Terbayang-bayang keenakan Ayam Paprik Thai yang pedas, wangi dan ‘meletup’ rasanya? Tak payah tunggu makan kat kedai dah, sebab resipi simple ni confirm jadi game-changer dekat dapur rumah sendiri!
Resipi daripada Maslinda Kamaruddin ni memang padu dan bahan senang cari, rasa pun mantap gila! Sesuai untuk yang nak masak cepat tapi tetap nak pikat selera satu keluarga.
Sotong Goreng Tepung Crispy ni memang sedap. Kalau makan cicah sos, pergh…terasa bagai makan di restoran seafood terkenal. Ada banyak resipi Sotong Goreng yang dikongsi namun ada kalanya tepung tidak rangup, tepung terpisah dari sotong dan macam-macam lagi. Tak menjadi! Kali ni cuba resipi dari saudari Mawar Berduri. Ada tip mudah yang dikongsi. Tak guna banyak bahan pun. Memang berbaloi untuk dicuba.
CARA MASAK SOTONG GORENG TEPUNG CRISPY YANG SEDAP, MUDAH & COMFIRM JADI
2. Bila siap dibasuh, tos sotong menggunakan penapis untuk memastikan airnya kering. 3. Perasakan sotong dengan garam, lada sulah dan cuka makan. Biarkan seketika. 4. Dalam bekas berasingan, ambil tepung gandum, tepung jagung dan soda bikabonat. Gaul rata.
5. Ambil sebiji putih telur dan rendam sotong yang siap diperap tadi. 6. Kemudian masukkan hirisan sotong ke dalam campuran tepung yang siap diadun. Salut rata. 7. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan banyak. Goreng hirisan sotong yang telah disalut tepung tadi.
8. Goreng hingga sotong garing dan keperangan. Angkat dan tosan minyak. 9. Sotong Goreng Tepung Crispy sedia untuk dinikmati.
Siapa kata menu untuk diet tak sedap? Salah ye, banyak je menu sedap yang boleh diolah semula ikut cita rasa. Asalkan anda tahu kalori yang perlu diambil dan menggunakan cara memasak yang sihat. Berikut RASA bawakan dua resipi menu sihat yang pantas disediakan dan sihat.
SANDWICH PESTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 cawan daun ketumbar
1 ulas bawang putih
15gm daun pudina
1 sudu makan kacang tanah, dibakar
1/3 cawan minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
1/4 cawan keju cheddar
1 biji limau nipis | diambil jus
2 keping dada ayam | direbus dan dicarik
1 buku roti Perancis
1 biji tomato | dihiris
3 helai daun salad | dihiris
CARA MEMASAK:
Kisar daun ketumbar, daun pudina, bawang putih dan kacang secara kasar.
Masukkan minyak zaitun secara sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan. Kisarkan sehingga lumat.
Perasakan dengan garam, limau nipis dan lada hitam secukupnya.
Masukkan pesto ke dalam mangkuk berisi isi ayam. Gaul rata.
Potong roti Perancis dan susun daun salad serta tomato dengan secukupnya.
Sudukan pesto ayam. Sedia untuk dinikmati.
WRAP CAPATI KAMBING MASALA
BAHAN-BAHAN:
5-6 kepingan daging kambing (lamb chop)
250ml santan
Kepingan tortilla secukupnya
5 helai daun salad | dihiris
Sedikit daun ketumbar | dihiris
2 biji tomato | dihiris
Air secukupnya
BAHAN REMPAH:
2 sudu makan serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk pala
2 sudu makan puri tomato
BAHAN TUMIS :
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 biji bawang besar | dipotong dadu
2 biji buah tomato | dicincang
3 inci halia | ditumbuk lumat
6 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bagi menyediakan sos masala, panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis serta buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau perlahan sehingga garing.
Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk. Kacau perlahan sehingga garing. Seterusnya masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan puri tomato. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
Akhir sekali masukkan santan. Kacau sehingga kuah pekat. Tutup api.
Sapukan sedikit kuah masala yang dimasak tadi ke atas kepingan kambing dan panggang hingga masak.
Ambil dagingnya, letakkan di atas tortilla. Taburkan hirisan salad, daun ketumbar dan tomato. Sudukan sedikit sos masala. Gulung kemas dan hidangkan.
Tercari-cari resipi kuah Bakso yang sedap? Resipi perkongsian saudari Ekynn Aziz ni antara yang boleh dicuba. Menurut beliau resipi ini diperolehi ‘original’ dari orang Indonesiasendiri. Wow…Berbaloi cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK BAKSO INDONESIA (SAIZ 10 ORANG)
BAHAN-BAHAN:
Tulang daging RM10
Bebola daging segera ( boleh guna jenama mohd armiya @ ramly)
2 biji bawang merah – hiris
2 batang serai – titik (jika tak mahu letak, abaikan)
1 helai daun pandan (jika tak mahu letak, abaikan)
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat Sambal Cili Kicap, rebus cili padi dan bawang putih hingga lembut. Kemudian tumbuk halus. 2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Adun sebati. Ketepikan. 3. Untuk kuah Bakso, rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama rebus lagi sedap. 4. Dalam kuali berlainan, tumis bawang merah yang dihiris. Kemudian masukkan bahan kisar, daun pandan dan serai yang telah dititik. 5. Bila sudah naik bau, tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang tadi. Masukkan juga bebola daging. 6. Perasakan dengan garam dan aji atau cukup rasa dengan secukupnya. 7. Rebus sup hingga bebola daging timbul. Bila bebola daging timbul maknanya kuah dah masak.
8. Kuah Bakso siap untuk dihidangkan. Boleh dimakan dengan bihun dan kuetiau.
9. Boleh dinikmati bersama cili kicap untuk rasa lebih enak.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!