Wow! Sambal belacan penyedap rasa dan pembuka selera. Pelbagai jenis sambal belacan yang kita pernah jumpa dan rasa tapi 5 jenis sambal ni boleh jadi gaduh kalau mintak tak dapat tau! Rasa berkongsi resipi dengan peminat tegar Sambal Belacan dari yang paling mudah… Jom buat!

 

Nun Jim Mim Ya Hari ni abam nak share resepi sambal belachan dekat kedai2 tomyam..kadang2 time makan menambah – pulak sambalnya minta kat mek siam tu..ni pun tukang masak dari siam yg bagi resepinya..

 

Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

Bahan-Bahan:

  • 2 biji bawang holand (saiz besar)
  • 3 biji buah tomato (saiz kecil)
  • Cili segenggam
  • Cili kering 7-10 tangkai (direbus dan blend dahulu)
  • Belachan 60grm
  • Gula 6 sudu
  • Garam 1 sudu
  • Aji 1 sudu
  • Sos tiram (puteri) 1 sudu
  • Air limau nipis 6 sudu

Cara-cara:

  1. sudu plastik merah tu guna yg sama sukatn
  2. masukkan semua bahan.. letak air panas, jgn penuh sgt… kemudian blend sekejap sekejap
  3. tips sikit…cili masuk atas sekali supaya masa blend dia kurang hancur sgt.nampak kasar2 kalau buat rencah nasi goreng nampak cantik..ok itu saja..

Kongsi resipi: Nun Jim Mim Ya 

 

Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

Rahsia resipi sambal belacan Thai adalah daun ketumbar, limau nipis dan sos nampla.

2. SAMBAL BELACAN THAI

  • *3 ulas bawang merah (bawang kecik)
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci belacan
  • Cili padi Thai merah dan hijau
  • 1 sudu besar gula
  • Sepohon ketumbar
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar nampla (sos ikan)

CARA MEMASAK:

  1. Bahan bertanda* cucuk lidi/garpu, salai atas dapur dengan kulit smpai layu. Selepas itu kupas kulit.
  2. Guna lesung, tumbuk cili padi Thai merah dan hijau.
  3. Masukkan bahan salai dan tumbuk bersama gula.
  4. Masuk sepohon ketumbar bersama akarnya sekali. Tumbuk lagi.
  5. Akhir sekali masukkan jus limau nipis & nampla. Kacau rata dan siap.

INFO: Lagi sedap makan dengan jering, pucuk ubi rebus dan ulaman yang lain.

Kredit resipi dan gambar: Yuss Aisya

 

3. SAMBAL BELACAN MASAK

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Cili padi
  • Belacan

CARA MEMASAK:

1. Gorengkan bahan-bahan sekejap.

Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

 

2. Angkat dan tumbuk kasar.

Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

 

3. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan bahan yang ditumbuk tadi. Masuk satu sudu gula dan sedikit garam. Masakkan sehingga kering.

Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

Kredit resipi dan gambar: Siti Nur Sahida Ibrahim

 

4. SAMBAL BELACAN BLENDER

Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

Sambal belacan goreng versi yang sangat mudah hanya perlu di blender.

 

BAHAN-BAHAN

  • 2 batang cili merah
  • 10 batang cili padi
  • 1 biji bawah merah
  • 1 biji tomato
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 sudu gula
  • suku cawan minyak

Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

 

CARA MEMASAK:

1. Potong bawang, tomato dan cili. Basuh semua dan toskan. Campak semua kecuali gula dalam kuali dengan minyak panas.

Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

 

2. Tutup sekejap sebab masa ini akan meletop-letop. Goreng sekejap sampai bawang dan tomato layu/bertukar warna.

Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

 

3. Sudah senyap tidak meletop itu cuba buka penutupnya. Nampak sudah bertukar warna dari yang tadi. Boleh matikan api.

Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

 

4. Masukkan semua bahan tadi blender. Senang kisar tapi kalau rajin boleh.

Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

 

5. Sebelum kisar masukkan dulu minyak baki goreng tadi. Ini untuk mudahkan proses mengisar. Agak-agak berapa banyak perlu masuk.

Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

 

6. Jangan lupa tambahkan sesudu gula. Kisar sampai halus.

Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

INFO: 

  1. Jika suka rasa masam boleh perahkan limau ikut citarasa anda.
  2. Sambal boleh pencicah ayam goreng , ikan masin atau makan bersama lauk pauk yang lain.

Kredit resipi dan gambar: Nisa Delivery

 

5. RESIPI SAMBAL BELACAN MANGGA KENCUR

Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

BAHAN-BAHAN:

  •  15 biji cili padi
  •  4 biji cili merah
  •  4 ulas bawang merah – hiris
  •  1 ulas bawang putih – hiris
  •  1 cm kencur @ cekur – hiris
  •  4 buah tomato – dadu
  •  1 biji mangga muda – parut
  •  Sedikit belacan
  •  Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk kasar cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih, kencur, tomato dan belacan.
  2. Kemudian masukkan parutan mangga, garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

 

 

Boleh juga cuba resipi Sambal Totok ni!

Resipi Sambal Totok Jawa Pedas Berapi. Tumbuk-Tumbuk Je Dah Siap!

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI