Ads

Oh My Duck! Kini Dibuka Di Ombak KLCC, Sajikan Itik Panggang London Yang Istimewa

Berita baik buat penggemar hidangan itik panggang! Kini tak perlu lagi terbang jauh ke London untuk menikmati keenakan itik panggang yang lembut, berjus dan penuh rasa. Oh My Duck! (OMD) secara rasmi membuka pintunya di Ombak KLCC, Kuala Lumpur pada 19 November 2026, sekali gus menawarkan pengalaman menjamu selera yang diinspirasikan daripada kedai itik panggang klasik di London.

Pembukaan restoran ini pastinya menambahkan lagi pilihan destinasi makanan menarik di ibu kota, khususnya buat mereka yang gemarkan hidangan berasaskan itik. Dengan konsep santai, mesra pelanggan dan sajian yang menyelerakan, Oh My Duck! mahu membawa pengalaman menikmati makanan yang ringkas tetapi berkualiti kepada pengunjung.

Oh My Duck! Kini Dibuka Di Ombak KLCC, Sajikan Itik Panggang London Yang Istimewa

Inspirasi Oh My Duck Dari London, Kini Dibawa Ke Malaysia

Menariknya, idea penubuhan restoran ini bermula daripada pengalaman dua pengasas bersama, Gary dan Qays, yang pernah menetap di London.

Kecintaan mereka terhadap hidangan itik panggang di sana menjadi inspirasi utama untuk memperkenalkan konsep restoran yang sama di Kuala Lumpur.

Oh My Duck! Kini Dibuka Di Ombak KLCC, Sajikan Itik Panggang London Yang Istimewa

Daripada tekstur daging itik yang lembut sehinggalah keenakan sos hitam yang kaya dengan rasa savuri, pengalaman menikmati hidangan tersebut meninggalkan kenangan tersendiri buat kedua-duanya.

Mereka juga tertarik dengan suasana restoran itik panggang di London yang cukup santai, mesra pelanggan dan tidak terlalu formal.

Oh My Duck! Kini Dibuka Di Ombak KLCC, Sajikan Itik Panggang London Yang Istimewa

Daripada pengalaman itulah tercetusnya idea untuk membawa konsep berkenaan ke Malaysia menerusi Oh My Duck!, sebuah restoran yang mengutamakan keenakan makanan serta keselesaan pelanggan.

Tiga Wanita Hebat Di Sebalik Oh My Duck!

Di sebalik pembukaan restoran ini, terdapat tiga wanita yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan idea tersebut. Mereka ialah Rizka Sarunia dan Luciana Pamela, yang merupakan Pengarah Oh My Duck!, bersama Milla Algamar.

Oh My Duck! Kini Dibuka Di Ombak KLCC, Sajikan Itik Panggang London Yang Istimewa

Ketiga-tiganya menggabungkan kepakaran serta pengalaman dalam bidang masing-masing bagi membangunkan sebuah jenama makanan yang mempunyai identiti tersendiri.

Rizka mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri pemasaran, media dan hiburan. Kepakaran beliau dalam pembangunan jenama serta jaringan perhubungan menjadi antara kekuatan utama dalam memperkenalkan restoran ini kepada masyarakat.

Ads

Sementara itu, Luciana dan Milla pula merupakan ahli perniagaan berpengalaman yang mempunyai portfolio perniagaan luas.

Gabungan pengalaman dalam bidang pemasaran, pengurusan dan pembangunan perniagaan membolehkan mereka mengubah idea ringkas menjadi sebuah restoran yang kini sedia menerima pelanggan.

Bagi mereka, restoran ini bukan sekadar tempat untuk menikmati makanan, tetapi juga ruang santai untuk berkumpul dan meluangkan masa bersama keluarga serta rakan-rakan.

Oh My Duck! Kini Dibuka Di Ombak KLCC, Sajikan Itik Panggang London Yang Istimewa

Pembukaan Meriah Dengan Kehadiran Tetamu Kehormat

Majlis pembukaan rasmi Oh My Duck! turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat.

Antaranya, YM Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah bersama Che Puan Alfia Reziani, YM Tengku Mohamed Rizam bin Tengku Abdul Aziz yang merupakan Tengku Temenggong Kelantan, YM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj serta YM Tengku Nur Qistina binti Tengku Mohamad Rizam.

Oh My Duck! Kini Dibuka Di Ombak KLCC, Sajikan Itik Panggang London Yang Istimewa

Kehadiran mereka menjadikan majlis pembukaan tersebut lebih bermakna buat seluruh pasukan restoran.

Ads

Menurut Rizka, Luciana dan Milla, sokongan serta kesudian tetamu kehormat untuk bersama-sama meraikan pembukaan restoran ini amat dihargai oleh seluruh pasukan.

Itik Panggang Bersos Hitam Jadi Tarikan Utama

Bercakap tentang menu, sudah tentu hidangan itik panggang menjadi bintang utama di Oh My Duck!. Restoran ini mengetengahkan keenakan daging itik panggang yang lembut, dipadankan dengan sos hitam pekat yang kaya dengan rasa savuri.

Pelanggan boleh menikmati hidangan tersebut bersama nasi ataupun mi mengikut cita rasa masing-masing. Selain menu utama, terdapat juga beberapa pilihan menarik yang boleh dicuba seperti Smoked Duck Lumpia, Butter Squid dan Duck Bee Hoon.

Oh My Duck! Kini Dibuka Di Ombak KLCC, Sajikan Itik Panggang London Yang Istimewa

Oh My Duck! Kini Dibuka Di Ombak KLCC, Sajikan Itik Panggang London Yang Istimewa

Oh My Duck! Kini Dibuka Di Ombak KLCC, Sajikan Itik Panggang London Yang Istimewa

Kepelbagaian menu ini menjadikan restoran berkenaan sesuai dikunjungi untuk makan tengah hari, makan malam santai mahupun ketika ingin menikmati hidangan lazat tanpa perlu memasak di rumah. Konsep makanan yang ringkas serta suasana mesra pelanggan turut menjadi antara keutamaan restoran ini.

Utamakan Bahan Halal, Dalam Proses Mendapatkan Pensijilan

Satu lagi perkara penting yang diberi perhatian oleh pengurusan restoran ialah penggunaan bahan makanan halal. Menurut pihak restoran, usaha mendapatkan pensijilan halal merupakan antara faktor utama mereka memilih Malaysia sebagai lokasi pembukaan restoran ini.

Ads

Walaupun pensijilan halal rasmi masih dalam proses, pihak restoran memaklumkan bahawa dapurnya menggunakan bahan-bahan halal dan hanya mendapatkan bekalan daripada pembekal yang mempunyai pensijilan halal.

Anda mungkin berminat dengan

Pendekatan ini selaras dengan matlamat mereka untuk menyediakan hidangan yang boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Oh My Duck! Kini Dibuka Di Ombak KLCC, Sajikan Itik Panggang London Yang Istimewa

Dalam usaha memperkenalkan jenama kepada pelanggan, restoran ini juga memanfaatkan media sosial, promosi dari mulut ke mulut serta platform penghantaran makanan.

Strategi ini membolehkan lebih ramai penggemar makanan mengenali restoran tersebut, meskipun kawasan komersial Ombak KLCC masih dalam proses menerima lebih banyak penyewa.

Lokasi Oh My Duck! Di Ombak KLCC

Buat penggemar makanan yang ingin mencuba hidangan itik panggang ala London, bolehlah singgah ke restoran ini yang kini beroperasi di Ombak KLCC.

  • Nama: Oh My Duck! (OMD)
  • Lokasi: Lot 4-02-01, Aras 4, Ombak KLCC, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam, setiap hari
  • Instagram: @ohmyduck.my

Dengan pembukaan ini, restoran berkenaan berharap dapat menjadi antara destinasi pilihan penggemar hidangan itik panggang di Kuala Lumpur.

Jadi, kalau anda sedang mencari tempat makan baharu sekitar KLCC atau teringin menikmati sajian itik panggang dengan sentuhan inspirasi London, Oh My Duck! boleh dimasukkan dalam senarai restoran yang ingin dikunjungi.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Scoopable Cookies Yang Mudah, Gooey & Memang Menggoda!

Kek Span Pandan Paling Gebu & Sedap. Rahsia Mudah Confirm Jadi!

Resipi Pastry Fruit Cake Yang Nampak Mewah, Confirm Enak Tapi Senang Nak Buat

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

YouTube video player
Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

7 Kebaikan Cranberry Yang Menakjubkan, Ramai Tak Tahu!

Ketahui 7 kebaikan cranberry yang menakjubkan untuk kesihatan, termasuk manfaat antioksidan, saluran kencing, jantung, kulit dan penghadaman.