Sedapnya Risoles Ragout Ayam ni. Sangat sesuai dijadikan sajian kudapan di waktu lapang atau hidangan minum petang. Terdapat pelbagai resipi Risoles yang intinya dipelbagaikan. Salah satunya yang sedap dan mudah ialah resipi yang dikongsi oleh Opah Mas Cotek. Kena dengan selera orang Malaysia. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK RISOLES RAGOUT AYAM
BAHAN RISOLES: 2 cawan tepung gandum 2 cawan santan 1 ½ cawan air 1 biji telur 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan kisar hingga sebati. 2. Panaskan kuali dan masukkan 1 senduk adunan. Lenggang @ dadar hingga rata. Prosesnya seakan membuat kulit Kuih Ketayap. 3. Biarkan seketika hingga adunan masak. Tidak perlu balikkan. Buat sehingga semua adunan habis. 4. Ambil sekeping risoles, masukkan inti dan gulung dengan kemas. ( seperti Kuih Ketayap). Lakukan hingga habis.
CARA MENYALUT: 1. Celup Risoles yang telah digulung tadi ke dalam bancuhan telur. 2. Kemudian salut pula dengan bread crumb hingga rata. 3. Panaskan minyak masak dan goreng Risoles hingga kuning keemasan.
BAHAN INTI: 1 biji bawang holland – cincang 2 ulas bawang putih – cincang 1 cawan isi ayam cincang 1 batang lobak merah – dadu halus 1 tongkol jagung – hiris 1/2 cawan cendawan butang – dadu 4 sudu makan tepung gandum Sedikit daun bawang – hiris Garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam secukup rasa 2 sudu makan mentega Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan mentega dan tumis bawang holland serta bawang putih hingga wangi. 2. Masukkan air dan biarkan mendidih. 3. Tambahkan ayam, lobak merah, cendawan dan jagung. Kacau sebati. 4. Masukkan tepung gandum. Sebatikan supaya tidak berketul. 5. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam. Masak hingga pekat. 6. Akhir sekali, masukkan hirisan daun bawang. Sejukkan inti terlebih dahulu sebelum diletakkan pada doh risoles.
Bagi menghasilkan hidangan stik dan Chicken Chop yang sedap, sos memang memainkan peranan yang penting. Nak cuba buat sos yang sedap? Resipi perkongsian saudari Fyda Nz ni harus anda cuba. Hanya guna empat bahan mudah tapi rasanya sangat sedap. Cara nak masak pun mudah. Sangat berbaloi untuk dicuba.
SOS LADA HITAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Sos lada hitam secukupnya ( ikut citarasa atau letak sehingga sos berwarna hitam.)
CARA MEMASAK: 1. Campur kiub ayam, cream of mushroom dan tepung gandum tadi . Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
2. Bila dah tak berketul, masukkan lebihan air dalam anggaran setengah periuk macam dalam gambar. Bila dah masukkan air setengah periuk, baru hidupkan api dan masak atas dapur sambil dikacau hingga mendidih. Jika tidak dikacau, bancuhan akan berketul dan kuah menjadi tidak cantik.
3. Bila dah mendidih, baru masukkan sos lada hitam dan kacau sebati.
4. Siap! Padamkan api. Sos lada hitam ini sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda.
Bagi penggemar sajian Ayam Pandan, pasti mengetahui keenakan hidangan ini. Sebenarnya, menu ni sangat mudah disediakan secara homemade. Bahan-bahan tak banyak malah cara memasaknya pun sangatlah mudah. Tapi resipi perkongsian saudari Elaine Tanni lagi mudah! Hanya guna Pes Bihun Goreng je, anda boleh hasilkan menu istimewa ini untuk keluarga tanpe perlu kisar rempah lain. Wow… Sesuai sangatlah masak ni bila kesuntukan masa. Jom cuba!
RESIPI AYAM PANDAN AIR FRYER, GUNA OVEN PUN BOLEH
BAHAN-BAHAN:
500gm dada ayam – dibersihkan 2 bungkus Perencah Bihun Goreng segera – beli online disini 2 sudu makan minyak masak Daun pandan secukupnya Toothpick/lidi sate
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kiub. Boleh dapat dalam 25 ketul asam.
2. Satukan ayam dengan Perencah Bihun Goreng dan juga minyak masak. Gaul sebati dan perap selama 3 jam.
3. Ambil daun pandan, bersihkan dan potong ikut saiz yang sesuai. 4. Ambil isi ayam dan gulung dengan daun pandan. 5. Cucuk dengan lidi supaya kemas dan daun pandan tidak terburai. Lakukan hingga habis isi ayam.
6. Susun Ayam Pandan dalam Air Fryer. Jika tiada, boleh guna ketuhar atau digoreng pun boleh.
7. Masak ayam selama 20 minit dengan suhu 180°C. 8. Selepas 10 minit, pusing ayam dan bakar lagi hingga habis masa supaya semua bahagian masak sempurna. 9. Ayam Pandan paling simple dan mudah sedia untuk dihidangkan.
Dekat rumah ada tanam Bayam Brazil? Biasanya sayur ni dibuat ulam je kan. Apa kata hari ni cuba masak Bayam Brazil Goreng Belacan perkongsian saudari Robakyah Che Ros ni pula. Katanya, lebih sedap dari Kangkung Goreng. Malah tak kecut macam kangkung. Cubalah. Masak sayur tanam sendiri ni boleh jimat belanja dapur.
.
CARA MASAK BAYAM BRAZIL GORENG BELACAN
.
BAHAN-BAHAN:
Bayam Brazil – bersihkan
6 biji cili besar + cili padi – jika suka pedas, lebihkan cili padi.
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit udang kering atau ikan bilis
Sedikit belacan – letak lebih jika mahu rasa lebih sedap
Sedikit jus perahan lemon atau jus asam jawa
Gula, garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih hingga lumat. 2. Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi dan masak. Kemudian masukkan ikan bilis atau udang kering. 3. Masukkan belacan, perasa, garam, gula dan sedikit sahaja perahan lemon atau air asam jawa. Gaul sebati. 4. Akhir sekali, masukkan sayur bayam. Gaul hingga rata dan rencah bersalut pada sayur. 5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...