Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang. Pergilah kemana sahaja pasti mudah nak jumpa restoran yang jual nasi ni. Lauk pauknya mudah sahaja. Ia merupakan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal cili. Makan panas-panas memang sedap! Keenakan hidangan ni terletak pada gulai serta sambal cilinya kerana ia ada rasa asli masakan gulai dan sambal Kelantan. Ramai yang cuba buat tapi tak dapat ‘rasa’ yang sebenar. Anda nak rasa? Resipi perkongsian saudari Rusmida Rusli ni boleh dicuba.

 

RESIPI NASI ALA KAK WOK

Cara Masak Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi putih – masak seperti biasa dan letak daun pandan simpul. Wangi!

 

1. BAHAN GULAI AYAM:

Cara Masak Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok

  • 4 biji bawang bombay – beli online DISINI
  • 5 ulas bawang putih – beli online DISINI
  • 1 1/2 inci halia  – beli online DISINI
  • 3 sudu makan rempah kari daging  – beli online DISINI
  • 1 sudu makan rempah kerutub  – beli online DISINI
  • Kacang panjang secukupnya – potong
  • Terung – potong kecil
  • Leher, kaki, kepak dan paha yam – potong kecil
  • Santan ( jangan pekat sangat)- ikut jumlah ayam yang diguna.
  • Garam dan kiub pati ayam secukup rasa
  • 1 kerek manisan / gula melaka  – beli online DISINI
  • 2-3 keping asam gelugur (RASA TAMBAH)

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat dan tumis hingga wangi.
  2. Satukan rempah kari dan kerutub. Bancuh dengan sedikit air hingga jadi pes. Kemudian gaul pada ayam dan perap seketika.
  3. Seterusnya masukkan ayam ke dalam periuk berisi bahan tumis tadi. Masak hingga empuk.
  4. Masukkan santan dan masak hingga mendidih serta kuah menjadi sedikit pekat.
  5. Tambahkan terung, kacang panjang dan asam gelugur ( jika suka).
  6. Perasakan dengan garam, manisan serta kiub pati ayam dengan secukupnya. Kacau hingga sebati rasa. Angkat.

 

IKLAN

2. AYAM GORENG HARUM

Cara Masak Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

  1. Basuh bersih ayam dan lumurkan dengan bahan-bahan lain. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak masak dan goreng sampai sederhana garing.
  3. Angkat dan toskan minyaknya.

 

3. SAMBAL BELACAN ALA KAK WOK

IKLAN

Cara Masak Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji cili kering – direbus beli online disini
  • Cili padi – jumlah ikut pedas yang dikehendaki
  • 2 inci belacan beli online disini
  • 1 biji bawang besar – dibakar
  • 1 labu bawang putih – dibakar
  • Gula, garam dan perasa secukupnya
  • Air asam jawa- anggaran 1/2 mangkuk
  • Limau kasturi secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Jangan terlalu halus nanti tidak sedap.
  2. Tuang kisaran cili ke dalam bekas dan masukkan perahan limau kasturi hingga capai tahap masam yang sedap dengan citarasa.
  3. Kulit limau kasturi yang dibuang. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal. Gaul rata.
  4. Sedia untuk dinikmati bersama nasi, ayam dan gulai.

 

Kredit resipi & foto: Rusmida Rusli

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Buat Sendiri Aiskrim Durian Sedap Hanya Guna 4 Bahan Mudah

Cara Masak Sambal Tempoyak Petai Bilis Sedap Tanpa Guna Cili Padi

7 Resipi Kreatif Sayur Boleh Pikat Selera Anak. Mudah, Sedap & Cepat Dimasak

Kek Span Pandan Santan Guna Sukatan Cawan. Baru Belajar Buat Pun Confirm Jadi.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI