Beberapa hari Aidil Adha bakal diraikan. Walaupun dalam mood PKPD raikan keluarga dengan menu istimewa untuk dinikmati. Agak-agak apa ye? Rasa macam nak buat gulai kawah dan nasi kebuli seperti yang dikongsi oleh Kallthom Mohamed. Barulah ada feel hari raya . Jadi kalau begitu kenalah usahakan lebih awal cari daging segar dan segala ramuan supaya tak kehabisan nanti. Bila cukup ramuan barulah sedap gulai kawah yang dihidangkan.


GULAI KAWAH
Bahan-bahan:
1 1/2 kg daging (ada orang suka + tulang)
1 ulas bawang besar*
8 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
3 hiris halia*
2 hiris lengkuas*
3 hiris kunyit*
3 sudu besar rempah kampung
1 1/2 senduk cili mesin
450-500gm santan pekat
1 sudu besar nyor gula
Nisang/gula
Garam
Asam jawa
Belacan (pilihan)
Kisar semua bahan bertanda *

Bahan-bahan untuk menumis:
Rempah 4 beradik
3 ulas bawang merah- mayang
2 ulas bawang putih-mayang
Minyak untuk menumis

Cara memasak;
1.Panaskan minyak, masukkan bawang, halia mayang dan rempah 4 beradik.
2.Bila dah naik bau (bawang warna kuning), masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi berserta cili mesin.
3.Kacau dan bila dah naik bau (pecah minyak) masukkan daging. Masukkan air asam jawa, belacan dan secubit garam. Kacau rata dan tutup periuk.Kita mati air dulu.
*** api jangan terlalu besar untuk mengelak daging lambat empuk.
4.Buka dan kacau sekali sekala.
5.Bila daging dah empuk, masuk nyor gula.
6.Kacau dan bolehlah masukkan santan, garam dan nisang. Tambah air jika perlu. Kacau sekali sekala.
7.Bila dah mendidih, slowkan api dan masaklah sehingga pecah minyak.

IKLAN

NASI KEBULI
Bahan-bahan:
3 mug beras (kite guna beras Basmathi)
* Jika guna beras Siam atau beras biasa
Kena tambah beras pulut ( 4:1)
Basuh bersih dan rendam sekejap.
4 1/2 mug air
3 ulas bawang merah- mayang
2 ulas bawang putih- mayang
1 inci halia (ketuk)
Rempah 4 beradik
Daun pandan
1 sudu besar lada hitam dan 1 sudu besar ketumbar diblend/ditumbuk kasar + 1 sudu besar halba – bunjutkan seperti sup bunjut
Minyak utk menumis.

IKLAN

Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan masukkan bawang yang dimayang, 4 beradik, halia & daun pandan.
2.Tumis hingga naik bau.
3.Tambah air dan rempah yang dibunjut tadi. Bila dah mendidih masukkan beras, garam dan sedikit gula. Kacau dan tutup peiuk. Kite guna rice cooker je.
Kredit: Kallthom Mohamed

Kombinasi Lauk Kenduri Yang Tidak Jemu Makan, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Udang Masak Diraja & Acar Timun Karot

IKLAN

Ayam Masak Kurma Resipi Abah. Letak Bahan Rahsia, Patutlah Sedap, Pekat 

Pernah Makan Rendang Siat? Rupa Macam Serunding, Tapi Rasa Rendang