putih | dicencang
1 sudu makan sos tiram
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang hiris dan cili sehingga layu dan berbau wangi.
Selepas itu masukkan sos tiram, sedikit air dan isi kupang. Kacau rata sehingga sebati.
Masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga rata.
Biarkan kupang masak dan kacang panjang layu sedikit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jangan dimasak terlalu lama kerana kacang panjang akan lembik.
2. PERIA GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1 batang peria | dihiris bulat, dibuang biji dan dicuci
1 sudu makan rempah kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk cili
Garam secukup rasa
1 sudu makan air
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Rendam peria bersama 2 sudu garam dan gula. Kemudian tos dan keringkan.
Masukkan peria yang telah dicuci ke dalam sebuah mangkuk.
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk peria tadi kecuali air. Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.
Masukkan 1/2 sudu makan air dahulu dan gaul rata. Jika ia nampak masih agak kering masukkan 1/2 sudu makan air lagi. Pastikan tepung bersalut cantik pada peria.
Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan peria sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.
Goreng peria hingga betul-betul garing. Angkat dan tos minyaknya. Sedia dihidangkan.
Info Chef: Peria direndam di dalam air garam dan gula untuk mengurangkan rasa pahitnya. Selain itu jika ingin peria digoreng cantik, gunakan kuali tanpa lekat.
3. IKAN PARI AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan pari | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
AIR ASAM:
1 biji bawang besar | dipotong dadu
1 biji tomato segar | dipotong dadu
10 biji cili api | dihiris halus
2 tangkai cili merah
2.5cm belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 sudu makan sos cili
500ml bancuhan air asam jawa
CARA MEMASAK:
Tumbuk cili merah bersama belacan, gula dan garam secukup rasa.
Masukkan bancuhan air asam jawa ke dalam bekas bersama bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili api yang dipotong tadi. Gaul sebati.
Letakkan ikan pari ke dalam pinggan dan curahkan air asam jawa ke atasnya.
Sedia dihidangkan.
Info Chef: Selain direbus, ikan pari boleh juga dikukus agar ia tidak pecah.
4. SAMBAL TUMIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
5 keping petai |dihiris nipis termasuk kulitnya
1 biji kelapa |diambil santannya
5 tangkai cili kering |dikisar
5 biji cili padi |dikisar
2 biji bawang besar |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
10gm belacan |dikisar
Air secukupnya
Sedikit asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Hiris petai bersama kulitnya sekali dan rendamkan seketika di dalam air. Toskan.
Satukan bahan kisar bersama petai dan biarkan petai empuk seketika.
Masukkan santan bersama asam keping. Kacau rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan kuahnya pekat seketika.
Angkat dan hidangkan.
Info Chef: Jika suka anda boleh juga meletakkan sedikit udang segar ke dalam kuahnya untuk lebih menaikkan rasanya.
5. ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung
10 tangkai cili kering |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1sm kunyit hidup |dikisar
1sm halia |dikisar
1sm lengkuas |dikisar
1 sudu makan pati asam jawa
3 biji kacang bendi
500ml air
Daun kesum secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar hingga naik minyaknya.
Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan bersama garam, daun kesum serta kacang bendi.
Didihkan hingga kuahnya sedikit pekat dan berminyak.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Selain kembung, boleh juga menggunakan ikan kegemaran anda yang lain.
6. SAMBAL CILI PADI POWER
BAHAN-BAHAN:
20 tangkai cili padi hijau | ditumbuk lumat
1 labu bawang besar | dipotong bulat
4 ulas bawang putih | di mayang
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk tadi. Kacau rata dengan api perlahan.
Setelah itu masukkan garam dan gula. Seimbangkan rasanya.
Akhir sekali, masukkan asam keping dan biarkan sambal masak sempurna.
Info Chef: Asam keping dimasukkan di akhir tumisan untuk menyeimbangkan rasa pedas. Tidak perlu dimasukkan asam keping yang banyak kerana ia akan menyebabkan rasa sambal masam.
7. KERABU KAKI AYAM
BAHAN-BAHAN:
8 ketul kaki ayam
1/2 biji bawang besar | di mayang
5 biji cili api hijau | dipotong
2 biji cili merah | dihiris halus
1 batang serai | dihiris halus
2 biji limau nipis | diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan
1 pokok daun sup| dihiris halus
Gula & garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kaki ayam ke dalam periuk bersama sedikit garam dan air. Rebus sehingga empuk.
Setelah kaki ayam betul-betul empuk, tos dan pisahkan isi dari tulangnya.
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Sesuaikan rasanya dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Pastikan ayam yang direbus ditos terlebih dahulu sebelum digaulkan bersama bahan kerabu. Ini membuatkan kerabu lebih tahan lama.
8. BENDI GORENG BERLADA
BAHAN A:
10 biji sayur bendi
5 biji cili merah | ditumbuk
3 biji bawang merah | ditumbuk
1 ulas bawang putih | ditumbuk
2 sudu besar udang kering
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan bendi dan potong serong.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama udang kering sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan sayur bendi bersama sedikit air. Kacau hingga rata dan tutup kuali seketika.
Apabila bendi telah lembut, matikan api dan perasakan dengan sedikit garam.
Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Untuk rasa lebih pedas, boleh menggunakan cili padi yang ditumbuk bersama cili merah.
Rasa tak mau makan malam dengan menu berat, apa kata anda cuba lempeng gulung yang gerenti ketagih sekali makan mesti nak cuba lagi. Yang penting ia sedap dan mudah disediakan. Anak-anakpun gerenti suka. Kalau buat lebih boleh dijadikan bekal untuk anak ke sekolah atau anda bawa ke pejabat keesokan harinya..
LEMPENG GUNTING CICAH SAMBAL TUMIS DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan susu rendah lemak
1 sudu makan mentega
1 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN SAMBAL TUMIS DAGING KISAR:
250gm daging kisar
1 biji bawang Holland | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang halus
1sudu makan pes cili kering
2 sudu makan sos balognes
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar.
Kisar sebati hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
Panaskan kuali non stick, sapukan sedikit minyak untuk permulaan.
Tuangkan adunan lebih kurang satu senduk bulat.
Ratakan menjadi bulat yang nipis.
Setelah masak angkat dan gulung. Lakukan hingga habis adunan.
Seterusnya sediakan Tumus Daging Kisar.
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah hingga wangi.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...