Sedapnya Mee Goreng Daging ni. Bagi penggemarnya, mi boleh dijadikan sebagai sajian pilihan bagi menggantikan nasi. Malah menu ini juga senang disediakan dan boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mee ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mee goreng daging simple perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni? Jom semak resipi di bawah.
Sedapnya Kuey Teow Sup Chinese Style ni. Nak masak pun sangat mudah. Dalam masa 30 minit dah boleh siap masak. Tak ada kuey teow dekat rumah? Jangan susah hati. Boleh sahaja gantikan dengan bihun, suhun, mi kuning atau mi kering. Memang sedap dan layan habis! Resipi yang dikongsi oleh saudari Nurul Afidah Catalyst ini sesuai dijadikan sajian keluarga pada bila-bila masa. Pasti kena dengan selera. Jadi selamat mencuba!
CARA MASAK KUEY TEOW SUP CHINESE STYLE YANG SEDAP
BAHAN SUP: Ayam bahagian dada 1 inci halia – potong nipis Bebola ikan secukupnya 1/2 kiub pati ayam – beli online disini 1/2 kiub pati bilis – beli online disini 2 sudu makan minyak zaitun – boleh abaikan jika tiada Garam & air secukupnya
BAHAN-BAHAN LAIN: Kuetiau – basuh bawah air mengalir @ bihun dicelur Sayur Pak Choy – belah 4 bahagian (cuci bersih dan celur dalam sup sekejap) Daun sup & daun bawang secukupnya – potong kecil 2-3 keping kek ikan (fish cake) – goreng & potong nipis Isi ayam yang dicarik Minyak bawang putih (tumbuk halus bawang putih & goreng api perlahan) – resipi MINYAK BAWANG PUTIH Cili potong + kicap (nak lagi sedap cili tu potong dan goreng sekejap baru masukkan kicap masin & manis)
CARA MEMASAK: 1.Masak ayam bersama halia dan air. Paras air menutupi ayam dan masak sehingga air mendidih dan ayam separuh masak. 2.Masukkan kiub pati ayam, kiub pati bilis, minyak zaitun dan bebola ikan. 3. Tambah air dengan secukupnya dan perasakan dengan garam dengan secukup rasa. 4. Teruskan masak sehingga air mendidih dan ayam betul-betul masak. 5. Semasa kuah sup mendidih, celup sayur Pak Choy dan celur sekejap. Angkat dan toskan. 6. Bila sudah siap mencelur sayur, keluarkan isi ayam dan toskan. Kemudian carik hingga halus. 7. Isi kuetiau di dalam mangkuk, tambahkan bahan-bahan lain dan tuang kuah sup. Sedia untuk dinikmati.
RASA kini tampil dengan rancangan masakan ‘online’ terbaru, Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi. Menampilkan Chef Imelda Harris sebagai pengacara, pada setiap minggu Chef Imelda akan berkongsi resipi masakan menggunakan bahan-bahan dari bakul misteri. Kalau nak salin resipinya, saksikan Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi secara live di FacebookMajalah Rasa dan Youtube ChannelMajalah Rasa pada setiap hari Rabu, jam 11.30 pagi.
Episod pertama yang bersiaran hari ini, Chef Imelda telah berkongsi dua resipi mudah, sedap dan membuka selera menggunakan bahan-bahan yang ada dalam bakul misteri iaitu Yee Mee Goreng Cendawan dan Sekaya Labu Pulut. Nak cuba masak menu-menu ni untuk keluarga tersayang? Jom lihat resipi di bawah.
1. YEE MEE GORENG CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 paket yee mee kering | celur hingga lembut
2 keping dada ayam | hiris nipis
3 biji telur
8 biji cendawan shintake kering | rendam dan hiris
2 paket cendawan enoki
1 paket kecil cendawan tiram
12 biji ceri tomato
1 batang lobak merah | sagat halus
1 ikat sawi hijau | hiris
1 tangkai cili merah | hiris
1/2 cawan sos tiram
1 cawan kicap manis
2 sudu makan minyak bijan
5 ulas bawang putih | hiris
1 inci halia | hiris halus
Minyak untuk menumis
Garam dan lada hitam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kuning keemasan. 2. Masukkan isi ayam dan cili merah. Tumis sehingga ayam separuh masak. T 3. Tuangkan sos tiram dan kicap manis. Kacau sehingga sebati lalu tambahkan sedikit air. 4. Tuang kesemua cendawan dan halia. Biarkan merenih seketika. 5. Seterusnya gaul yee mee dan kuah sehingga sebati. Masukkan lobak merah, sawi, minyak bijan dan reneh sehingga mee masak. 6. Perisakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa. Pecahkan telur dan tutup api. Pastikan mee masih berkuah dan tidak kering. 7. Taburkan dengan bawang goreng dan daun bawang sebelum dihidang
2. SEKAYA LABU PULUT
BAHAN-BAHAN:
1 biji labu | saiz sederhana
5 biji telur ayam gred A
1 cawan gula perang
1 cawan santan pekat
1/2 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla
Garam secukup rasa
BAHAN PULUT:
1 cawan beras pulut | dibersihkan
1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan air
1 sudu teh minyak masak
1 sudu teh garam bukit
CARA MEMASAK:
1. Sediakan periuk kukusan dan pastikan air yang dimasukkan mencukupi untuk mengukus nanti. 2. Satukan beras pulut, santan, air, minyak masak dan garam ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak dalam periuk tekanan ( pressure cooker) sehingga pulut masak. Boleh juga masak menggunakan periuk nasi elektrik. Sejukkan. 3. Ambil labu dan bersihkan kulitnya. Potong bahagian atas labu ( kawasan tangkai) dengan cermat untuk dijadikan penutup. 4. Angkat penutup, keluarkan biji labu dan basuh bersih bahagian dalamnya. Toskan seketika. 5. Dalam bekas berasingan, kacau gula dan telur hingga kembang. Masukkan esen vanilla, santan serta susu. Kacau sebati dan tambahkan garam. 6. Isi pulut dan bancuhan telur ke dalam labu. Tutup penutupnya dan kukus selama 1 jam atau hingga masak. 7. Angkat labu dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
DI SEBALIK TABIR PENGAMBARAN
JOM TONTON: DAPUR RASA: CAMPAK-CAMPAK JADI ( EPISOD 1)
Nasi beriani ayam tanam ini wajib dicuba jika suka makan nasi berperisa.
Keistimewaan hidangan ini terletak pada ayam yang diperap dengan pelbagai rempah, kemudian 'ditanam'...