Biskut kacang dan kuih kapit adalah antara snek mesti ada dihidangkan pada Tahun Baru Cina. Mudah sangat buatnya, buat berbalang pun cepat habis bila dibawa mengadap depan televisyen.
Rangup dan lazat, ni min kongsikan resipi biskut kacang dan kuih kapit coklat yang tersangat popular dihidangkan masa sambutan Tahun Baru Cina ni.
BISKUT KACANG (sukatan cawan)
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega @ marjerin.
1 cawan gula aising (kalau tidak suka manis boleh kurangkan sedikit).
2 biji kuning telur.
1 sudu kecil esen vanila.
1 1/2 cawan tepung kastard.
1 cawan kacang tanah (sangai buang kulit dan blend halus).1 cawan tepung jagung.
Tepung gandum cap ros.
CARA MEMASAK : 1. Masukkan mentega /marjerin dan gula aising, kacau sebati. 2. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kacau sebati. 3. Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan kacang tanah yang diblend, kacau sampai sebati. 4. Kemudian masukkan tepung gandum, uli sampai doh tidak melekat di jari. 5. Akhir sekali terap dan letak kuning telur di atas biskut, bakar pada suhu 160’C 15-20 minit.
Resipi : FB : Norhamidah Hassan
KUIH KAPIT COKLAT (sukatan cawan)
Ads
BAHAN- BAHAN:
4 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 1/2 setengah cawan gula
1 sudut teh esen vanilla
Secubit garam
1 biji kelapa | ambil dua cawan santan
Bahan inti :
Coklat Nutella secukupnya | dimasukkan dalam piping plastik
CARA MEMASAK : 1. Pukul telur dan gula sampai putih 2. Masukkan vanila dan garam 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati. 4. Masukkan santan dan sebatikn. 5. Letak sesudu dalam acuan dan sepit sehingga masak. 6. Masukkan inti atau filling ke dalam piping beg 7. Bila kuih kapit masak, picitkan inti keatasnya ( rujuk gambar diatas ) 8. Dan akhir sekali lipat
Ads
Bila sudah sejuk, paipkan pula inti dibahagian tepi kuih sepit untuk inti kelihatan penuh. Siap, selamat mencuba.
Resipi : careresipi.blogspot.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sedapnya kalau dapat menikmati Lepat Cendol. Rasanya yang lemak-lemak manis, memang tak jemu dimakan. Resipinya pun tak susah. Menerusi perkongsian saudari Azliana Salleh, beliau berkongsi satu resipi Lepat Cendol yang cukup mudah. Tidak perlu kukus pun. Hanya perlu masak dalam kuali dan bungkus sahaja menggunakan daun pisang. Memang enak dan dijamin menjadi. Jom lihat cara-cara pembuatannya.
1.Satukan semua bahan kecuali cendol di dalam kuali. Kacau sebati kemudian masak atas api perlahan. Pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Masak adunan sampai pekat berkilat. 2. Kemudian masukkan cendol dan kacau lagi sampai adunan meletup-letup kecil. Padamkan api.
3. Ambil daun pisang yang sudah dibersihkan, sudukan adunan dan bungkus Lepat Cendol semasa masih panas.
4. Bungkus dengan kemas dan lakukan hingga habis adunan.
5. Bila Lepat telah sejuk, bolehlah dinikmati. Kuih ini tidak perlu dikukus. Boleh terus dimakan.
Pernah cuba makan Ikan Lengat? Ha…bagi yang biasa, pasti tahu macam mana seleranya kalau makan lauk ni kan? Sangat ringkas tapi ia mampu membuka selera makan. Kalau orang Pantai Timur, Ikan Lengat ni dikenali dengan nama ikan rebus atau ikan kukus. Ada rasa masam-masam masin sikit. Memang sedap! Nak cuba resipi perkongsian saudari Salmah Wawa ni? Jom lihat bahan-bahannya.
IKAN LENGAT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ikan temenung lemak – boleh juga guna ikan kembung atau sardin
4 sudu makan garam – lebihkan 3 kali ganda jumlah garam yang kita guna untuk ikan goreng biasa
10 keping asam gelugur/ keping – ikut selera masing-masing nak masam atau tak
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan dan bersihkan. Kemudian perap bahan-bahan diatas bersama ikan selama 1 jam.
2. Susun dalam periuk kukusan dan kukus sehingga ikan masak.
3. Bila dah masak, simpan ikan dalam bekas tertutup. Simpan dalam peti sejuk.Lagi lama disimpan, lagi sedap dan masam. Ikan ini tahan lama.
4. Bila nak digoreng, jangan letak garam atau serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sahaja.
5. Selain goreng, ikan lengat ni sesuai juga dimasak sambal atau masak asam.
Biasa makan samosa dengan bentuk segi tiga. Jom ubah selera dengan membuat samosa pinwheel yang sihat. Kentang pinwheels adalah variasi menarik makanan ringan popular di India. Samosa pinwheels ini menggunakan tepung gandum. Cubalah resipi kudapan ringan ini untuk seisi keluarga nikmati.
SAMOSA POTATO PINWHEELS Bahan-bahan doh:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak
Secubit garam
Gaul rata, masukkan air secukupnya hingga dapat doh yang lembut. Rehatkan 30minit Bahan-bahan inti kentang:
4 biji kentang(rebus dan lecek)
Isi ayam (rebus)
Daun sup
Cili padi
Lada hitam
Garam
Mushroom seasoning (optional)
Oregano (optional)
Bawang merah cincang @ bawang goreng
Sedikit serbuk cili @ serbuk kari
Gaulkan semua bahan-bahan ini( tak perlu dimasak lagi)
Cara membuat:
1. Canaikan doh
2. Letakkan inti.
3. Gulungkan bahagian hujung letak sedikit air supaya doh melekat.