Sedapnya KuihBoko Pandan Ubi Kayu perkongsian resipi oleh Opah Mas Cotek. Selain pandan, ada juga yang buat menggunakan gula merah. Dua-dua sedap! Rasa yang memang asli malah nak buatnya pun tidak sukar. Bahan pun tak banyak. Patutlah ramai yang pakat salin resipi. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KUIH BOKO PANDAN UBI KAYU
BAHAN LAPISAN BAWAH: 3 cawan ubi kayu parut – parut ubi kayu terlebih dahulu. perah kemudian baru ambil dan sukat pati yang mendap. Airnya dibuang 2 cawan air pandan – kisar 7-8 helai daun pandan 1 1 /4 cawan gula @ ikut manis yang disukai (beli online disini) Sedikit pewarna hijau (beli online disini)
Ads
CARA MEMASAK: 1.Satukan kesemua bahan. Sebatikan. 2. Kemudian masukkan ke dalam bekas-bekas kecil hingga memenuhi separuh bekas. 3. Kukus selama 25 minit atau hingga lapisan ubi kayu masak. 4. Angkat dan sejukkan.
BAHAN LAPISAN ATAS: 1/2 cawan tepung beras (beli online disini) 4 cawan santan Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Satukan kesemua bahan di dalam periuk. Sebatikan biar tiada ketulan tepung. 2. Masak adunan menggunakan api sederhana hingga pekat dan meletup-letup. Pastikan adunan sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia berketul. 3. Tuang adunan ke atas Boko Ubi yang telah disejukkan tadi.
4. Biarkan kuih sejuk sekali lagi dan kemudian bolehlah dihidangkan.
Agar-agar antara menu wajib ada bagi kebanyakan mereka yang sukakan menu pencuci mulut yang manis dan sejuk. Daripada beli apa kata anda cuba buat Agar-Agar Cadbury ini kerana ia sangat mudah disediakan dan sedap. Anak-anak gerenti suka. Buat awal ye supaya sempat disejukkan dalam peti sejuk sebelum berbuka nanti.
AGAR-AGAR CADBURY BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk agar-agar 4 pek Milo 3 in 1 30gm cadbury milk chocolate 5 cawan susu segar
CARA MEMBUAT:
Masukkan susu dalam periuk, masukkan agar-agar, kacau rata dan renehkan atas dapur guna api perlahan.
2. Asingkan dua cawan dari adunan susu tadi, masukkan Milo 3 in 1. Kacau hingga milo larut.
3. Milo dah larut masukkan coklat cadbury. Kacau sampai sebati.
4. Setelah siap, masukkan dalam bekas yang sesuai, selang selikan setiap lapisan bermula dengan lapisan putih.
4. Sejukkan dulu setiap lapis dalama peti sejuk lebih kurang 2 minit sebelum dituangkan lapis seterusnya. Lakukan hingga habis dan hiaskan di atas dengan bebola coklat untuk lebih cantik.
5. Sejukkan dalam peti sejuk. Setelah sejuk sedia dihidangkan.
Teringin nak makan Kuih Akok yang sedap dan panas-panas? Ha…Cubalah buat sendiri dengan resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni. Mudah je. Paling best sebab boleh bakar guna mesin pembuat sandwich (sandwich maker) je. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya. Pasti puas hati dapat makan kuih ni untuk minum petang.
RESIPI KUIH AKOK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 cawan santan
1 cawan telur – pecahkan macam nak buat telur dadar. Kemudian sukat guna cawan.Jumlah telur bergantung pada cawan yang kita guna.
3/4 cawan gula putih + gula merah -kurangkan sikit jika terlalu manis
1/2 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pes pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan putar hingga adunan kembang. Jika suka, boleh juga kisar menggunakan blender.
2. Oles sedikit minyak pada sandwich maker.
3. Tuang adunan hingga betul-betul penuh / memenuhi ruang.
4. Tutup dan bakar selama 4-5 minit. Jika mahukan akok yang berbentuk cantik, jangan buka penutup sandwich maker. Buka hanya bila kuih akok betul-betul masak.
Anda suka pasta? Jika YA, resipi ini wajib dicuba. Nampak macam hidangan dari restoran kan? Dengan resipi ni anda sendiri boleh masak menu ala restoran di rumah. Mudah dan lebih jimat!
PASTA AGLIO OLIO SALAMI DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm spageti
15 biji bawang putih |dicincang halus
5gm chili flakes
5gm serbuk parsli
60gm minyak zaitun |untuk menumis
30gm serbuk lada hitam
8 keping salami daging
CARA MEMASAK:
Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan spageti dan garam kemudian rebus sehingga lembut.
Tapis dan ketepikan. Ketepikan setengah cawan air rebusan tadi.
Panaskan kuali dan tuang minyak zaitun. Perlahankan api. Tumis bawang putih dan chili flakes sehingga separuh kekuningan.
Masukkan spageti, gaulkan dengan serbuk lada hitam dan daun parsli dan garam. Gaul hingga sebati, tuangkan sedikit air rebusan tadi.
Bakar kepingan salami selama dua hingga empat minit kepingan salami kemudian dihiris panjang.
Matikan api dan sediakan di dalam pinggan kemudian baru dihiaskan dengan kepingan salami daging. Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, gunakan minyak zaitun extra virgin oil .