Spageti Sardin Sesuai Dijadikan Hidangan Rumah Terbuka

Spageti sardin ini tak kurang sedapnya. Sesuai kalau dijadikan hidangan rumah terbuka. Lain daripada yang lain.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Encik Muhammad Sofiyullah Mohamed Yakin ini ye.

Spageti Sardin

Bahan-Bahan

Fettucini

Sardin tin

Bawang Holland (potong dadu) – boleh beli online di sini

Capsicum (potong dadu)

Garam – boleh beli online di sini

Air

Sos seafood

Bahan Untuk Sambal:

Bawang merah (hiris) – boleh beli online di sini

Buah tomato (potong)

Sedikit ikan bilis – boleh beli online di sini

IKLAN

Cili padi merah – boleh beli online di sini

Cili Padi hijau

Tomato puri (pilihan)

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak Spageti Sardin:

Spageti Sardin Sesuai Dijadikan Hidangan Rumah Terbuka

Panaskan air letak garam. Bial air dah menggelegak, masukkan spageti. Rebus hingga masak. Angkat dan toskan.  Ambil sedikit air rebusan spageti untuk kuah nanti.

Spageti Sardin Sesuai Dijadikan Hidangan Rumah Terbuka

Untuk buat sambal sardin, panaskan minyak dalam kuali. goreng buah tomato, Cili Padi, Ikan Bilis dan bawang untuk sambal. Goreng hingga layu tapi minyak jangan terlalu banyak ye.

IKLAN

Setelah itu, kisar bahan yang digoreng tadi. Ketepikan.

Spageti Sardin Sesuai Dijadikan Hidangan Rumah Terbuka

Asingkan ikan sardin dengan kuahnya. Panaskan minyak dan masukkan ikan sardin, hancur-hancurkan ikan itu.

Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Gaul sekata.

Masukkan pula tomato puri kalau suka. Setelah itu, masukkan kuah sardin dan sedikit air rebusan spageti tadi. Gaul sekata.

Spageti Sardin Sesuai Dijadikan Hidangan Rumah Terbuka

Setelah itu, masukkan bawang holland dan capsicum. Perasakan dengan sedikit garam.

IKLAN

Masukkan sedikit seafood sauce. Gaul sekata. Akhir sekali, bolehlah masukkan spageti dan gaulkan rata.

Spageti Sardin Sesuai Dijadikan Hidangan Rumah Terbuka

Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Masak Sendiri Jjajangmyeon Sedap Guna Resipi Sos Homemade Ni

Asam Laksa Original Chinese Style Terlajak Sedap

Resipi Mi Hailam, Paling Sedap Guna Daging

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI