Bila kita teringin kuih lama, kenalah usaha sikit nak membuatnya. Contohnya seperti kuih lompat tikam ni. Memang dah lama tak makan. Nak tunggu puasa baru boleh merasa. Jadi mula-mula dapatkan bahan-bahan nak membuatnya seperti tepung beras dan sebagainya. Yang nak buat, boleh ikut resipi ini.
Untuk adunan hijau Bahan-bahan: 2 cawan tepung beras-BELI ONLINE DI SINI 6 helai daun pandan dikisar, tapis air daun pandan jadikan 4 cawan air 1 sudu besar air kapur makan
Cara memasak: 1.Panaskan periuk, masukkan 2 cawan air biarkan mendidih. 2.Baki 2 cawan lagi air daun pandan masukkan tepung beras dan kapur makan kacau hingga sebati. Dah mendidih air dalam inner pot tuang bancuhan tepung tadi.Kacau jangan berhenti nampak dah berkilat bermakna adunan dah masak.Angkat sejukkan ke dalam bekas.
Pulut 1 cawan beras pulut direndam dalam 1 jam dengan pewarna merah.Pulut saya guna periuk nasi elektrik sebab sikit.Masak seperti nasi biasa.
Ads
Kuah santan 1 biji kelapa ambil santan pekat 3 sudu besar tepung beras sedikit garam satukan semua bahan masak sampai mendidih dan pekat
Air gula Gula Melaka@ nise Sedikit gula pasir- BELI ONLINE DI SINI Daun pandan dan sedikit air semua bahan masak sampai gula hancur dan agak pekat sikit.
Kalau nak masak kepah atau lala untuk hidangan tengahari, inilah dia resipi kegemaran rakyat Malaysia. 5 jenis resipi yang paling laris dan mudah disediakan. Hidangkan dengan nasi putih memang laju je menghirup isi lala tu licin je masuk ke mulut. Resipi ni sesuai juga untuk hidangan lain seperti udang, ketam dan juga ayam. Boleh pelbagaikan dan sangat versatil.
LALA MASAM MANIS
Bahan A – Tumis
1/2 inci halia – di hiris
1 ulas bawang putih – di cincang
Bahan B – Sos
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh gula
Bahan C
1 Kg siput Lala – di bersihkan
1 cawan air larutkan bersama 1 sudu teh tepung jagung
minyak untuk menumis
1 biji telur – di pukul
1/2 labu bawang holland – di hiris
1 tangkai cili merah – di hiris
garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Masukkan minyak kedalam kuali, tumis semua bahan-bahan A sehingga wangi.
2. Tuang bahan sos iaitu sos tomato, sos cili, sos tiram dan gula kedalam bahan tumisan sambil di kacau hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan siput Lala kedalam bahan sos sambil di kacau dan masukkan bawang holland, cili merah, gula dan air.
4. Masak hingga mendidih dan lala terbuka dan masukkan garam secukup rasa.
5. Seterusnya tuang telur yang di pukul tadi, biarkan sebentar dan kacau sehingga telur sebati dengan kuah.
6. Hidangkan dengan nasi panas.
Kredit resipi: fizalgk.blogspot.com
KEPAH MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-bahan:
1kg kepah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 in kunyit hidup
5 biji cili api(jum.ikut suka)
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit-di koyak
3 batang serai -diketuk
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
garam dan sedikit gula jika suka
Cara Memasak:
Bersihkan kepah dan toskan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili api.
Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, asam keping, serai, santan dan air ke dalam periuk.
Masak hingga hampir mendidih dan masukkan kepah, daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.
Masak sekejap lagi hingga cengkerang kepah berubah warna kemerahan.
Padamkan api dan hidangkan panas-panas.
Kredit resipi: suzana-ciksue.
SUP KEPAH
BAHAN-BAHAN:
1+ kg kepah, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
10 biji cili padi, diketuk
6 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawan putih, hiris
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 2 camca besar). Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan kepah. Gaul rata dan masak 2-3 minit. Tuang air secukupnya ( hingga tenggelam kepah tadi) dan biar mendidih.
Masukkan cili padi dan daun kunyit. Masak dengan api sederhana hingga kepah masak (bila anda nampak cengkerang kepah terbuka). Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
Kredit resipi: tiffin biru
LALA ALA SHELL OUT
BAHAN-BAHAN:
1 kg lala
Bawang putih
Bawang merah
Lada kering
Halia
Serai (ketuk atau blend) *option
Garam dan penambah perasa
Gula
Sedikit minyak
Cara memasak:
1. Rebus lala sehingga agak masak (kerang lala mula berbuka
2. Blend bawang putih, bawang merah, halia, lada kering.
3. Tumis bahan blend tadi sehingga pecah minyak
4.Masukkan serai dan kacau sehingga naik bau.
5. Masukkan gula garam dan penambah perasa.
6. Masukkan lala yang telah direbus. Kacau sehingga kerang nya terbuka dan kuah kering.
Kredit resipi: aswaleyla
LALA KAM HEONG
Bahan-bahan:
1/2 kg lala dibersihkan dan tos airnya
8 ulas bawang merah dihiris nipis – boleh juga guna bawang besar
6 ulas bawang putih dihiris nipis atau dicincang
1 inci halia dihiris memanjang
6-7 helai daun kari
Sedikit daun bawang secukupnya di potong
Cili merah dipotong
Sedikit minyak untuk tumis
Bahan disatukan sekali dan gaul rata menjadi paste
3 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
5-6 sudu besar kicap pekat – atau lebih jika perlu
Cara memasak:
Panaskan minyak, tumis bawang yang dihiris dan biarkan wangi dulu. Masukkan daun kari. Kemudian masukkan paste campuran kicap, sos tiram dan rempah tadi. Gaul rata.
Masukkan lala dan kacau. Jangan tambah air ye sebab lala tu dah ada air. Nanti isi lala kecut, air tu akan keluar sendiri.
Tabur daun bawang dan cili merah potong akhir sekali, siap dan boleh dihidangkan.
Ayam goreng kunyit ni kira kesukaan anak anak termasuklah bapak dia sekali senang cepat tapi tetap sedap! Mudah saja membuatnya. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Haja Saleh.
Bahan bahan untuk ayam
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu banyak. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)
Cara memasak:
Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.
Bahan untuk sambal
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Dalam ni haja guna cili padi hijau)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah kisar agak halus bahan di atas,boleh masak sekejap atas api. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi. masak sekejap Dalam 5-8 minit. Siap untuk dimakan. Boleh makan dengan nasi panas-panas renjis kicap . Walahhhh sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas BERAPI.
Rempah kari adalah salah satu bahan masak yang memang wajib ada di setiap rumah orang Malaysia. Tidak kira la apa jenama sekalipun, semuanya bergantung kepada cita rasa dan juga olahan resipi. Bagi anda yang pernah mengunjungi kedai Eco, pasti pernah ternampak pelbagai rempah kari yang dijual. Salah satunya ialah rempah kari Cap Orang Terbang ni. Pasti ada yang was-was nak guna sebab tak pernah cuba. Saudari Rosni Musa tunjukkan hasil Kari Ayam yang dimasak menggunakan rempah ini. Mantap dan sedap. Nanti bolehlah cuba.
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga lumat.
2. Panaskan minyak. Tumiskan serai dan daun kari hingga naik bau.
3. Masukkan rempah 4 sekawan. Kacau.
4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis lagi buat seketika.
5. Masukkan rempah kari diikuti cili kisar. Kacau rata.
6. Masukkan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak. Ulang langkah ini sehingga 3 kali. Masuk air dan tumis campai pecah minyak. Langkah ini bertujuan untuk memastikan agar bahan tumis betul-betul masak. Hasilnya, lauk kari akan jadi lebih sedap.
7. Masukkan kerisik. Kacau sebati.
8. Kemudian masukkan ayam. Kacau lagi biar sebati.
9. Masukkan kentang.
10. Tuang santan pekat.
11. Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula.
12. Jika kari kelihatan sangat pekat, boleh masukkan sedikit air.
13. Masukkan juga asam gelugur.
14. Kemudian renihkan sehingga ayam masak dan kentang empuk.
15. Buka penutup kuali dan kacau sebati sekali lagi.