Serbuk colek homemade pedas meraung ni hanya gunakan tiga bahan je. Ingatkan susah nak buat tapi rupanya cukup mudah. Tinggal nak buat ke tak je.
Memang sedap rupanya serbuk colek macam ni. Ada rasa pedas, masin, manis dengan rasa udang kering dan belacan. Cicah dengan buah-buahan memang sedap terutamanya mangga muda. Peh!!
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nur Amalyna Zuraidi ini ye. Gerenti tak menyesal. Tak payah beli lagi lepas ni
Makan nasi tanpa sambal seakan tidak lengkap menjamu selera. Jika selalunya kita makan sambal belacan, apa kata kali ini cuba sambal jenis yang lain pula. Sambal Pauh Kelantan memang lain dari yang lain. Sambal Pauh Kelantan ini mudah sahaja untuk disediakan. Sesuai sangat dimakan bersama nasi panas, jom kita cuba resipi Sambal Paun Kelantan seperti yang dikongsikan oleh Husna Ezanee
RESIPI SAMBAL PAUH KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung 3 biji mangga muda 5 biji cili padi (hendak lebih pedas boleh tambah lagi) – beli online Garam secukup rasa – beli online Gula secukup rasa – beli online
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rebus ikan kembung dengan sedikit garam. Ambil isi ikan.
2. Tumbuk cili padi bersama garam dan gula sehingga lumat. Kemudian masukkan isi ikan tadi dan tumbuk sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan mangga muda yang disagat halus.
4. Tumbuk bersama bahan-bahan tadi. Siap! Mudah sangat hendak buat.
Orang utara bila makan mesti ada sambal belacan. Malas nak tumbuk boleh kisar dan buat stok macam cara ni. Mudah dah buat sebalang cedok saja bila-bila masa nak makan.Boleh ikut resipi ni cara membuatnya.
Sambal Belacan Kisar
Bahan-bahan:
Cili hidup
Cili padi
Belacan
Air asam jawa (perah guna air masak suam)
Air perahan limau kasturi(7/9 biji)
2 biji limau kasturi (buang biji,hiris sekali dengan kulit)
Gula
Garam kasar
Cara membuat:
1.Masukkan cili hidup,cili padi,belacan, air asam jawa,air perahan limau kasturi,limau kasturi yang dihiris,gula dan garam kasar.Kisar on off.Agak-agak sedikit lumat ja.Kisar jangan terlalu lama.
*Lagi satu sambal belacan ni boleh buat rencah nasi goreng.Panaskan minyak. Tumis bawang putih.Agak naik bau letak sambal belacan 2 sudu, isi ikan goreng .Gaul hingga sebati. Pecahkan sebiji telur biar sekejap baru kacau. Telur dah sedikit masak masukkan nasi sejuk. Gaul-gaul hingga sebati. Masukkan sayur jika suka. Masukkan secukup rasa. Gaul lagi. Dah cukup rasa semua. Tutup api. Siap.
Makan nasi lemak dengan sambal yang sedap memang buat kita ketagih. Tahukah anda, selepas seharian sambal tumis kita akan menjadi lebih sedap kerana bahan bahan lebih mesra.Kebanyakan peniaga nasi lemak memang memasak sambal tumis sehari sebelum.Nak masak sambal yang enak begitu boleh ikut cara ini.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan kisar:
1 genggam lada kering direbus dan ditos 3 ulas bawang putih 1 inci halia
Kesemua bahan ini dikisar.Dahulu saya kisar sekali dengan bawang besar tetapi menurut makcik tersebut untuk lebih sedap bawang besar perlu digoreng hingga naik bau.
2 biji bawang besar. (Sebiji saya hiris nipis dan sebiji saya hiris kasar)
Ini bawang besar yang diasingkan daripada bahan kisar.
Cara memasak:
1.Panaskan minyak masak.Anggaran minyak masak lebih kurang setengah cawan. Memang masak sambal tumis minyaknya agak banyak untuk pastikan lada tersebut betul-betul masak.
2.Apabila minyak betul-betul panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi.Tumis hingga naik bau.Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing.Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis.
3.Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi. Ini yang legend.Masukkan belacan bakar.Yang ini optional. Nak masuk boleh, tak masuk pun boleh.
4.Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan.
5.Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.Saya masak guna api sederhana.Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya ‘terbit minyak’ agar bahan kisar kita ditumis dengan betul-betul masak.Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap.Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.
6.Masukkan gula.Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula. Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil).Gula putih atau gula melaka pun boleh.
7.Tumis sebentar. Gula akan ‘caramelised’. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.
8.Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini.Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air.
9.Masukkan ikan bilis.Ini pun banyak versi.Ada orang goreng dahulu.Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar.
10.Masukkan 3 sudu air asam jawa.Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping.Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph!
11.Masukkan garam secukupnya.Biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra.
12.Alhamdulillah. Cantik kejadian sambal tumis kita.Makan dengan lempeng. Perggghhhh…
Kenali caviar menerusi 10 fakta menarik sempena World Caviar Day. Ketahui mengapa caviar sangat mahal, proses penghasilannya, jenis-jenis terkenal, khasiat serta cara menikmatinya.