Bila sebut pasal biskut raya orang dulu-dulu, pasti ramai yang sebut Biskut Buah Kana. Biskut ini adalah salah satu kudapan raya legend yang digemari ramai dan kekal relevan hingga kini. Masih ramai peminatnyatak kira tua atau muda. Bercadang nak buat biskut ini untuk raya nanti? Jom cuba. Saudari Norhasni Ahmad ada kongsikan resipinya.
1.Masukkan semua bahan (kecuali inti dan pewarna) ke dalam bekas bersesuaian. Uli sampai jadi doh. Jika doh masih lembik, tambah tepung gandum dengan secukupnya.
Ads
2.Jika mahu biskut yang berwarna, boleh tambah warna ikut selera masing-masing.
3.Sapukan tepung gandum pada acuan biskut. Ia bertujuan supaya senang nak keluarkan adunan yang dicetak nanti.
4.Susun biskut atas dulang pembakar dan bakar pada selama 15-25 minit mengikut suhu ketuhar masing-masing. (suhu biasanya 170-180C)
5.Bila sudah masak, keluarkan biskut dari ketuhar dan biarkan sejuk terlebih dahulu.
6.Bila Biskut Buah Kana legend telah benar-benar sejuk, baru sapukan inti kegemaran masing-masing (empunya resipi guna jem strawberi)
Seperti yang dijanjikan chewah, haja nak share resipi cookies yang super duper sedap ni. Nak tahu sedap ke tak korang WAJIB la try.
Bahan simple, mudah, Cara buat kalau takde mixer pun takpe. Kita kacau guna senduk kayu je. Kalau senduk kayu takde jugak kena la Beli😅👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
BAHAN A 250 gm butter (jenama lurpak) 120-130 gm brown sugar 1 biji kuning telur 2 sudu teh susu segar full cream jenama Dutch lady 1 sudu teh Essen vanilla (imported Essen vanilla lebih wangi)
BAHAN B 300 gm tepung diayak dulu ( haja guna self raising flour) Nak guna tepung gandum pun boleh tapi kena tambah baking powder (serbuk penaik)
BAHAN C 200 gm CHOC CHIP
Cara memasak: 1. Pukul butter yang dah agak lembik( biarkan sekejap suhu bilik) . Pukul butter bersama brown sugar. Kacau adunan sehingga sebati, nampak creamy dan, bertukar warna sedikit. 2. Masukkan telur kuning, esen vanilla dan susu (BAHAN A) Pukul sehingga tiada lagi ketulan gula (sikit2 tu kira halal la). 3. Campurkan BAHAN B (tepung ) ke dalam aduanan tadi. Gaul sehingga sebati. Biar adunan jadi MESRA☺️🤣 4. Last sekali boleh masukkan semua choc chip. Yumeeeh! Gaul biar sebati semuanya😃😃 Senangkan? Ok bab bakar kena kenali oven dulu. Oven jenis built in (my oven) 150 , 30 Minit (ni memang ranggup la) ranggup ye bukan hangit🤣 Kalau oven yang lebih kecil boleh cuba dulu 140 darjah, 30 Minit .Make sure PANASKAN OVEN dulu sebelum Bakar cookies. Katakan nak guna piping beg pun boleh. Rujuk gambar piping beg kat bawah) Lepas tu boleh terus piping atas Loyang. Siap!!! Tunggu sejuk sikit dah boleh makan. Yumeeeh 😍😍😍😍😍😍😍 Makan ni confirm tak makan sesikit. Nak buat cookies Raya pun boleh. kredit resipi & foto: Haja Saleh
Ni dia biskut susu jagung, guna tiga bahan aje. Rangup dan kaya dengan rasa susu berperasa jagung. Musim PKP ni kalau nak buat sajian tambahan macam biskut, ambil aje resipi yang mudah-mudah dan tak banyak ramuannya.
Dah bakar nanti , tunggu sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara. Kita kenalah berjimat belanja dapur, jadi biskut ni memang sesuai sangat.
BISKUT SUSU JAGUNG
BAHAN-BAHAN : 1 tin susu (saji) perasa jagung 1 bungkus tepung jagung Ceri potong sebagai hiasan
CARA MEMASAK : 1. Satukan bahan2 ni, uli sampai doh x melekat kat tgn. 2. Kalau melekat lagi doh, boleh tambah tepung lagi. 3. Masukkan dlm papercup. 4. Sedia utk dibakar. 5. Bakar pada suhu 150° selama 25minit.