Beli dan simpan bahan basah untuk memasak, memang memudahkan kerja. Tetapi ada kalanya barangan yang dibeli lambat dimasak. Setiap daripada kita pasti pernah mengalami situasi dimana beli mi kuning, kuetiau dan laksa basah untuk stok berminggu-minggu tapi tak masak? Bila dah beku dan berbau mulahlah masuk ke tong sampah. Membazir tu. Jadi jom cuba petua menyimpan mi kuning, kuetiau dan laksa basah perkongsian saudari hani_mynis ni. Selamat mencuba.
TIP SIMPAN MI KUNING, KUETIAU & LAKSA BASAH SUPAYA TAHAN LAMA
Ads
Hani ni hantu laksa penang. Selalunya setiap bulan akan masak laksa. So ni cara nak pastikan laksa basah yang hani beli tahan lama dan tak berbau hapak ke apa…
Cara ni sesuai untuk semua jenis mi basah (mi kuning, mi kuetiau dan mi laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan 3 hari. Letak je kat tempat redup (no direct sunlight) kat dapur.
Kalau nak tahan 2-3 minggu, jangan masukkan terus dengan plastik sebungkus-sebungkus tu terus dalam peti ais. Nanti dia mengeras dan mi akan melekat-lekat. Jadi bila nak makan, kena rebus balik.
Mi yang melekat ini juga akan patah-patah bila dileraikan. Hasilnya bila dimasak, mi jadi tidak cantik.
Ads
CARA BETUL MENYIMPAN MI BASAH ( TIP DARI PENJUAL LAKSA & MI KARI)
Lepas dibeli, keluarkan mi dari bungkusan dan terus masuk dalam bekas berpenutup. Letak sedikit minyak dan urai-uraikan mi tersebut supaya tidak melekat. Jangan masukkan seketul macam tu je tanpa diurai.
Pastikan mi yang disimpan tidak terkena air.
Pastikan bekas berpenutup yang nak diisi mi itu juga dalam keadaan kering.
Isi mi, tutup bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian chiller. Dengan cara ini mi boleh tahan hingga minggu.
Bila hendak digunakan, panaskan air hingga mendidih. Masukkan mi. Hasilnya mi akan jadi lembut, elok dan tidak patah-patah.
Sayur lobak merah antara yang selalu ada dalam peti sejuk kita. Tapi ada masa disebabkan lama tak masak yang awalnya segar jadi kecut dan lembik.
Bila dah jadi begini, ramai juga yang masuk dalam tong sampah sebab ingat dah tak boleh guna. Lepas ni kalau lobak merah dah jadi macam jangan buang tau sebab kita boleh segar semula dan guna kembali untuk memasak.
Nak segar dan keraskan kembali lobak merah ini pun mudah sangat. Tip ini dikongsi oleh Munirah Jamaluddin. Caranya;
1. Buang kulit lobak merah yang dah lembik dan potong beberapa bahagian.
2. Sediakan air dalam mangkuk, kemudian rendam dalam air.
3. Lobak merah akan kembali segar dan keras setelah direndam dan boleh digunakan dalam masakan.
Mengatasi masalah tikus berkeliaran di dapur memang bukan kerja mudah. Bermacam-macam petua dan cara digunakan tapi haiwan ini tetap ada.
Memang ada cara mudah untuk menghapuskan tikus iaitu menggunakan racun tapi kita pula rasa tak selamat. Ada juga yang cadang cara guna daun kari, daun pandan atau daun sirih tapi tak juga berkesan.
Jika langkah di atas sudah dicuba, mungkin boleh mempraktikkan cara guna kulit telur dan lada hitam pula untuk hindar tikus memasuki masuk rumah. Caranya mudah dan murah juga.
Petua halau tikus guna kulit telur
Caranya:
1. Basuh dan keringkan kulit telur.
2. Tumbuk atau kisar halus menjadi serbuk.
3. Tabur di penjuru dan sekitar rumah.
4. Selebihnya simpan dalam botol.
Cara ini bukan hanya tikus, malah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur pun tiada.
Tabur lada hitam untuk halau tikus
Kenal pasti laluan haiwan ini di dapur dan tabur saja lada hitam atau serbuk lada hitam di luar kawasan lubang tikus. Cara ini boleh membuatkan hidung tikus terganggu dan membuatkan haiwan ini menjauhi kawasan dapur.
Ada pelbagai petua lama atau cara yang dikongsi sejak turun temurun untuk melembutkan daging. Letak kurma, ais, sudu dan macam-macam lagi.
Tapi lembutkan daging cara ini makan masa dan belum tentu daging lembut. Sebaiknya kita ikut cara mereka yang mahir dalam masakan. Dikongsi oleh Chef Rizal tiga cara ini dijamin dapat melembutkan daging.
1. Guna lemon
Perah sebiji lemon dalam daging daging yang dihiris. Gaul dan biarkan 20-25 minit. Kemudian cuci bersih. Insya-Allah lembut daging ini
2. Baking soda
Cara kedua, sediakan air dalam dalam bekas kemudian masukkan satu sudu makan baking soda ke dalam air.
Larutkan dan campurkan air ini dalam daging. Biar 10 minit dan cuci bersih. Jangan biar lama kerana daging rasa lain.
3. Cuka
Letak sedikit cuka, gaul dengan daging. Perap 15-20 minit. Cuci bersih.
Pilih salah satu daripada 3 cara ini untuk lembutkan daging sebelum memasak.