
Hari ini terlebih rajin, nak baking Orange Muffins. Muffin perisa oren ni gerenti makan tak kan muak. Agar nampak lebih meriah di atasnya taburkan buah-buahan kering untuk nampak lebih menarik.
Bahan-bahan:
1 biji telur (A)
1/2 cawan gula kastor-BELI ONLINE DI SINI
200ml susu segar
1 sudu besar sunquick oren+sedikit pewarna oren
(kalau nak tukar perasa lain pun boleh)
90 ml minyak jagung @masak
2 cawan tepung kek-BELI ONLINE DI SINI
(kalau tepung biasa tambahlah baking powder) ayak
1/2 cawan buah-buah kering(cuci dengan air panas dulu dan tos)
Buah-buah kering ini separuh letak dalam adunan,separuh lagi untuk letak atas muffin
Cara membuat:
1.Pukul telur,gula,guna tangan saja.
2.Bila dah kembang letak susu pukul lagi.
3.Letak perasa oren,pukul lagi.
4.Kemudian letak minyak,pukul lagi.
5.Letak tepung sikit-sikit sambil kacau-kacau sebati.
6.Letak 3/4 adunan tu dalam cawan kertas.
7.Bakar suhu 170, 30/35minit. Api atas/bawah.
Kredit: Malnorashima Bt Ismail
Oat Coklat Snow Cookies Sedap Buat Kudapan, Tak Sedar Sebalang Boleh Habis
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sponge Dosa Buat Orang Rasa Serba Salah. Sedap Sangat!

Makanan India kebanyakkannya sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Tapi kali ni admin nak kongsikan buat resipi baru ni. Jom belajar buat Dosa. Dosa adalah sejenis makanan seperti crep tipis dari India Selatan yang popular di seluruh dunia. Terdapat banyak jenis resipi dosa, tapi apa kata kita cuba resipi Sponge Dosa ni nampak menarik!
Sponge Dosa (Aval / Poha Dosa)
Bahan-bahan:
- Beras Mentah – 2 cawan
- Biji Halba- 1/4 sudu teh
- Air secukup nya..
- Emping beras – 1 cawan
- Dadih – 1 1/2 cawan
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Ambil mangkuk. Satu kan beras mentah, biji halba, air dan biarkan selama 2 jam.
- Di dalam satu mangkuk lain rendam emping beras dan dadih selama satu jam.
- Selepas satu jam, campur kan 1 dan 2 beras. Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa. Blend hingga halus.
- Setelah adunan sebati, biarkan ia selama minimum 1 jam.
- Panaskan kuali, cair adunan dengan sedikit air. Tuangkan ia di tengah. Tambah minyak di sisi. Tutup kuali dan biarkan masak. Siap!!!
Haaaaa… jom kita cuba try test n NGAP!!!
Kongsi resipi: Home Cooking
https://www.facebook.com/kualiterbalik/posts/774448072756436
Cara-Cara Buat Roti Canai Homemade. Sebijik Macam Beli Di Kedai Mamak.
Diskaun 35% Untuk Semua Pelanggan Secret Recipe Malaysia

Pada 31 Januari 2023 (Selasa), Secret Recipe Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran outlet ke-350 di One Utama bersama duta baharu Secret Recipe Malaysia iaitu Mira Filzah. Secret Recipe merupakan sebuah perniagaan Kek & Kafe yang paling berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia sahaja, tetapi di Singapura, Thailand, Brunei, Maldives, dan juga Bangladesh.
Siapa je tak pernah dengar tentang Secret Recipe? Semua orang pernah, malah kek yang dijual oleh Secret Recipe sentiasa menjadi pilihan orang ramai dalam menyambut majlis penting bagi beberapa situasi seperti majlis Ulangtahun, perpisahan dan sebagainya.
Disasarkan Secret Recipe bakal mempunyai 400 outlet menjelang akhir tahun 2025. Secara tidak langsung Secret Recipe telah membantu dari segi ekonomi sesebuah negara dengan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak seperti pembukaan kilang baharu di Kota Damansara.
Menurut Pengarah Urusan Secret Recipe Malaysia, Patrick Sim, pelanggan yang berdaftar dalam aplikasi Secret Recipe MY akan berpeluang merasai Limited-Edition Cupcake bermula 31 Januari 2023 sehingga 6 Februari 2023 hanya di Secret Recipe outlet One Utama. Bukan itu sahaja, pelanggan Secret Recipe bakal mendapat diskaun 35% setiap pembelian melebihi RM 60 dan ke atas (tidak termasuk whole cake atau promosi yang sedang diadakan).
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.secretrecipe.com.my
3 Resipi Langkaui Batasan Bangsa. Kak Wan ‘Dedah’ Sajian Olahannya Dalam Rancangan Rasa Instafamous Episod 8.

Isi Kandungan
ToggleTetamu Rasa Instafamous episod ke 8 memang hebat orangnya. Dua blognya cukup dikenali di alam maya. Citarasawan dan resipicitarasawan sudah ditulis sejak 10 tahun lalu hingga kini. Pengikutnya sudah mencecah ke jumlah 200,000.
Wanita di sebalik kedua blog popular ini ialah Kak Wan atau nama sebenarnya Wan Rugayah Wan Muhamad, 54 tahun yang berasal dari Kelantan.. Ibu kepada tiga cahayamata dan suri hati Dr Saadin Kadir. Mulai awal tahun ini Kak Wan terus mengorak langkah dengan membuka akaun instagram @kakwan_ct.
Bekas akauntan dan kini suri rumah ini melahirkan rasa syukur dan bangga ,walaupun dia hanya berkarya dari rumah tetapi hasil tulisan mengenai masakan di alam maya rupa-rupanya menyebabkan dirinya dikenali ramai dan secara langsung membuka banyak pintu rezeki yang lain. Diundang oleh stesen tv dan menjadi penilai dan membuat ‘review’ produk makanan.
Namun pengalaman di rancangan Rasa Instafamous tetap memberi pengalaman cukup berharga buat dirinya.
“Semasa masih bekerja dahulu, Kak Wan jarang ada masa untuk memasak. Setelah mengambil keputusan bersara awal , setiap kali menghantar anak ke sekolah dan menunggu anak balik kak Wan akan duduk di perpustakaan sambil membaca dan meneliti resipi dan cara memasak di majalah dan buku. Masa tu di internet resipi belum banyak lagi seperti sekarang.
Selepas berhenti kerja, Kak Wan berkobar semangat nak belajar memasak dan banyak juga melalui proses ‘trial and error’. Yang penting bila kita faham resipi dan tahu istilah dan ‘method’, insyaAllah boleh memasaknya.
Kemudian Kak Wan mula berkongsi resipi, mula-mula dengan menyumbang resipi di laman web grup dan setahun selepas itu atas cadangan dan bantuan anak sulung Muhamad Sarudin, mula menulis untuk blog sendiri mulai 2008. Akhirnya januari tahun ini membuka akaun instagram @kakwan_ct,” ceritanya pada RASA.
Kini memasak dan berkongsi resipi dan travelog adalah rutin hariannya. Dalam laman Facebooknya pula Kak Wan turut mempunyai album untuk setiap jenis masakan. Kak Wan kini arif dengan masakan Kelantan, Perak, Johor dan negeri-negeri lain. Masakan Cina, Jepun, Thailand dan resipi tradisional yang lain. Juga puding, roti dan kuih muih.
Malah kini mempunyai koleksi masakan yang diolah sendiri. Seperti masakan olahan dari tauhu, ubi kentang, keledek dan sebagainya yang mempunyai link ke blognya. Kak Wan juga kini aktif membuat gubahan hantaran dan cenderahati perkahwinan berupa wajik dan pulut kuning. Impiannya adalah untuk membuka kelas dan akademi masakan tradisional.
Dalam Rasa Instafamous ni Kak Wan berkongsi 3 resepi yang diolahnya sendiri melangkaui sempadan dan bangsa. Sajian ini diolah dengan bahan ramuan memenuhi citarasa muhibbah rakyat Malaysia.
1. SATE LILIT AYAM
BAHAN-BAHAN :
- 300gm isi ayam kisar
- 200gm isi udang kisar
- 2 sudu makan santan pekat
- ½ sudu teh garam
- 1 sudu teh gula pasir
- ½ sudu makan serbuk pati ayam
- 2 helai daun limau purut (hiris halus)
- 15 batang serai untuk tusukan
BAHAN-BAHAN (DITUMIS ):
- 3 tangkai cili merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 1sm kunyit | dibakar dahulu
- 1 biji buah keras | dibakar dahulu
- ½ susu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk belacan
- 3 sudu makan minyak menumis
CARA MEMASAK :
1. Kisar bahan tumis hingga halus. Kemudian, tumis hingga naik bau.
2. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.Gaulkan bersama isi ayam dan udang kisar, hirisan daun limau, serbuk pati ayam, garam dan gula hingga rata.
3. Ambil sedikit adunan dan lilitkan pada batang serai.
4. Bakar dalam kuali anti lekat yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak hingga masak.
5. Balut dahulu hujung batang serai dengan kertas aluminium untuk mengelakkannya hangus.
Bahan sambal kicap :
- 1/3 cawan kicap manis
- 10 tangkai cili padi hiris
- 2 ulas bawang merah hiris
- ½ sudu besar gula
- ¼ sudu teh garam
- 2 biji jus limau kasturi
Cara memasak (sambal kicap)
1. Satukan kicap, hirisan cili, bawang, gula dan garam.
2. Gaulkan dan perah dengan jus limau kasturi.
3. Sedia untuk dihidang bersama sate lilit.
2. KAM HEONG UDANG KARIPOLEY
BAHAN-BAHAN :
- ½kg udang sederhana
- 1 cawan tepung ubi
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
1. Cuci udang, belah belakang dan toskan hingga kering.
2. Gaulkan udang dalam tepung hingga rata.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga tepung keperangan.
4. Toskan dan ketepikan.
Bahan-bahan (Pes Kari Kam Hiong):
- 4 sudu makan kari ikan
- 3 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan kicap Worcestershire
- 2 sudu makan kicap sotong
- ½ cawan air
- 1 sudu makan serbuk pati ayam
Bahan-bahan (Tumis):
- 4 ulas bawang merah | dicincang halus
- 3 sudu makan udang kering | rendam dan toskan
- 2 batang serai | dihiris halus
- 4 ulas bawang merah | dihiris kasar
- 4 tangkai cili padi hijau | dihiris halus
- 2 tangkai daun kari | dilurut daunnya
- 4 sudu makan minyak bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Tumis bawang merah cincang, serai dan udnag kering hingga naik bau.
2. Masukkan bawang hiris kasar, cili padi dan daun kari dan tumis.
3. Masukkan pes Kari Kam Hiong (kesemua bahan dicampur) dan kacau sebati.
4. Masukkan udang yang telah digoreng dan gaul rata.
5. Sedia untuk dihidang.
3. PUDING SAGU SELASIH
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan sagu kecil
- 1 sudu makan biji selasih
- 1 liter air untuk merebus
- 1 cawan santan pekat
- ½ sudu makan gula
- ¼ sudu teh garam
- 1 cawan gula merah
- 1/3 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Potongan buah-buahan
CARA MEMASAK:
1. Satukan gula merah, air dan daun pandan.
2. Masak hingga larut, kemudian tapis. Biarkan sejuk.
3. Rendam biji selasih hingga kembang, cuci sagu dan toskan.
4. Masak air hingga mendidih kemudian masukkan sagu.
5. Masak sagu hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan toskan.
6. Basuh sagu hingga kanjinya hilang.
7. Gaulkan sagu dengan selasih.
8. Dalam periuk, satukan santan, gula, garam dan air.
9. Masak sehingga panas, tidak perlu mendidih.
10. Setelah sejuk, gaulkan dengan sagu selasih.
11. Hidangkan dengan sirap gula merah dan potongan buah-buahan.
12. Sedia untuk dihidang.
https://www.facebook.com/majalahrasa/videos/893076420899467/
Teruskan menonton Rasa Instafamous dengan resipi menarik dan instafamous yang lain tentunya di saluran Asro Prima 135 dan Maya HD 105 pada hari Isnin , Jam 1200 tengahari.