Rojok Kateh Kaki Lembu @ Rojak Kateh adalah menu istimewa orang Terengganu yang memang jarang boleh didapati di negeri-negeri lain. Ia dimasak menggunakan kaki lembu, urat keting yang dicampur bersama bahan-bahan lain. Kombinasi rasa pedas, masam dan masin, memang enak. Saudara Nazuan Nawi ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Bakar kaki lembu kemudian kikis bulunya hingga licin.
Ads
2. Basuh dan gosok kaki lembu yang siap dikikis tadi hingga menjadi putih dan licin.
3. Kemudian masukkan kaki lembu tadi ke dalam periuk besar dan rebus hingga lembut.
4. Setelah siap direbus dan sudah lembut, belah menjadi 2 bahagian. Hiris daging dan urat yang ada pada kaki lembu tadi. Ketepikan.
5. Seterusnya, untuk membuat kuah rojak, campurkan gula melaka, air, cuka, gula, asam jawa dan cili boh dengan secukupnya. Sebatikan. 6. Bila sudah cukup rasanya, campurkan bersama isi dan urat kaki lembu tadi. Sebatikan.
Dapat rasa sambal sotong yang padu rasa memang puas hati.Kadang beli belum tentu rasanya kena dengan cita rasa. Sambal tak cukup masak, masih terasa cili boh, sukar nak dapat yang betul-betul kena dengan tekak. Kalau ada yang nak sarapan dengan Nasi Lemak esok,bolehlah buat ikut resepi ini.
SAMBAL SOTONG KEMBANG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor sotong – bersihkan
6 -7 sudu makan cili kering kisar (cili kering direbus dulu sebelum dikisar)
2-3 sudu makan bawang besar kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu makan halia kisar
1-2 biji bawang besar – hiris kasar
1 ketul (kecil) gula melaka
1 sudu teh pes asam jawa
Garam & Ajinomoto
Sedikit gula pasir
1 mangkuk kecil kacang tanah
1 mangkuk kecil kacang tanah
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong dan rebus sekejap. Bila air sudah mendidih, padamkan api dan biarkan seminit dua. Kemudian toskan air dan potong ikut saiz yang anda suka.
2.Goreng kacang tanah dan kisar sedikit kasar. Ketepikan.
3.Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar sampai sedikit garing.
4.Masukkan bahan-bahan kisar seperti bawang besar, bawang putih dan halia. Ratakan sekejap.
5.Masukkan cili kering kisar, ratakan.
6.Tambahkan juga gula melaka. Tumis semua bahan dan gaul sebati.
7.Seterusnya masukkan garam, ajinomoto, gula pasir (jumlahnya agak-agak sahaja) dan sedikit pes asam jawa. Gaul rata dan biarkan hingga naik minyak.
8.Boleh masukkan sotong. Gaul rata.
9.Kemudian masukkan juga kacang tanah goreng yang sudah dikisar kasar tadi.
10.Masukkan sedikit air, gaul lagi. Jika suka boleh tambah kacang tanah lagi.
11.Teruskan masak sehingga sambal pecah minyak dan wangi. Sentiasa kacau supaya sambal tidak hangit.
12.Bila semua bahan sudah masak sempurna, padam api dan Sambal Sotong Kembang
sedia untuk dinikmati.
Empat menu sayur ini memang memancing selera, wajib buat di rumah sebab ia senang amat sangat. Sesuai untuk anda yang sentiasa dikejar masa tapi nak masak sendiri, inilah idea terbaik. Lagi pun sayur kaya dengan serat, jadi kena cuba dan masukkan dalam list menu diet keluarga. Cuba jangan tak cuba ye..
1. PAK CHOY BERSAMA FISH CAKE TUMIS SOS TIRAM
.
BAHAN-BAHAN:
2 pokok sawi Pak Choy | potong dua
2 batang fish cake | potong dua hiris memanjang
2 sudu makan sos tiram
1 biji cii merah | hiris memanjang halus
2 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | titik
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
2. TERUNG GORENG SAMBAL DAGING KISAR
.
BAHAN-BAHAN:
3 biji terung panjang
250 gm daging kisar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1/2 biji bawang besar | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Terung dipotong dua kemudian belah empat.
Panaskan minyak, goreng terung dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Tambahkan sos tomato dan daging kisar.
Setelah tumisan kering perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan terung, kacau rata agar terung sebati dengan tumisan daging kisar.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
3. TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
.
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang panjang | potong 4cm
150gm daging kisar
1/2 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
3 biji cili padi | hiris
Sedikit hirisan cili benggala merah
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
Perasakan dengan sos tiram.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
4. TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING
.
BAHAN-BAHAN:
6 batang kacang botol | hiris serong
150gm hirisan daging rebus
Sedikit hirisan cili Benggala Merah
1/2 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala.
Apabila sayur layu, perasakan dengan sos tiram.
Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
ANDA MENCARI AIR FRYER UNTUK MENGGORENG, JOM LAYARI DI SINIUNTUK PELBAGAI PILIHAN DAN TAWARAN MENARIK.
Botok botok adalah hidangan istimewa terutama masyarakat di Batu Pahat, Johor. Hidangan sangat mudah disediakan cuma mencari pucuk ulam ulaman kampung agak mencabar. Namun, terpulang kepada selera masing masing untuk menambah seberapa banyak jenis ulam.
Botok botok menjadi kegilaan bagi yang sukakan ulam ulaman dan sayur. Selain itu, botok botok yang baru keluar dari kukusan dan dihidangkan panas panas mengeluarkan aroma herba yang amat menggoda selera. Hanya yang pernah merasai keenakkan botok botok akan tahu betapa nikmatnya hidangan ini.
Botok Botok Johor
Ikan Kembung / Tenggiri gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam halus
10 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar rempah soto (jika suka)
1 sudu kecil serbuk cili
sedikit kerisik (jika suka)
sedikit air asam
air suam
sedikit garam gaulkan sehingga menjadi pes, jangan terlalu cair.
Ulam ulaman
Pucuk ubi
Pucuk puding kuning
Pucuk puding mangkuk
Daun selasih
Daun kunyit (racik halus)
Pucuk tenggek burung
Pucuk belinjau
Pucuk betik (muda)
Daun pegaga
Daun pucuk bebuas / buas buas (susah dapat)
Pucuk gajus
Pucuk sekentut
Pucuk ulam raja
Daun Pisang untuk membungkus (layurkan atas api sehingga lembut dan tidak pecah ketika membungkus)
Cara memasak: 1.Selang selikan daun ulam atas daun pisang. 2.Letakkan 2 sudu pes rempah atas ulaman. 3.Letakkan ikan, taburkan daun kunyit yang telah diracik. 4.Tambah sesudu pes rempah di atas daun kunyit. 5.Tutupkan dengan daun ulam ulaman. 6.Bungkus kemas. 7.Kukus dengan api yang sederhana selama 30-45 minit. 8.Botok botok akan mengeluarkan air rempah setelah masak, hati-hati ketika mengangkat keluar dari pengukus. 9.Hidangkan panas bersama nasi.
Resipi : Pakcik Salleharon Ahmad
Ada yang nak menukar periuk nasi? Boleh beli online DI SINI
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...