3. Kemudian, masukkan ais batu. Marjerin, ais batu dan tepung ubi untuk merangupkan bancuhan tepung goreng pisang kita. Ini bahan rahsianya.
4. Masukkan air. Kacau-kacaukan supaya sebati semua bahan. Bancuh hingga ais tadi cair sekali ya.
5. Apabila bahan salutan sudah tersedia, ketepikan. Kita namakan ini bancuhan A. Nanti kita buat bancuhan B.
Ads
6. Potong pisang kegemaran. Saya guna pisang tanduk. Bancuhan tadi tu sedang elok untuk sebiji pisang tanduk tau.
7. Kita sediakan bancuhan B. Ambil ½ cawan bancuhan A kita tadi tu. Campurkan dengan ¼ suku cawan air. Bancuhan memang cair. Saya buat sikit-sikit bancuhan cair ni. Kira bila bancuhan cair dah habis baru bancuh baru. Pisang salut dengan bancuhan yang lebih pekat.
8. Dalam minyak yang panas, saya masukkan 2 sudu besar bancuhan B yang telah saya cairkan tadi. Dia akan naik berkelopak macam dalam gambar tu.
9. Kemudian, baru saya masukkan pisang dengan bancuhan A. Masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
10. Tadaaaa. Beginilah jadinya pisang goreng kita. Ulang langkah macam mula-mula tadi ya.
Negeri Johor dan Melaka memang cukup popular dengan masakan Asam Pedasnya. Bukan setakat ikan , daging dan ayam pun sedap dimasak cara begini, asam pedas ayam.
Jom ikut resipi dari Nur Kasih Fiezaimi Fiza ni. Ringkas dan mudah aje. Janji herba penyedap masakan, daun kesum , bunga kantan dan serai harus ada. Belacan tu opsyen tak letak pun takpe, kalau nak letak sedap jugak kalau belacan tu dipanggang dahulu.
ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN :
2-3 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1 inci @ 2.4sm halia
1 inci@ 2.4sm kunyit hidup
4 -5 sudu makan pes cili kering. Kisar semua ( dari bawang hingga kunyit hidup)
Ayam | digoreng setengah masak
1-2 sudu makan asam jawa | dicampur air
Sedikit belacan
2 batang serai | dititik
Bunga kantan secukupnya
Daun kesum secukupnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar hingga naik bau. 2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan belacan. 3. Masukkan ayam dan gaul.Masukkan pula air asam jawa, bunga kantan daun kesum. 4. Biarkan mereneh sebentar, perasakan dengan garam dan gula .
Pulut kuning yang lembut, sedap dan cukup lemaknya memang enak. Namun pernahkah anda mencuba Pulut Kuning air tangan orang Kelantan? Ada sedikit berbeza. Ia bukan sahaja lemak masin, tapi ada sedikit rasa manis yang membuatkan Pulut Kuning Kelantan ini begitu enak sekali. Arung (gaul) pun guna sudip kayu. Namun tak ramai yang mahir dalam memasak hidangan ni. Jadi jom belajar masak Pulut Kuning ikut resipi yang dikongsi oleh saudari Ismi Aishah ni. Memang mudah! Pasti puas hati.
1. Basuh pulut hingga bersih dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.
2. Toskan beras pulut kemudian kukus selama 30 minit. Kemudian buak penutup periuk dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Empunya resipi letak daun pandan untuk aroma wangi.
3. Dalam bekas berlainan, kacau garam dan gula bersama santan sampai larut (boleh rasa santan ikut selera masing-masing nak rasa macam mana. Lebih manis atau lebih masin).
4. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/arung pulut guna sudip kayu hingga santan dan pulut bergaul sekata.
5. Masukkan balik pulut tadi ke dalam periuk kukusan dan kukus kembali dalam 15 minit lagi.
6. Masukkan pulut yang telah dimasak ke dalam loyang atau acuan ikut cara masing-masing (untuk bentuk pulut yang cantik). Tidak letak dalam acuan pun tidak mengapa.
7. Pulut Kuning sedia untuk dinikmati. Memang sedap dan tetap lembut walau sudah sejuk.