Di hari cuti begini anda pastinya tercari-cari resipi mudah & sedap untuk disajikan untuk keluarga. Bagi yang belum ada idea nak masak apa untuk minum petang dan makan malam, RASA kongsikan empat resipi mudah, ringkas dan enak inspirasi dari negara jiran; Singapura dan Indonesia yang boleh dicuba. Pasti suami dan anak-anak suka.

 

1. BAKWAN JAGUNG

4 Resipi Mudah & Sedap Untuk Minum Petang & Makan Malam

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji jagung | hiris keluar isi
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang | mayang halus
  • 4 biji bawang putih | hiris halus
  • 1 biji buah keras | tumbuk halus
  • 2 tangkai daun ketumbar | hiris halus
  • 3 biji cili merah | hiris halus
  • 1 biji telur
  • 100 gram isi udang | hiris halus
  • 2 tangkai daun bawang | hiris halus
  • 1 tangkai daun saderi | hiris halus
  • 1 sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk besar.
  2. Gaul rata dan sebati, seperti membuat cucur.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Apabila minyak betul-betul panas sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali.
  5. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
  6. Bakwan Jagung sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.

INFO CHEF: Bakwan sama seperti cucur cara membuat dan rasanya, selain jagung anda boleh gunakan bawang atau sayur-sayuran kesukaan anda.

 

2. SINGAPORE CHAR KWAY TEOW

4 Resipi Mudah & Sedap Untuk Minum Petang & Makan Malam

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 450gm kuey teow
  • 10 ekor udang | bersih dan dibuang kulit
  • 6 ulas bawang putuh | cincang halus
  • 2 cawan tauge
  • 1 cawan kucai
  • 2 biji telur
  • 3 sudu makan minyak

BAHAN SOS:

  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap biasa
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
  • 1 sudu teh serbuk lada putih

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan sos. Ketepikan
  2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Masak sehingga terbit bau.
  3. Masukkan udang dan masak sehingga sedikit kemerahan,
  4. Masukkan kuey teow, kucai dan tauge dan kacau sebati,
  5. Tuang sos dan masak selama satu minit.
  6. 6.Buat lubang di tengah-tengah. Pecahkan telur.
  7. Biar sebentar dan kacau rata.
  8. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan panas-panas.

INFO CHEF:  Untuk anda yang ingin rasa lebih kicap, kurangkan garam dan lebihkan kicap.

 

3. MURTABAK SINGAPURA

IKLAN

4 Resipi Mudah & Sedap Untuk Minum Petang & Makan Malam

BAHAN KULIT MURTABAK:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan minyak sapi

BAHAN INTI:

  • 400gm daging kisar
  • 2 biji bawang Holland | potong dadu
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 sudu teh halia  | cincang halus
  • 2 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
  • 1 1/2 sudu makan rempah kari daging
  • 1/2 cawan air
  • 4 biji telur
  • 4 sudu makan  minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi | untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat kulit murtabak,masukkan tepung,minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
  2. Gaul menggunakan tangan sehingga rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Uli lagi selama 10 minit.
  5. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
  6. Perap doh bersama minyak masak sekurang-kurangnya selama satu jam.
  7. Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumis bawang holland ,bawang putih dan halia sehingga wangi.
  8. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
  9. Seterusnya masukkan daging cincang dan masak sehingga airnya keluar.
  10. Perasaan dengan garam, gula secukupnya.
  11. Setelah cukup rasa, tutup api dan masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata. Ketepikan.
  12. Untuk membuat kulit, canaikan doh murtabak dan leperkan menggunakan tangan. Sambil itu renjis-renjiskan minyak di atasnya.
  13. Ambil inti murtabak dan pecahkan telur di dalamnya.
  14. Gaul sebati dan tuangkan ke atas kulit murtabak
  15. Lipat keliling dan kemaskan lipatan menjadi empat persegi.
  16. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letakkan di atas kuali.
  17. Gorenglah hingga kekuningan.
  18. Angkat dan hidangkan bersama kuah kari atau kuah dal.

INFO CHEF: Untuk rasa lebih sedap, lebihkan daging kisar dan  tebal intinya.

 

IKLAN

4. SINGAPORE CURRY LAKSA

4 Resipi Mudah & Sedap Untuk Minum Petang & Makan Malam

BAHAN-BAHAN:

  • 5 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1/3 cawan minyak
  • 3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 4 batang serai |titik
  • 3 cawan santan
  • 8 cawan air
  • 250gm ikan bilis | rendam dan kisar
  • 250gm  isi  dada ayam
  • 2 sudu makan stok ayam
  • 10 biji bebola ikan
  • 10 biji tauhu Pong
  • 1 sudu teh garam
  • 250gm mi kuning

BAHAN KISAR:

  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/3 cawan air

BAHAN SAMPINGAN:

  • Sedikit tauge
  • 2 biji cili merah | hiris
  • 2 biji limau nipis
  • 3 batang kacang panjang | potong 3-4cm kemudian celur
  • 2 biji telur rebus | buang kulit dan belah dua
  • 2 keping tauhu | digireng dan hiris nipis

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan kuah, campurkan bahan-bahan kisar bersama rempah kari dan serbuk cili. Gaul sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tuangkan kesemua bahan tadi bersama daun kari dan serai. Tumis sehingga terbit bau.
  3. Masukkan santan, air, ikan bilis, isi ayam, pati ayam , bebola ikan, tauhu pong dan garam.
  4. Masak sehingga kuah mendidih, kemudian renehkan sehingga kuahnya pekat.
  5. Keluarkan isi ayam, Carik-carikkannya, kemudian ketepikan untuk diletakkan atas mi,
  6. Untuk menghidangkan mi, anda masukkan mi kunin ke dalam mangkuk. Susun bahan sampingan di tepinya dn tuangkan kuah di atasnya.
  7. Taburkan isi ayam di atasnya, dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika ingin rasa lebih pedas boleh tambah hirisan cili padi.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI