
Isi Kandungan
ToggleAsam laksa Chinese style ini memang sedap dan membuka selera. Asam laksa adalah sup mee beras berasaskan ikan yang menghasilkan rasa masam dan pedas Ia lebih digemari di kalangan orang Cina.
Rasanya berbeza dengan laksa Penang ye. Ikut saja resipi daripada Fa Ying ini ye.
ASAM LAKSA CHINESE STYLE
Bahan-bahan:
Laksa
1kg Ikan sardin/selayang (rebus dengan garam dan asam keping)
2 sudu besar asam jawa (bancuh dengan air) – boleh beli online di sini
2-3 kuntum bunga kantan (belah dua)
Daun kesum
Air
Garam
Serbuk perasa (pilihan)
Sedikit minyak masak – boleh beli online di sini
-Bahan Pes (Kisar):
Bawang besar
Bawang merah – boleh beli online di sini
1 batang bunga kantan
2 inci lengkuas – boleh beli online di sini
1 inci kunyit hidup
5 batang serai – boleh beli online di sini
10 keping asam gelugur – boleh beli online di sini
Cili merah – boleh beli online di sini
Cili kering – boleh beli online di sini
2 sudu besar belacan (bakar)
Bahan Sampingan (Condiment):
Daun pudina
Nanas (potong kecil)
Bunga kantan (racik)
2-3 sudu besar otak udang yang dicairkan (tiada dalam gambar)
Timun (hiris)
Salad (hiris)
Bawang besar (hiris)
Cili api (hiris)
Cara Memasak Asam Laksa:
Panaskan sedikit minyak. Kemudian tumis bahan kisar. Tumis pakai minyak sikit saja, sampai naik bau.
Bila dah wangi, masukkan bahan asam jawa. bunga kantan dan daun kesum.
Kemudian masukkan isi ikan yang sudah direbus seketul-seketul macam ini ok. Jangan dihancurkan isi ikan. Biarkan mereneh supaya kuah asam meresap ke dalam ikan.
Kemudian masuk semua air rebusan ikan tadi dan tambah air sampai agak-agak tak pekat sangat, tak cair sangat. Ni kena pandai-pandai lah ye.
Last skali, tambah otak udang, garam, serbuk perasa (kalau guna) secukup rasa.
Otak udang ni rasa dia manis tau. So kalau letak terlebih kuah korang jadi terlajak manis. So hati-hati.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Enaknya Mi Kuah Daging, Ubi Keledek Merah Buat Kuah Tambah Lazat
Kuetiau Kungfu, Makan Dengan Cili Padi Potong Memang Padu Rasanya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Jjajangmyeon Sedap Guna Resipi Sos Homemade

Isi Kandungan
ToggleAnda peminat sajian Korea? Pastinya biasa mendengar menu Jjajangmyeon atau nama lainnya disebut Blackbean Noodles. Agak sukar untuk memperolehi sos blackbean asli tapi ia masih dibuat secara homemade menggunakan taucu. Sangat sedap Jjajangmyeon ni. Sangat mudah resipinya. Saudari Zurina Zulkefli bermurah hati berkongsi cara memasaknya. Jom cuba!
RESIPI JJAJAGMYEON HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN KUAH ALA BLACKBEAN:
- 3 sudu gula putih
- 3 sudu besar taucu – beli online disini
- 1/2 cawan air
- 1 sudu besar tepung gandum – beli online disini
BAHAN-BAHAN LAIN:
- Mi lidi
- Isi ayam – dipotong dadu
- Timun – dipotong dadu
- Ubi Kentang – dipotong dadu – beli online disini
- Bawang holland – dipotong dadu – beli online disini
- Minyak untuk menumis
- Sedikit air
- Sedikit bancuhan tepung jagung – beli online disini
- Sedikit garam
- Sedikit kicap pekat – beli online disini
- Sedikit serbuk lada hitam – beli online disini
INFO: Mi lidi boleh diganti dengan mi kuning atau spageti.
CARA MEMASAK SOS:
1.Untuk sos, mula-mula masak gula menjadi karamel pekat. Ia bertujuan untuk dapatkan rasa pahit-pahit hangus.
2.Kemudian taucu ditumbuk hancur untuk dijadikan pes.
3.Sediakan satu mangkuk besar. Masukkan air, tepung gandum, pes taucu yang ditumbuk tadi, kicap lemak manis (lagi banyak lagi bagus) dan akhir sekali karamel. Kacau sehingga sebati.
4.Masak kuah campuran tersebut di dalam kuali dan kacau sehingga sos menjadi likat seakan-akan dodol.
5.Setelah itu, tuang sos ke dalam bekas kaca untuk digunakan sebagai pes blackbean.
CARA MEMASAK JJAJANGMYEON:
1.Sediakan daging ayam, timun, kentang, dan bawanh holland. Semua bahan dipotong dadu.
2.Tumiskan kesemua bahan dengan sedikit minyak. Kacau sehingga masak.
3.Kemudian masukkan 3 sudu pes blackbean ke dalam masakan. Kacau sehingga rata.
4.Tuang sedikit air untuk menjadi kuah dan campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5.Boleh tambahkan sedikit garam, kicap pekat dan sedikit serbuk lada hitam untuk citarasa.
6.Didihkan air dan rebus mi lidi hingga lembut. Toskan airnya. Selain mi lidi boleh juga gunakan mi kuning biasa. (RASA: Boleh juga guna spageti)
7.Masukkan mi ke dalam pinggan dan tuangkan kuah blackbean ke atasnya.
8.Hiaskan dengan hirisan timun, gaul sebati dan nikmati segera.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Mi Dan Bihun Simple Untuk Hidangan Berbuka Dan Sahur

Isi Kandungan
ToggleMi dan bihun simple ini memang sedap untuk berbuka dan sahur. Kadangkala bosan juga asyik makan nasi kan? Empat jenis mee dan bihun ini antara yang paling popular.
Selamat mencuba!
Mi Dan Bihun Simple Untuk Hidangan Berbuka Dan Sahur
BIHUN SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
4kg bihun (rendam dan toskan)
10ml minyak masak – boleh beli online di sini
200 gram bawang merah kisar – boleh beli online di sini
100 gram bawang putih kisar – boleh beli online di sini
80 gram lada putih
10 gram lada hitam – boleh beli online di sini
500 gram isi ayam potong dadu
1kg udang
200 gram sotong
10 gram daun bawang hiris panjang
50 gram lobak hiris panjang
10 biji telur
Sedikit daun kucai (hiris )
10 gram cili merah hiris – boleh beli online di sini
Sedikit tauge
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak
2.Masukkan lada putih dan lada hitam. Masukkan isi ayam, udang dan sotong. Masak dan pastikan bahan-bahan tersebut masak sepenuhnya.
3.Masukkan mihun dan pecahkan telur di tengah kuali dan gaul sekata.
4.Masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sebati. Siap. Mudah je kan?
BIHUN TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
4kg bihun (celur)
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
UNTUK PES:
300 gram bawang merah – boleh beli online di sini
200 gram bawang putih – boleh beli online di sini
50 gram cili merah
30 gram cili kering
20 gram lengkuas
5 batang serai (ketuk)
8 gram udang kering
15 helai daun limau purut
10 gram belacan (bakar) – boleh beli online di sini
30ml air asam jawa – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Garam secukupnya – boleh beli online di sini
5 liter air
BAHAN SUP TOM YAM:
500 gram ayam
100 gram udang
50 gram sotong
15 gram bawang besar hiris – boleh beli online di sini
20ml sos ikan
10 gram lengkuas
5ml limau nipis
10 biji buah tomato (belah empat)
10 biji cili padi (belah dua)
15 gram daun ketumbar (racik)
150 gram bunga kubis (potong)
100 gram lobak (potong)
10 biji cendawan butang ( hiris)
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Semua bahan pes tom yam dikisar kecuali serai, air asam jawa, daun limau purut, garam dan gula.
2.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar bersama serai, air dan daun limau purut.
3.Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4.Masak sehingga menjadi pes tom yam.
5.Masukkan air. Kemudian masukkan bahan-bahan untuk sup tom yam. Biarkan mendidih.
6.Tuang kuah tomyam ke atas bihun yang siap dihidang.
MI BANDUNG
BAHAN-BAHAN:
5kg mi kuning
300 gram cili kering
50 gram bawang putih kisar – boleh beli online di sini
500 gram bawang merah kisar – boleh beli online di sini
50ml sos tiram – boleh beli online di sini
100ml sos cili – boleh beli online di sini
20 gram udang kering kisar
1kg udang segar
5 liter stok daging
10 biji telur
2kg sawi (potong)
200 gram tauge
150 gram bunga kubis (potong)
20 gram cili merah hiris
5 keping tauhu (goreng dan hiris)
15 biji telur rebus (belah enam)
10 biji limau kasturi (belah dua)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya –
CARA MEMASAK:
1.Rebus udang kering bersama sedikit air. Angkat dan ketepikan. Air jangan buang.
2.Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering.
3.Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
4.Masukkan sos tiram, cili sos kemudian masukkan air stok rebusan daging
5.Masukkan udang dan daging, kacau seketika.
6.Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih.
7.Pecahkan telur untuk tambahkan rasa.
8.Masukkan sayur-sayuran dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas mi yang telah dicelur.
9.Boleh dihidangkan dengan potongan telur rebus, hirisan cili, limau kasturi dan tauhu goreng.
MEE BAKSO
BAHAN-BAHAN:
5kg mi kuning (celur)
300 gram bawang merah (kisar) – boleh beli online di sini
500 gram bawang putih (kisar) – boleh beli online di sini
50 gram halia kisar – boleh beli online di sini
10 helai daun limau purut (kisar )
5 batang serai (kisar)
100 gram rempah sup
5 liter air
50 gram lada putih
5 biji cili merah (hiris)
20 gram serbuk lada hitam
500 gram bebola daging
100 gram daun bawang | potong halus
50 gram tauge
Minyak masak secukupnya – – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis barang yang dikisar sehingga pecah minyak
2.Masukkan rempah sup, lada hitam dan lada putih dan tambah air. Tunggu sehingga mendidih.
3.Masukkan bebola daging, biarkan sehingga mendidih.
4.Tambahkan garam secukup rasa.
5.Masukkan mi yang telah dicelur ke dalam bekas dan tuang kuah di atasnya. Hias dengan hirisan cili merah dan tauge.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
2 Soto & 2 Laksa Memikat Selera

Sarapan pagi dengan soto dan laksa memang ‘terangkat’ Sajian kaya rempah dan berperisa ni memang ‘favorite’ zaman berzaman-zaman . Iya kan sajian warisan orang lama.
Bila dah makan sarapan barulah bersemangat nak kerja … jom semak empat resipi ni
1. SOTO AYAM BLC
.
Bahan bahan:
- 1 ekor ayam – potong 4
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 2 sudu makan serbuk lada putih
- Beberapa cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ( 2-4 biji)
- 2 sm kayu manis
Bahan untuk menumis/dihiris:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
Bahan untuk menumis/dikisar :
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
- 1 sudu teh lada hitam
Bahan sambal cili kicap :
- Segenggam cili padi / ditumbuk
- 2 ulas bawang putih/ditumbuk
- Kicap lemak manis ikut suka
- 1 -2 biji limau kasturi ( perah airnya)
(Goreng dulu cili dan bawang putih dan ‘blend’ satukan semua bahan dengan kicap),
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2.Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau.
3. Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi.
Masukkan ayam dan gaul seketika.
4. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
5. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
6. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam.
7. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mee hoon yang dicelur.
8. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan ayam carik.
9. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis, didih dn reneh
Jenis masakan : Sarapan pagi atau sajian petang
Keistimewaan : Sajian yang amat mengenyangkan, nasi impit dan bahan tambahan menjadikan ia makanan kegemaran.
INFO CHEF : Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.
2. LAKSA JOHOR
.
Bahan-bahan :
- 400 gm satu paket spageti
- Garam secukup rasa
- Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
Bahan A :
- 1 kg ikan kembung /direbus dan ambil isi
- 500 gm ikan parang/direbus dan ambil isi
- 500 gm udang basah/rebus dan ambil isi
- 3 keping ikan kurau masin
- 5 sudu makan udang kering/direbus bersama 3-4 ekor udang basah
Bahan B :
- 8 keping asam gelugor
- 3 biji kelapa parut -ambil santan pekat
- 1 sudu makan gula melaka
- 1 mangkuk air rebusan udang dan air rebusan ikan
Bahan dikisar halus :
- 20 tangkai cili kering
- 15 ulas bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 10 batang serai
- 4 sm halia
- 4 sm lengkuas
- 2 sm kunyit hidup
- 3 sm belacan
- 9 sudu makan biji ketumbar
- 3 sudu makan biji jintan putih
- 3 sudu makan jintan putih
- 2 biji buah keras
- 4 sudu makan kerisik
Bahan ulaman :
- Limau kasturi/dipotong untuk diperah
- Taugeh
- Daun kesum atau daun selasih
- Timun
- Sambal belacan
- Bawang besar /dipotong bulat
- Kacang panjang
- Lobak asin
Cara memasak :
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan
2. Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan.Ketepikan.
3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi.
4. Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata.
5. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut.
7. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat.
8. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi.
9. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan.
10. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan perahkan limau kasturi..
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Laksa dan spageti
Keistimewaan :Laksa Johor menggunakan spageti, pengaruh barat dalam sajian
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan ikan selayang (sardin) menggantikan ikan kembung. Selain ikan parang anda juga boleh menggunakan ikan tenggiri.
3. SAYUR TUMIS LAKSA BEBOLA SARDIN
.
BAHAN-BAHAN :
- 2 ekor sardin segar / asingkan isi dari tulang
- 1 biji bawang besar/dikisar
- 3 ulas bawang putih/ dikisar
- 1 sudu makan lada hitam/ditumbuk
- Minyak untuk menumis
- 1 ikat kangkung
- 1 lobak merah/ dipotong jejari
- 50 gm kubis bunga
- 350 gm bihun/ direndam dengan air biasa
- Air secukupnya
- 4-5keping keropok mentah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang, dikisar lumat.
2. Bulatkan tanpa campur apa-apa bahan.
3. Tumiskan bahan -bahan yang dikisar dalam periuk dengan sedikit minyak sampai naik bau.
4. Masukkan air dalam 450 ml (dua mangkuk) ke dalam periuk.
5. Bila mendidih masukkan lobak merah, bebola sardin, bila bebola dah terapung (masak) masukkan sayur kangkung, kubis bunga dan bihun dan keropok mentah.
6. Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Sajian asal di Terengganu menggunakan mi lidi. Sayuran yang banyak dan ikan sardin menjadikan ia sajian berkhasiat
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Boleh dimakan begitu sahaja.
4. KARI LAKSA UDANG YABBY
.
BAHAN-BAHAN:
Bahan pes laksa (dikisar) :
- 300 gm cili kering /dibuang cili
- 150 gm halia /dihiris nipis
- 200 gm ulas bawang putih/ diketuk
- 180 gm bawang kecil
- 80 gm serai, dihiris halus
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sm belacan /dibakar terlebih dahulu
- 1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 600 gm udang yabby
- 200 gm kek ikan/ sudah dimasak
- 1/4 cawan minyak masak
- 200 ml santan kelapa
- 1 liter air stok ayam
- 10 keping tofu (jika suka)
- 12 auns peha ayam/dibuang tulang dan kulit
- 400 gm mi laksa
- 2 sudu kecil gula melaka /atau gula perang/garam kosher
- 3 biji telur rebus /lembut
- Gula dan garam secukupnya
Bahan hiasan :
Taugeh, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes.
2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana.
3. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit.
4. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit.
5. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi.
6. Biarkan mendidih hingga 10 minit.
7. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya
8. Celur laksa dan taugeh dalam air panas.
9. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama taugeh, daun pudina , hirisan limau dan sambal (jika suka).
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Mi laksa, masakan Nyonya
Keistimewaan : Laksa lemak pedas dengan kemanisan udang Yabby
INFO CHEF : Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.