Bila ada musim kenduri, menu yang paling dirindui ialah gulai daging kawah. Kalau kena pula dengan segala cukup rasa, boleh bertambah-tambah makan nasi.
Sekarang ini, dengan resipi yang dikongsi Siti Noor Hidayah Samah ini, dapat mengubati rasa masakan gulai daging seperti di majlis kenduri.
Boleh makan beramai-ramai di rumah bersama keluarga. Menurut Hidayah, arwah ayahnya dulu tukang masak kenduri untuk majlis orang kawin, majlis akikah dan tahlil.
1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah 4 beradik.
2. Kemudian, masukkan cili boh. Masak kejap sampai bau cili boh tu masak.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan rempah gulai daging. Kacau sebati.
5. Kemudian masukkan daging. Gaul rata daging dengan rempah.
6. Masukkan air dan masak hingga daging empuk. Masa ni saya pindahkan daging ke periuk tekanan.
Ads
7. Masuk periuk tekanan set menu daging (noxxa) 30 minit dan tunggu sampai siap. Kalau tak ada periuk tekanan, masak je atas dapur sampai daging empuk.
8. Dah siap, pindah semula ke kuali tadi dan masukkan kerisik dan asam keping. Keringkan sikit air.
9. Kemudian masukkan santan, ubi kentang, garam, dan gula melaka. Bila kentang dah empuk, perlahankan api dapur dan reneh sekejap dalam 5 minit bagi pecah minyak. Dah siap!
*Untuk hidangan, saya padankan dengan nasik minyak, acar nenas dan sambal belacan.
Selaku penyanyi, pelakon dan pencara TV, pastinya Farahdhiya sangat sibuk dengan urusan kerjayanya. Namun jangan tak tahu, beliau ni handal masak. Lauk moden boleh, lauk kampung boleh, kuih muih pun tahu buat. Memang sempoi habis!
Di laman Instagram @farahdhiya_fd, selain berkongsi perjalanan aktiviti seni, Farahdhiya juga gemar ‘post’ aneka video dan gambar masakan yang dimasak setiap hari. Menurut selebriti jelita ini, beliau gemar berkongsi aneka video masakan supaya dapat memberi idea kepada yang buntu memikirkan menu dan juga menaikkan semangat kepada yang mungkin kurang rajin masak untuk mencubanya.
Kalau dilihat dari resipi-resipi yang dikongsi, semuanya sedap-sedap belaka dan kena dengan citarasa Melayu. Jadi jika anda buntu nak masak apa setiap hari, bolehlah ikuti IG selebriti ni. Pasti dapat idea untuk sajikan lauk pauk apa untuk keluarga tercinta.
500gm tepung gandum – beli online di sini 4 biji telur 200gm gula 4 sudu besar susu pekat – beli online di sini *Semua bahan B diadun sebati. Kemudian dicampur dengan bahan A. Adun sebati sekali lagi.
1. Sapukan cawan besi dengan marjerin (ada orang guna tin susu).
2. Masukkan bahan tadi 2/3 sahaja daripada cawan besi. Gunakan suhu 150C ke 160C. Bakar sekitar 30 ke 35 minit bergantung kepada ketuhar. Siap untuk dihidangkan panas-panas.
Tak dinafikan setiap negeri ada keistimewaan masakan popular tersendiri. Bagi negeri Kelantan, gulai adalah juadah istimewa yang ada dalam senarai menu makanan di sana.
Bagi orang Kelantan, gulai dan kari adalah dua menu yang berbeza. Untuk dapatkan hasil gulai yang cantik, ada pelbagai tips dan petua yang diamalkan orang dulu-dulu.
Menerusi perkongsian daripada cikgu Afy AL Habibi, dia menggunakan ilmu masakan yang ada dan juga diwarisi daripada ibunya.
Menyimpan hasrat agar resipi ini terus terpelihara dan dapat dipanjangkan kepada generasi akan datang, cikgu Afy berkongsi 7 tips awal untuk menggulai ayam. Kena ikut betul-betul untuk hasil akhir gulai ayam yang menjadi luar biasa kesedapannya.
TIPS PERTAMA Sediakan bahan kisar seperti dalam gambar. Resipi untuk 2 ekor ayam:
TIPS KEDUA Panaskan minyak secukupnya. Tumis terlebih dahulu 4 sekawan. Lagi satu boleh tambah bunga daun kaduk.
TIPS KETIGA Pastikan bahan yang dikisar ditumis sehingga naik bau. Barulah cikgu masukkan 1/2 sudu besar cili kisar sendiri.
TIPS KEEMPAT Tips paling penting; untuk mendapatkan rasa gulai kari Kelantan, gunakan serbuk rempah kari timbang dari sana. Masukkan 7 sudu besar. Tumis dalam api paling perlahan.
TIPS KELIMA Masa ni kena tumis betul-betul. Barulah rempah wangi dan tahan lama. Biarkan rempah garing sehingga terbit sedikit minyak. Guna api paling perlahan ya.
TIPS KEENAM Selepas rempah garing, masukkan 2 ½ cawan air. Kemudian perasakan dengan nise kampung. Kebanyakan penjual nasi atau orang Kelantan rata-ratanya akan masukkan nise sebagai tambahan pemanis dan penyedap rasa. Masukkan pula 1 ½ sudu besar garam bukit sebagai perasa peringkat pertama.
TIPS KETUJUH Renehkan pes seperti dalam gambar selepas ditambahkan air asam jawa sebanyak 1 gelas besar. (1 gelas air + 1 sudu teh asam jawa). Jika betul tumisannya, pes gulai ayam menjadi wangi semerbak dan lambat basi gulainya.
RESIPI GULAI AYAM KELATE SPECIAL
(untuk kuantiti 6-7 ketul ayam)
BAHAN KISAR:
2 biji bawang merah saiz bola pingpong 1 ulas bawang putih saiz kecil 3 hiris nipis serai 1/2 hiris nipis lengkuas 1/2 hiris nipis halia 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan. Kemudian tuang bahan kisar tadi.
2. Selepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar.
3. Sediakan campuran rempah gulai yang menjadi rahsia gulai ayam lebih sedap. Masukkan ke dalam periuk. Gunakan api perlahan. Kacau sehingga terbit sedikit minyak.
4. Barulah masukkan 1 cawan air. Kemudian, masukkan perasa peringkat pertama (nise, garam, perasa). Kacau rata. Tutup seketika periuk. Biarkan pes pecah minyak begini kira-kira 3-5 minit dalam api perlahan.
5. Susun ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam. Proses ini disebut ‘palo awah’ dalam bahasa Kelantan.
6. Disebabkan saya masukkan sekali kaki ayam, maka proses mereneh jadi lama. Air akan mengering sebelum kaki ayam empuk. Maka tambahan secawan air ditambah untuk memastikan kaki ayam empuk dengan baik.
7. Boleh tengok isi pada kaki ayam sedikit lekang. Barulah boleh tambah santan. Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik.
8. Jangan lupa masukkan sedikit kerisik untuk menambahkan lagi kesedapan gulai. Perasakan buat kali kedua; garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.
9. Biar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya. Siap.
10. Nanti makanlah nasi bungkus buat macam ni. Ada sayur taugeh, sambal lada jantan, daging goreng sekali. Perghhh. Sedapnya memang sampai ke bulan. Selamat mencuba.