Mitos telur sering kali buat ramai keliru. Telur adalah antara makanan paling murah, paling berkhasiat dan paling mudah dimasak. Tapi dalam masa yang sama, telur juga adalah makanan yang paling banyak diselubungi mitos. Ada yang kata makan telur boleh naikkan kolesterol, ada yang pantang makan kuningnya, dan ada pula yang yakin telur berwarna coklat lebih “power” daripada telur warna putih.
Sebenarnya, kebanyakan kepercayaan ini tidak tepat. Hari ini, RASA bongkarkan MITOS vs FAKTA telur supaya anda boleh makan dengan lebih yakin dan lebih sedap!
MITOS 1: Telur naikkan kolesterol dan tak bagus untuk jantung
Ramai masih percaya makan telur boleh menyebabkan kolesterol melambung. Ini kerana kuning telur mengandungi kolesterol pemakanan (dietary cholesterol). Tetapi kajian terkini jelas menunjukkan:
Kolesterol dari makanan tidak meningkatkan kolesterol darah secara signifikan bagi kebanyakan orang.
Lemak trans & lemak tepu (dari makanan bergoreng/berproses) adalah penyebab utama peningkatan kolesterol jahat LDL.
FAKTA SEBENAR: Telur sebenarnya boleh membantu menaikkan HDL (kolesterol baik) yang melindungi jantung. Dalam kadar sederhana, telur adalah selamat dan bermanfaat. Ramai yang masih takut kerana terpengaruh dengan mitos telur lama, sedangkan bukti saintifik kini sudah sangat jelas.
MITOS 2: Tak boleh makan lebih dari 2 biji telur seminggu
Ini mitos lama yang sudah banyak kali dibetulkan oleh pakar pemakanan. Sebenarnya, tiada had khusus “2 biji seminggu” dalam garis panduan moden.
FAKTA SEBENAR: Untuk orang dewasa yang sihat, 1–2 biji telur sehari masih dalam kategori selamat. Yang penting adalah keseluruhan diet, bukan telur itu sendiri. Jika anda ada masalah kolesterol tinggi yang berkait genetik, barulah perlu dapatkan nasihat doktor dahulu.
Ads
MITOS 3: Telur berwarna coklat lebih baik dari telur berwarna putih
Kedua-dua telur ini sering dibandingkan dan ramai percaya telur coklat lebih “organik” atau lebih sihat.
FAKTA SEBENAR: Warna telur bergantung pada baka ayam, bukan pada nutrisi.
Ayam berbulu putih hasilkan telur berwarna putih.
Ayam berbulu coklat hasilkan telur warna coklat.
Nutrisi? Hampir sama saja. Jika ada beza pun, ia datang dari pemakanan ayam, bukan warna kulit telur. Hal ini sering dimanipulasi oleh pemasaran, menyebabkan mitos telur terus tersebar.
MITOS 4: Kuning telur berlemak dan bahaya. Patut makan putih saja
Ads
Ini salah satu mitos paling tersebar.
FAKTA SEBENAR: Kuning telur ialah bahagian paling berkhasiat dalam telur. Ia mengandungi vitamin A, D, E & K, kolin (baik untuk otak & memori), zat besi, selenium serta lemak sihat yang penting untuk hormon. Manakala putih telur hanya mengandungi protein.
Jadi, bila buang kuning, anda hilang separuh manfaat telur. Mitos seperti ini timbul kerana ramai hanya melihat kandungan lemak, bukan keseluruhan nutrisi.
KESIMPULAN RASA
Telur bukan musuh. Telur juga bukan “bom kolesterol” seperti yang selalu digambarkan. Telur adalah makanan yang lengkap, berkhasiat, mudah dimasak, murah, dan sesuai dimasukkan dalam menu harian. Yang penting: cara masak, kuantiti, dan keseimbangan pemakanan seharian.
Ads
Apa yang perlu diingat, banyak kekeliruan yang wujud hanyalah mitos telur yang diwarisi turun-temurun. Bila kita tahu faktanya, barulah kita boleh menikmati telur dengan lebih yakin dan tanpa rasa takut.
Telur dadar nipis adalah telur dadar yang selalu kita jadikan hiasan di atas nasi goreng. Selalunya telur dadar macam ni, digulung dan ditabur.
Nak buat telur dadar nipis macam ni, tak semudah disangka. Memang semua orang boleh buat telur dadar kerana nampak macam mudah, tetapi untuk mendapatkan telur dadar yang dinipis dan tidak koyak bila digulung, ini caranya:
1. Gunakan Kuali Tidak Melekat (Non Stick)
Membuat telur dadar menggunakan kuali non stick adalah pilihan terbaik, terutama anda yang jarang membuat telur dadar kerana kuali jenis ini menjadikan telur dadar tidak melekat pada kuali, mudah diterbalikkan dan tidak terkoyak. Sebagai saranan gunakan kuali yang tidak terlalu besar atau kecil seperti kuali dengan ukuran 22 cm adalah lebih sesuai.
2. Gunakan Sekurang–Kurangnya Dua Biji Telur
Dengan dua biji telur ini akan menjadikan kerja mendadar telur lebih mudah. Dengan dua biji telur anda boleh buat tiga keping telur dadar yang nipis. Kalau guna satu biji ia terlalu sedikit .
3. Oleskan Kuali Dengan Sedikit Minyak
Walaupun menggunakan kuali antilekat, anda masih perlu oleskan sedikit minyak di seluruh permukaan dalam kuali. Gunakan lebih kurang satu sudu kecil minyak masak, kemudian ratakan dengan tisu dapur. Tindakan ini membantu telur dadar lebih mudah diterbalikkan. Jika terlebih minyak boleh tekap dengan tisu dapur. Olesan minyak perlu dilakukan setiap kali menbuat telur dadar.
4. Guna Api Kecil
Cara paling selamat untuk mendapatkan telur dadar nipis, tidak hangus dan masak sekata, anda perlu gunakan api. Telur dadar yang cantik berwarna kuning cerah.
5. Ukuran Untuk Sekeping Telur Dadar
Sangat penting anda tahu berapa banyak telur yang diperlukan untuk satu keping telur dadar nipis. Anda boleh gunakan senduk gulai bulat sebagai ukuran. Agar hasil telur dadar adalah sama. Selepas itu, anda hanya perlu tuangkan telur dalam kuali kemudian perlahan-lahan layang ke kiri dan ke kanan kuali supaya telur merata nipis dengan cantik.
6. Goreng Sekejap
Selain menggunakan api perlahan, telur dadar juga mesti digoreng sekejap sahaja. Elak goreng telur dadar terlalu lama sehingga menjadi terlalu garing. Warnanya akan berubah menjadi kuning keperangan. Sebaiknya, bila kuali panas atas api perlahan, terus masukkan telur. Apabila telur sudah kering, terbalikkan sebelah lagi. Selepas 30 saat angkat segera telur.
7. Gulung Dan Hiris Nipis
Apabila telur dadar telah siap dan kurang panas, gulung telur dan hiris nipis-nipis seperti hirisan mi. Atau gunakan telur dadar sebagai wrap makanan lain. Selain boleh digunakan sebagai hiasan, ia juga sesuai dijadikan lauk dimakan dengan pulut kuning, nasi goreng atau diratah begitu sahaja.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Telur Tomato. Maklumlah sepanjang minggu raya, pasti kita semua dah banyak makan lauk pauk berasaskan ayam, daging, makanan laut dan sebagainya. Jemu kan? Bagi yang dah mula tak tahu nak masak apa dan nak makan apa, RASA kongsikan satu resipi paling ringkas perkongsian saudari Siti Zanariah Khalit yang boleh dicuba. Menurut beliau, resipi mudah ni memang sedap. Anak-anak yang tak makan tomato pun boleh suka menu ni. Jadi, jom cuba.
RESIPI TELUR TOMATO SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak.
2. Pecahkan telur dan kacau guna garpu. Kemudian masukkan dalam kuali. Bila telur kelihatan setengah masak, gaulkan.
3. Bila telur kelihatan 3/4 masak, angkat. Pastikan telur tidak terlalu masak.
4. Dalam kuali yang sama, masukkan sedikit lagi minyak. Masukkan hirisan tomato.
5. Masak tomato hingga layu dan keluar airnya. Air tomato yang keluar tu akan menyedapkan lagi rasa telur.
6. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
7. Akhir sekali, masukkan telur. Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.
Sebulan berpuasa banyak nak kena fikir menunya. Tak payah susah-susah cari resipi untuk berbuka. Ni dia 30 resipi mudah terdiri dari ayam, ikan, daging , sayur untuk dimasak sebulan Ramadan ini.
Kenalah rajin memasak sebab bazar Ramadan pun tiada sepanjang PKP. Jom masak ikut aneka resipi yang diberi.
1. DENDENG DAGING
BAHAN-BAHAN :
1 kg daging batang pinang 1/2 kg cili merah/ buang biji dan kisar kasar 1/2 kg bawang besar/dikisar Sedikit kicap (gabungan kicap manis dan kicap pekat 2/3 sudu makan cuka Sedikit minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Rebus daging hingga lembut. 2. Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang. 3. Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan. 4. Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar. 5. Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata. 6. Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF : Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.
2. SOTONG MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN :
6- 7 ekor sotong saiz sederhana *3 ulas bawang putih /ditumbuk *1/2 inci halia /ditumbuk kasar *1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar *1 sudu teh serbuk jintan manis *1 sudu teh serbuk jintan putih *1 sudu teh serbuk lada hitam 1 labu bawang besar /dihiris bulat 2 – 3 batang cili hidup/ padi 1 batang serai /diketuk Garam secukup rasa Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK : 1. Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG. 2. Kemudian tos dan ketepikan. 3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *. 4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap. 5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air. 6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
3. HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN :
300 gm hati ayam 200 gm kacang panjang 6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu 4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu 100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu 100 gm fucuk | direndam dahulu 150 gm soo hoon | direndam dahulu 20 ml kicap manis 100 gm pes cili kering garam secukup rasa Minyak untuk menumis
Bahan dihiris :
200 gm bawang merah 100 gm bawang putih
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi. 2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam. 4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam. 5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
INFO CHEF : Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
Sekarang ni Lazada MY ada bagi Ramadhan Food Voucher discount , diskaun sehingga RM9 potongan, jimatkan. Manalah tahu ada yang tak sempat nak memasak.
5. UDANG GORENG TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
500 gm udang saiz XXL | dibersihkan 2 sudu makan tempoyak | dibancuh dengan sedikit air 1 biji bawang besar | dihiris 1 helai daun kunyit | dihiris halus 1/2 sudu teh serbuk kunyit Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
6. UDANG SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan dan toskan 1 biji bawang besar |dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 2.5cm halia | dikisar 3 sudu makan pes cili kering 2 sudu makan air asam jawa 3cm belacan Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
7. ASAM PEDAS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin 1 sudu teh halba 4 sudu makan cili kering kisar 5 biji bawang merah | kisar 2 ulas bawang putih |kisar ½ inci halia |kisar ½ inci kunyit hidup |kisar Sedikit air asam jawa 2 tangkai daun kesum Minyak untuk menumis Garam secukup rasa 1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Kecilkan api semasa pecahkan telur untuk elakkan telur pecah.
8. KURMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | direbus 5 biji bawang merah | kisar 2 ulas bawang putih | kisar 1 inci kulit kayu manis 2 biji buah pelaga 2 biji bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 1 mangkuk santan 3 sudu teh rempah kurma ½ inci halia 1 helai daun pandan 1 batang cili hijau 1 batang cili merah Minyak untuk menumis Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih atau pun nasi beriyani.
9. AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong beberapa bahagian 3 sudu makan rempah kari | campur sedikit air jadikan pes 1 sudu teh serbuk cili 1 sudu teh serbuk kunyit Garam secukup rasa Beberapa helai daun kari
BAHAN DIKISAR :
2.5 sm halia 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan dikisar bersama serbuk cili, kunyit dan garam secukup rasa. Perap selama 30 minit. 2. Perasakan dengan garam secukup rasa. 3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
INFO : Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih supaya rempahnya sebati dan meresap ke daging.
10. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
Bahan sambal ikan bakar :
220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil 2 sm belacan bakar 150 gm bawang kecil Garam secukupnya 2 sudu teh sos ikan 2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya 3 biji limau kasturi/ perah jusnya 2 batang serai /dihiris halus 1 sudu makan serbuk kunyit 4 sudu makan minyak masak
Bahan pencicah sambal belacan dan bawang :
5 biji cili merah 2 biji cili padi 1.5 sm belacan 2 biji bawang kecil/dihiris nipis Gula secukupnya Garam secukupnya 1/2 cawan air asam jawa
CARA MEMASAK : 1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan. 2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Pastikan cili benar benar masak dan garing. 5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan. 7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya. 8. Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar. 9. Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan. 10. Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak. 11. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya. 12. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini. 13. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit. 14. Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
INFO CHEF : Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
11. JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN :
10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua 100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu
Bahan dikisar:
10 biji cili merah 10 biji cili padi 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 1 biji jus lemon Gula secukup rasa Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1 .Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.. 2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi. 3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah. 4. Sedia untuk dihidang.
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
12. SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN :
800 gm (2 ekor sotong saiz besar) /dihiris kecil 5 ulas bawang merah 1/2 biji bawang besar /dikisar 3 ulas bawang putih/dikisar 15 biji cili kering/rebus dan dikisar 200 gm petai /dibuang kulit dan belah 1 asam keping Gula secukupnya Garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing. 2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong. 3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka. 4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
INFO CHEF: Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu.
13. AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN :
1 kg dada ayam 50 gm serbuk lada hitam 30 gm cendawan butang 30 ml kicap manis 10 gm serbuk kunyit
Bahan dikisar :
100 gm bawang putih 150 gm bawang merah 50 gm halia
CARA MEMASAK :
14. TELUR PUYUH MASAK ACAR
BAHAN-BAHAN :
20 biji telur puyuh | direbus, kupas dan toskan 300 gm bawang merah | dihiris 200 gm bawang putih | dihiris 2.5 sm halia | dihiris 4 batang serai | diketuk 100 gm kunyit hidup | ditumbuk halus 300 gm lobak merah | dipotong jejari 300 gm timun | dipotong jejari 300 gm kacang panjang | dipotong jejari 5 gm biji bijan 30 ml cuka makan 200 gm sos cili 200 gm sos tomato Gula dan garam secukup rasa Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
15. DAGING MASAK KARI HIJAU
BAHAN-BAHAN :
Bahan tumis (pes hijau) :
1 batang serai /dikisar halus 2 ulas bawang putih /dikisar halus 1.5 sm lengkuas /dikisar halus 6 biji cili hijau besar / dikisar halus 20 gm belacan /dibakar dan kisar 1/2 sm kulit kayu manis 1/2 sudu teh ketumbar 1/2 sudu teh lada hitam 1 biji kulit limau purut /disagat 4 helai daun limau purut / dihiris halus 200 gm daging /dihiris nipis 20- 30 gm daun selasih 1 biji terung bulat/panjang dibelah dua 10 gm kubis bunga/ dihiris 3 batang kacang panjang/ dipotong pendek 2 sudu teh gula 2 sudu makan kicap sotong @ ikan 62 ml air rebusan daging 100 ml santan Garam secukupnya Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak. 2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih. 3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan. 4. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu. 5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api. 6. Kari hijau sedia dihidang
16. OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam /dipotong 12 bahagian 500 gm santan segar 3 batang serai /diketuk 4 helai daun salam 6 helai daun limau purut /dicarik 2 sudu teh serbuk ketumbar 1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
3 sm lengkuas 8 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 6 biji buah keras 1/2 sudu teh biji jintan 2 sudu makan gula merah Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam. 2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati. 3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati. 4. Masukkan pula santan sehingga mendidih. 5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah. 6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Sekarang ni Lazada MY ada bagi Ramadhan Food Voucher discount , diskaun sehingga RM9 potongan, jimatkan. Manalah tahu ada yang tak sempat nak memasak.
17. PAJERI KEDONDONG
BAHAN-BAHAN:
300 gm Kedondong 30 gm Bawang Merah 10 gm Bawang Putih 100 gm Rempah Kari 30 gm Kerisik 10 gm Gula Melaka 1 batang Kulit Kayu Manis 1 kuntum Bunga Lawang Garam secukup rasa Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
18. DAGING SALAI PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
500 gm Daging Batang Pinang Salai 50 gm Cili Padi 50 gm Bawang Besar 40 gm Bawang Merah 50 gm Serai 30 gm Lengkuas 20 gm Kunyit 100 ml Santan 2 ikat Daun Pegaga 3 keping Asam Keping Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
19. ASAM PEDAS EKOR LEMBU
BAHAN-BAHAN:
300 gm ekor lembu|rebus dahulu 100 gm bawang merah |kisar 100 m kunyit hidup |kisar 100 gm cili kering |kisar 50 gm bawang putih |kisar 50 gm lengkuas |kisar 2 batang serai |kisar 1 batang bunga kantan 4 tangkai daun kesum 5 biji tomato 200 ml asam jawa 50 gm belacan | dibakar 30 gm serbuk jintan putih 30 gm sebuk jintan manis Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
20. RENDANG PUCUK UBI MAK LONG
BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan 2 kilo santan Segenggam ikan bilis Segenggam cili api 3 inci kunyit 5 ulas bawang merah |dihiris nipis 5 batang serai | dititik Garam Asam keping
CARA MEMASAK: 1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis. 2. Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak. 3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak. 4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering. 5. Angkat dan sedia dihidangkan
INFO : Terpulang kepada anda, sekiranya suka makan yang garing boleh masak sehingga garing.
21. MASAK LEMAK CILI API ITIK SALAI
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik salai 4 sudu makan cili api/ yang telah ditumbuk lumat 2 sudu makan kunyit hidup/yang telah ditumbuk lumat 2 biji kelapa /ambil santan pekat sahaja 4 keping asam keping 4 batang serai /diketuk Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
INFO CHEF : Inilah kelainan masak lemak cili api asli Negeri Sembilan, ramuannya tidak menggunakan bawang. Daging atau itik adalah yang telah siap disalai.
22. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
250gm udang saiz sederhana 1 mangkuk kecil terung pipit 5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar 5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat 3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat 2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air 1 biji bawang besar/dihiris nipis Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
INFO CHEF : Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
23. AYAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam 2 biji kentang /dipotong nipis memanjang 2 biji cili hijau/dihiris nipis 1 biji bawang besar/dihiris nipis 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 2 sudu makan pes cili kering 5 sudu makan kicap lemak manis 2 sudu makan sos tiram 2 sudu makan tepung jagung/dibancuhkan sedikit air 4 ulas bawang putih/dikisar atau ditumbuk 2 ulas bawang putih/dikisar atau ditumbuk 2.5 sm halia/ditumbuk Gula dan garam secukup rasa Kunyit serbuk secukupnya
CARA MEMASAK :
INFO CHEF : Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk
24. IKAN CENCARU SUMBAT
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan cencaru 2 biji cili merah/ditumbuk 8 biji cili api/ditumbuk 1/2 biji bawang besar/dihiris Sedikit belacan/ 2 sm 1 biji limau kasturi Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
25. IKAN KELI GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan keli 2 biji cili merah/ditumbuk halus 10 biji cili api/ditumbuk halus 1/2 biji bawang besar/dipotong memanjang Garam secukup rasa Serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK :
26. KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN :
500 gm daging /yang telah dihiris nipis 1 biji bawang besar/dihiris membulat 5 biji cili api/dihiris 1 batang serai/dihiris nipis 2 biji limau kasturi Kicap lemak manis secukup rasa
CARA MEMASAK :
27. SAMBAL TEMPE GORENG DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN :
2 keping tempe /dipotong sederhana nipis 250 gm ikan bilis/ secukupnya 3 sudu makan pes cili kering 5 biji bawang kecil/ ditumbuk atau dikisar 1 asam keping Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
28. ASAM PEDAS IKAN PARANG BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN :
2 keping ikan parang/dibersihkan 1 ikat daun kesum/ ambil daun dan sedikit batang 1 batang serai /diketuk 3/4 cawan air asam jawa
Bahan kisar :
10 tangkai cili kering/ rebus dahulu 1 sm kunyit hidup 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1.5 sm halia 1 biji tomato 3 biji bendi 1 tangkai bunga kantan Sedikit belacan bakar/ lumatkan hancur 5 biji belimbing buluh Air secukupnya Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk dan tumiskan bahan-bahan kisar. 2. Biarkan hingga naik bau dan pecah minyak. Pastikan cili betul-betul masak. 3. Masukkan serai dan gaul sekali. 4. Masukkan air dan renehkan hingga mendidih. 5. Masukkan ikan dan asam jawa, dan masukkan daun kesum. 6. Kemudian tambahkan bunga kantan, bendi , tomato dan belimbing buluh. 7 .Kecilkan api ,biarkan mereneh sebentar. 8. Tutup api dan asam pedas sedia untuk dihidang
INFO CHEF : Selain belimbing buluh boleh menggunakan bahan lain seperti mangga muda atau nenas untuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa asam pedas yang sama.
29. IKAN PATIN TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan patin saiz sederhana 6 sudu makan tempoyak 4 cawan air/ agak-agak ikut kepekatan yang anda suka Bahan ditumbuk : 2 biji cili merah/dibelah dua 20-30 biji cili padi 2 sm kunyit hidup Secekak daun kesum Garam secukup rasa 1 asam keping
CARA MEMASAK : 1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk, gaul rata. 2. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga ianya menggelegak, biarkan ia mereneh. 3. Masukkan daun kesum dan masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah ditutup api.
INFO CHEF : Resipi ini mudah disediakan, tak perlu ditumis dan boleh dimasukkan semua bahan sekali kecuali cili letak paling akhir.
30. TERUNG MASAK TAUCU
BAHAN-BAHAN:
3 biji terung potong serong 3 ulas bawang merah* 2 ulas bawang putih* sedikit ikan bilis* sedikit cili api* 3 sudu taucu.. cuci supaya hilang rasa masin.. garam gula
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk bahan2 bertanda (*), tumiskan hingga kekuningan.. 2. Masukkan taucu dan kemudian masukkan terung. 3. Tumiskan sekejap, tambah sedikit air, garam dan gula. 4. Masak hingga terung lembut. 5. Sedia untuk dihidang.
Sekarang ni Lazada MY ada bagi Ramadhan Food Voucher discount , diskaun sehingga RM9 potongan, jimatkan. Manalah tahu ada yang tak sempat nak memasak.