Ads

Mee Ayam Indonesia Sedap & Wangi! Resipi Padu Yang Buat Ramai Repeat!

Mee Ayam Indonesia merupakan antara makanan yang popular di Indonesia. Masakan ini memang sedap, penuh aroma dan disukai ramai. Bolehlah cuba masak sendiri di rumah bila terasa nak makan sesuatu yang pekat berperisa dan mengenyangkan.

Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Puan Maya Miera ini ye. Menurutnya, Indonesia besar, jadi ada macam-macam versi mee ayam. Tapi resipi ini mengikut selera dan cita rasanya sendiri. Selamat mencuba!

Bahan-Bahan Mee Ayam Indonesia

Mee Ayam Indonesia Sedap & Wangi! Resipi Padu Yang Buat Ramai Repeat!

Mee Ayam Indonesia ini menggunakan bahan yang mudah didapati. Berikut senarai lengkapnya:

  • Mee / Maggi
  • Rangka / tulang ayam
  • 1 kiub ayam
  • 2 helai daun bay
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 paha isi ayam potong kecil
  • 2 1/2 senduk kicap ABC
  • Sos tiram
  • 2 batang serai – titik
  • Kicap cair
  • Kicap ABC
  • Air secukupnya
  • Sawi – celur
  • Daun bawang – hiris halus
  • Minyak masak

Bahan Kisar Mee Ayam Indonesia

  • 6 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Sedikit halia
  • Sedikit lengkuas

Bahan Sambal Cili

  • 10–15 cili Melaka merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cuka
  • 1/2 sudu kecil garam

*Blend kasar semua bahan sambal cili.

Bawang Putih Goreng

  • 1 labu bawang putih
  • Minyak masak

*Dicincang dan digoreng sehingga kekuningan.

Mee Ayam Indonesia Sedap & Wangi! Resipi Padu Yang Buat Ramai Repeat!

Cara Memasak Mee Ayam Indonesia

1.Celur mee dan celur sawi. Asingkan.

Mee Ayam Indonesia Sedap & Wangi! Resipi Padu Yang Buat Ramai Repeat!

Ads

2. Untuk kuah atau sup; mula-mula rebus rangka ayam dengan kiub ayam lebih kurang satu jam sehingga keluar rasa manis dan aroma sedap. Ketepikan.

Mee Ayam Indonesia Sedap & Wangi! Resipi Padu Yang Buat Ramai Repeat!

3. Untuk membuat ayam kicap, panaskan minyak dan tumis daun bay, daun limau dan serai sehingga naik bau wangi.

Mee Ayam Indonesia Sedap & Wangi! Resipi Padu Yang Buat Ramai Repeat!

4. Setelah aromanya keluar, masukkan bahan kisar. Kacau dan tumis dalam lebih kurang 10 minit atau sehingga pecah minyak.

Mee Ayam Indonesia Sedap & Wangi! Resipi Padu Yang Buat Ramai Repeat!

Ads

5. Masukkan isi ayam yang dipotong kecil.

Mee Ayam Indonesia Sedap & Wangi! Resipi Padu Yang Buat Ramai Repeat!

6. Apabila ayam sudah separuh masak, masukkan kicap ABC, sos tiram dan kicap cair. Masak sehingga agak kering dan sebati.

Mee Ayam Indonesia Sedap & Wangi! Resipi Padu Yang Buat Ramai Repeat!

Cara Menghidang Mee Ayam Indonesia

Letakkan mee di dalam mangkuk. Tambah sawi, daun bawang dan ayam kicap tadi. Tuang kuah panas supaya lebih beraroma. Tambahkan bawang putih goreng serta sambal lada. Siap dihidangkan. Selamat mencuba!

Ads

Mee Ayam Indonesia Sedap & Wangi! Resipi Padu Yang Buat Ramai Repeat!

Tip Tambahan Mee Ayam Indonesia Lebih Sedap

Untuk rasa lebih mantap, gunakan mee kuning segar atau mee halus. Jika sukakan rasa lebih gelap dan manis gaya Indonesia asli, tambah sedikit lagi kicap ABC. Sambal boleh dipelbagaikan mengikut tahap kepedasan yang disukai. Walaupun ringkas, resipi Mee Ayam Indonesia ini tetap memberikan rasa yang kaya dan lengkap.

Cadangan Hidangan

Mee Ayam Indonesia ini sesuai dihidangkan untuk makan tengah hari atau makan malam. Jika mahu lebih lengkap, boleh tambahkan telur rebus, tauge celur atau bebola ayam. Walaupun setiap rumah ada gaya tersendiri, yang penting asasnya tetap sama dan mudah diikuti.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Pan Mee Homemade Mudah, Hanya Guna 3 Bahan

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Nasi Goreng Seafood Sotong Paling Padu, Guna Perencah Segera Tapi Rasa...

Nasi Goreng Seafood Sotong yang mudah dan sedap ini dimasak menggunakan perencah segera. Rasa padu seperti restoran, sesuai untuk menu makan malam keluarga.