Sesekali kejutkan suami dengan menyajikannya  dengan hidangan seafood, pasti bertambah rasa kasih dan sayangnya pada anda. Apatah lagi jika seafood itu menjadi kegemaran sang suami.  Untuk kepelbagaian resipi berikut 10 resipi seafood yang boleh anda cuba.  Semoga kasih sayang anda suami isteri semakin kukuh.

 

BALSAMIC GLAZED SALMON

10 Resipi Pikat Suami Dengan Aneka Hidangan Seafood.

BAHAN-BAHAN

  • 1 keping isi ikan salmon
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan cuka
  • 1 sudu makan Dijon Mustard
  • 1 sudu makan daun oregano segar| cincang halus
  • Garam dan lada sulah secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar hingga 200C.
  2. Sementara itu siap dulang pembakar, kemudian alas dulang pembakar dengan aluminium foil dan sapukan minyak.
  3. Panaskan kuali non stick, hingga separuh panas, tumis bawang putih hingga wangi atau kekuningan, campurkan madu, cuka mustard, garam dan lada hitam secukupnya.
  4. Kacau hingga sos pekat. Tutup api.
  5. Masukkan ikan salmon di atas dulang pembakar tadi dan sapu di atasnya dengan sos yang telah dimasak tadi.
  6. Bakar 10-12 minit. Setelah siap keluarkan dari ketuhar.
  7. Hidangkan Salmon dengan salad dan sos mustard.

 

INFO CHEF: Jika tidak ada ketuhar, boleh panggang Salmon  dalam  kuali non stick biasa.

……….

 

 

TUMIS UDANG BERSAMA DAUN KETUMBAR

10 Resipi Pikat Suami Dengan Aneka Hidangan Seafood.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • 1/2 sudu teh  jintan manis
  • 1/4  sudu teh halia muda
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 1/4 cawan daun ketumbar | cincang
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu the kulit limau nipis | parut
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan jus limau nipis, serbuk jintan manis,halia muda bawang putih di dalam mangkuk, kacau rata.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bahan yang sos tadi. Kacau seketika.
  3. Masukkan udang, kacau rata lebih kurang 4 minit.
  4. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
  5. Akhir sekali taburkan daun ketumbar dan gaul rata, segera dihidangkan.

 

INFO CHEF: Jangan tumis undang lebih dari lima minit untuk elakkan terlalu masak.

……….

 

 

KUPANG  TUMIS BERSANTAN  DAUN SELASIH

10 Resipi Pikat Suami Dengan Aneka Hidangan Seafood.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kepah
  • 1 biji bawang besar |cincang
  • 3 ulas bawang putih |cincang
  • 2cm halia |titik
  • 1 biji cili merah | hiris
  • Sedikit jus limau nipis
  • ½ cawan daun selasih dan daun ketumbar |cincang

BAHAN SOS SANTAN SELASIH:

  •  1 cawan santan
  • 1 cawan jintan manis
  • ¼ cawan daun ketumbar  |daun dan batang
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan  jus limau nipis
  • 1 sudu makan kicap cair

 

CARA MEMASAK:

  1. Cuci bersih kupang dan simpan dalam peti sejuk sebelum digunakan.
  2. Untuk menyediakan sos santan selasih. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar, jika ingin pedas boleh tambahkan cili padi.
  3. Kisar hingga halus dan ketepikan.
  4. Panaskan kuali dan masukkan dua sudu makan minyak, tumiskan bawang putih, merah, halia hingga wangi. Masukkan kupang dan sedkit jus limau nipis. Kacau rata.
  5. Tutup seketika kuali lebih kurang 2-3 minit.
  6. Apabila kupang mula terbuka, kecilkan api.
  7. Masukkan sos santan selasih, dan kupang sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Anda boleh taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

…..

 

 

UDANG KARI THAI

10 Resipi Pikat Suami Dengan Aneka Hidangan Seafood.

BAHAN-BAHANNYA :

  • 700gm  udang galah | dibersihkan
  • 350gm hirisan nenas, pilih yang manis
  • 1 genggam daun selasih
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu teh sos ikan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 500 ml santan cair
  • 300 ml pati santan
  • 2 sudu makan jus limau nipis

BAHAN KISAR HALUS :

IKLAN
  • 10 biji cili merah
  • 2 batang serai, hiris halus
  • 1cm lengkuas, hiris
  • 3 tangkai daun ketumbar
  • 2 camca teh hirisan kulit limau purut
  • 10 -15 biji lada hitam biji
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh belacan
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
  2. Masukkan nanas, daun limau purut, sos ikan, sedikit garam dan gula. Gaul rata dan tuang santan cair.
  3. Bila mendidih, masukkan udang, masak 2 – 3 minit dan tuang pati santan.
  4. Kacau rata. Biar mendidih perlahan hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daun selasih dan jus limau nipis, kacau rata dan rasa, jika kurang masin boleh tambah garam lagi.
  6. Biar mendidih 1 – 2 minit , tutup api. Hidangkan segera bersama nasi panas.

 

INFO CHEF:  Ketam juga enak dimasak dengan resipi ini.

…….

 

 

LALA  TUMIS TAUCU  BERSAMA SAWI CINA

10 Resipi Pikat Suami Dengan Aneka Hidangan Seafood.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm lala
  • 2 sudu makan taucu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 cawan daun Selada Air
  • 2 tangkai cili merah | hiris
  • 4 ulas bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili, diikuti dengan taucu. Kacau rata.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan lala, gaul rata masukkan sos tiram dan perasakan dengan garam (jika perlu sebab taucu sudah masin) dan gula secukupnya
  4. Akhir sekali masukkan daun selada, kacau 1-2 minit. Tutup api.
  5. Sedia dihidangkan panas-panas.

 

INFO CHEF:  Pastikan tumis lala tidak lebih dari 10 minit.

………….

 

 

SOTONG KUKUS SOS CILI  MASAM MANIS

10 Resipi Pikat Suami Dengan Aneka Hidangan Seafood.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong  | bersih dan toskan.

BAHAN INTI:

  • 2 biji tauhu | hancurkan
  • 1 biji telur
  • 2 pokok daun bawang | hiris halus
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

BAHAN SOS:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 sudu makan sos cili Thai
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan sos limau nipis
  • Sedikit minyak masak

 

CARA MEMASAK:

  1. Semua bahan inti dimasukkan dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Kemudian ambil sedikit adunan dan sumbatkan dalam sotong. Lakukan hingga sotong habis.
  3. Letakkan dalam loyang dan kukus lebih kurang 10 minit.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
  6. Masukkan sos, dan jus limau nipis, kacau rata.
  7. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
  8. Setelah sos mendidih tutup api.
  9. Susun sotong dalam pinggan hidangan dan tuangkan sos di atasnya.
  10. Sotong sedia dihidangkan panas-panas.

 

IKLAN

INFO CHEF: Selain kukus, sotong ini juga sedap dibakar.

…….

 

 

TUMIS KEPAH CILI PADI BUNGA KANTAN

10 Resipi Pikat Suami Dengan Aneka Hidangan Seafood.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kepah | cuci bersih dan tos
  • 1 kuntum bungan kantan | hiris
  • 6 biji cili padi merah | belah dua
  • 6 biji tomato ceri
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 1biji bawang besar | potong dadu
  • 3 cm halia muda | hiris memanjang
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia dan hirisan cili hingga wangi.
  2. Masukkan kepah, kacau rata.
  3. Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  4. Setelah kepah terbuka, masukkan hirisan bunga kantan dan ceri tomato.
  5. Kacau rata lebih kurang 1-2 minit tutup aapi.
  6. Kepah sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Idea lain masak kepah, seafood lain seperti lala  juga enak dimasak dengan resipi ini.

………….

 

 

KERANG TUMIS  CILI  DAUN BAWANG

10 Resipi Pikat Suami Dengan Aneka Hidangan Seafood.

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm kerang | bersih dan toskan
  • 1 cawan hirisan daun bawang
  • 10 biji cili padi  | hiris memanjang
  • 5 ulas bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih | cincang
  • 3cm halia | hiris memanjang
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. P anaskan minyak, tumiskan bawang putih, merah, halia dan cili padi hingga wangi.
  2. Masukkan kerang, kacau rata.
  3. Apabila kerang sudah terbuka, perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau seketika kemudian tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF:   Jika tidak ada cili padi, boleh tukar dengan pes cili kering.

……………..

 

IKLAN

 

KETAM TUMIS  TELUR BECILI

10 Resipi Pikat Suami Dengan Aneka Hidangan Seafood.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ketam |bersihkan dan belah dua
  • 1 biji bawang besar|hiris nipis
  • 3 sudu makan  cili kisar
  • 2sudu makan cili sos Thai
  • 2  sudu makan  sos tiram
  • 3-4 biji telur
  • Air asam Jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk  menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  •  4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 3 cm halia

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaul dengan garam kemudian digoreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing kemudian angkat dan ditos .
  2. Keluarkan sedikit minyak goreng ketam dari dalam kuali dan simpan minyak goreng ketam itu
  3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali .
  4. Masukkan bahan-bahan yang kisar dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar.
  5. Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak.
  6. Masukkan bawang besar , garam, gula dan dikacau sekali sekala semua bahan.
  7. Tambahkan air asam jawa kemudian terus kacau sambal .
  8. Perasakan dengan  garam dan gula secukupnya.
  9. Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan telur kemudian dikacau bagi telur hancur. Kacau rata telur.
  10. Kecilkan api, masukkan semua ketam yang digoreng dan kacau bagi rata sambal pada ketam
  11. Tutup api dan ketam sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Hidangan ini enak dihidangkan panas-panas.

……

 

 

KETAM TIGA RASA

10 Resipi Pikat Suami Dengan Aneka Hidangan Seafood.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ketam | bersih dan tos
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 1/2 cawan daun ketumbar  yang dihiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR KASAR:

  • 8 biji cili padi
  • 4 biji cili merah
  • 1 biji tomato
  • 3 batang serai
  • 1 sudu makan cuka

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ketam bersama garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ketam.
  3. Keluarkan sebahagian minyak goreng ketam, tinggalkan sedikit untuk menumis
  4. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos cili dan tiram, garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan ketam, kacau rata dan taburkan hirisan daun ketumbar.
  7. Tutup api dan sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF:  Pastikan ketam yang dibeli adalah ketam segar untuk rasa lebih manis dan sedap.

………….

KREDIT RESIPI: SHIDA YASIN

FOTO: NURUL NIZA SUHAIMI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI