Sekarang pasta bukan lagi makanan yang pelik di kalangan masyarakat Malaysia, Malah hidangan pasta juga sudah menjadi menu utama dalam kebanyakan jamuan atau majlis kenduri kecil. Istimewanya masakan ini adalah ringkas, mudah dan cepat disediakan. Jika anda igin mencuba, berikut cara membuat enam jenis sos yang popular past di kalangan rakyat Malaysia dihidangkan untuk Masakan Itali yang mula mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia ini mempunyai beberapa sos. Berikut enam sos menjadi pilihan rakyat Malaysia.
CARBONARA:
Antara sos putih yang digemari ramai, dibuat dari bahan-bahan seperti kuning telur, keju paramesan, bawang putih, lada sulah dan beef bacon. Untuk rasa lebih berkrim anda boleh tambah dengan heavy cream. Cara menyediakan sos sangat mudah. Anda hanya perlu tumiskan bahan dengan minyak zaitun.Untuk lebih perisa dan menambah warna kepada sos anda boleh tambahkan sosej, smoked beef untuk rasa yang lebih sedap dan hidangan nampak lebih menyelerakan.
PESTO:
Sos pesto adalah sos berwarna hijau, hasil dari gabungan daun basil, bawang putih, kacang pinus dan keju parmesan. Semua bahan ini dikisar halus, kecuali keju. Bahan kisar ini kemudian ditumis dengan minyak zaitun dan ditambah dengan keju parmesan dan dimasak hingga wangi. Sos ini lebih sihat dan sedap.
Ads
BALOGNES
Sos merah pasta berwarna merah ini dihasilkan dari gabungan daging cincang, bawang putih dan lobak merah. Kemudian ditumis dengan mentega dan ditambah dengan sedikit air stok daging. Setelah masak, tambahkan krim masak dan keju parmesan supaya sos lebih pekat. Namun sekarang sos ini telah diolah dengan tambahan susu cair dan tomato. Ia menjadikan rasa yang lebih lemak berkrim
AGLIO OLIO
Ads
Sos Aglio Olio adalah sos yang sangat ringkas dan mudah disediakan bila digabungkan dengan spageti. Untuk menyediakannya anda hanya perlu panaskan sedikit minyak zaitun, kemudian tumis bawang putih yang telah dicincang, kacau rata dan masukkan spageti. Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan serbuk lada hitam atau chili flakes. Bagi lebih perisa boleh tambah hirisan sotong atau udang untuk perisam, namun terpulang pada cita rasa. Untuk rasa lebih lemak boleh taburkan dengan parutan keju semasa dihidangkan. Perlu diingatkan sos ini kering sifatnya dan rasa sedikit pedas hangat sedap.
ALFREDO
Ads
Sos Alfredo adalah sos paling sesuai dengan pasta fettucini. Sos ini hanya menggunakan bahan asas mentega dan heavy cream, kedua bahan ini dimasak hingga menjadi sos pekat yang lembut. Untuk rasa lebih sedap boleh tambahkan dengan bawang putih dan keju parmesan. Sebenarnya sos ini hampir sama dengan sos carbonara, tetapi warna sos Alfredo lebih putih dan rasanya lebih ringan dan berkrim.
MARINARA
Sos marinara adalah sos tomato khas, rasanya masam-masam manis dengan sedikit rasa hangat dari herba basil, pudina atau peterseli. Cara menyediakan sos ini sangat mudah, ia ditumis menggunakan minyak zaitun bersama bawang putih, dedaun herba seperti basil dan pudina atau peterseli, kemudian dicampur dengan tomato, ia dimasak sehingga tomato hancur sempurna dan pekat kuahnya. Ia sesuai untuk pasta ravioli. Tetapi sekarang untuk lebih perisa ada yang tambahan dengan seafood.
Kesemua pasta ini mudah disediakan, anda boleh cuba salah satu sos kegemaran keluarga untuk dipandankan dengan pasta.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi yang suka makan aneka kuih muih tradisional, Kuih Badak Berendamni pasti antara yang jadi kegemaran. Lemak-lemak manis. Memang sedap! Bagi yang belum pernah rasa, resipi perkongsian saudari Zura Zulni antara yang boleh dicuba.
CARA BUAT KUIH BADAK BERENDAM PALING SEDAP UNTUK MINUM PETANG
BAHAN DOH: 3 cawan tepung pulut – beli online disini 2 sudu makan tepung gandum – beli online disini 2 cawan air jus pandan (air + 4-5 helai daun pandan. Kisar & tapis) Sedikit pewarna hijau – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Tuang air jus pandan sikit-sikit ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul sebati dan uli hingga jadi doh. 2. Bulatkan doh (ikut nak besar mana) kesemuanya. Kemudian leperkan doh. 3. Isi inti kelapa atau apa sahaja inti kegemaran. Bulatkan semula. 4. Didihkan air dan rebus doh macam membuat kuih Onde-Onde @ Buah Melaka. Bila doh sudah terapung, angkat dan jirus sekejap bawah air paip. Toskan airnya.
5. Tuang dadih dalam bekas yang sesuai. Masukkan doh yang direbus tadi dan Kuih Badak Berendam sedia untuk dihidang.
BAHAN INTI KELAPA: 1 biji kelapa parut putih 1/2 cawan gula merah – beli online disini 1 ketul gula melaka – beli online disini 1 1/2 cawan air 1-2 ulas durian (buang biji) – jika ada 3 helai daun pandan Secubit garam 1 sudu makan tepung gandum – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Masak gula merah, gula melaka dan air hingga larut. Tapiskan. 2. Kemudian masak air gula tadi bersama kelapa parut putih. isi durian, sedikit garam dan daun pandan. Gaul sekata. 3. Bila inti agak nak kering, masukkan tepung gandum. Gaul sebati dan angkat. Sejukkan sebelum dibalut bersama doh.
BAHAN DADIH: 5 cawan santan sederhana pekat 8 sudu makan tepung beras – beli online disini 8 sudu tepung gandum – beli online disini 2 helai daun pandan – simpul Sedikit gula Sedikit garam
Masak lemak ada banyak resipinya, tapi kebiasaannya santan dan bahan dikisar atau ditumbuk dilebur sekali bersama santan. Namun sekiranya mahu citarasa masak lemak yang berbeza, boleh cuba buat masak lemak tumis.
Resipi masak lemak ayam tumis
Bahan-bahan
8-10 ketul ayam -dipotong dan bersihkan
1 kotak santan segera
2 batang serai -diketuk
Kentang -dipotong
Asam keping
Daun kunyit -dihiris
Air secukupnya
Bahan kisar
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah
Kunyit hidup
Cara memasak
1. Ayam digoreng seketika. Ketepikan
2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan ayam, garam dan serbuk perasa. Kacau sebati.
3. Masukkan air kemudian biarkan mereneh. Masukkan santan, asam keping kemudian kacau.
4. Kemudian masukkan kentang, masak hingga kentang lembut. Selepas itu taburkan hirisan daun kunyit. Kacau. Sedia dihidangkan.
Ingin mengadakan kenduri ?Anda pastinya mahu memberikan hidangan terbaik untuk tetamu jemputan. Apa kata kali ini anda cuba salah satu dari empat resipi masakan berasaskan daging yang disediakan oleh Chef Dahlan dari Kole In One Food Services yang sedap-sedap belaka. Kalau bukan kenduri boleh je masak untuk hidangan keluarga di hujung minggu ini.
DAGING RENDANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris lebar dan nipis
1000ml santan pekat
5 sudu makan kerisik
5 sudu makan pes cili kering
4 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
1 cawan gula Melaka
1 cawan kicap pekat manis
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga.
BAHAN HIRISAN:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3cm halia
3cm lengkuas
4 batang serai
BAHAN GORENG TANPA MINYAK DAN KISAR HALUS
2 sudu ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Daging dicuci bersih dan toskan airnya. Kemudian gaulkan bersama kicap pekat manis, gula Melaka dan separuh bahan kisar.
Perapkan sekurang-kurangnya 30 minit di dalam peti sejuk.
Untuk menumis, panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis, bahan hirisan dan juga serai sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan bahan kisar diikuti dengan pes cili, kacau rata hingga timbul minyak.
Masukkan daging yang telah diperap tadi, kacau rata.
Setelah air daging kering, masukkan santan dan asam gelugor.
Biarkan kuah terus mendidih di atas api sederhana hingga kuah pekat.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan bahan rempah yang digoreng dan dikisar halus tadi,
Kacau rata, hingga kuah kering dan secukup rasa.
Jika kurang manis tambah sedikit gula.
Rendang sedia dihidangkan.
DAGING KUZI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang
4 sudu makan rempah kuzi
100gm biji gajus | goreng
100gm kismis | goreng
3 biji bawang besara | hiris, goreng dan kisar
2 sudu makan serbuk badam
4 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan puri tomato
2 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
500ml susu cair
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
10 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dalam kuali.
Tumiskan bahan hirisan bersama rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, tumis lagi.
Setelah timbul minyak, masukkan rempah kuzi yang dibancuh dengan sedikit air diikuti dengan puri tomato.
Kacau lagi hingga pecah minyak, baru masukkan daging, kacau rata hingga daging kecut.
Biarkan mereneh hingga kuah kering.
Jika daging masih liat atau keras tambah sedikit air lagi.
Setelah daging empuk, masukkan susu, serbuk badan dan bawang merah yang dikisar tadi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Sebelum angkat tabukkan buah gajus dan kismis yang telah digoreng tadi.
KURMA KAMBING DENGAN KENTANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | potong sederhana
3 biji kentang | belah 2
3 sudu makan rempah kurma
500ml susu rendah lemak
2 biji bawang besar | belah empat
2 biji tomato | belah empat
3 biji cili hijau | belah dua
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
3cm halia
BAHAN SANGAI DAN KISAR:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada putih
4 biji buah pelaga
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging dengan sedikit rempah kurma dan sedikit bahan kisar.Kemudian perapkan lebih kurang 30 minit.
Untuk memasak, panaskan minyak sapi bersama minyak masak.
Tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Seterusnya masukkan bahan kisar, kacau seketika.
Masukkan rempah kurma dan bahan sangai yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Setelah timbul minyak, masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan keluar air.
Biarkan mereneh hingga air daging kering.
Masukkan susu rendah lemak dan kentang, biarkan terus mendidih.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kemudian perahkan jus lemon di dalamnya.
Setelah kuah pekat, masukkan daun pudina, hirisan tomato, dan cili.
Seketika kemudian, tutup api dan hidangkan bersama nasi atau roti
DAGING DENDENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang
8 biji bawang besar
20 tangkai cili kering
20 biji merah | hiris halus dan goreng
1 cawan gula perang
1 cawan kicap pekat manis
2 sudu makan pes asam Jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Potong besar daging kemudian rebus hingga empuk bersama serai dan hirisan halia. Ketepikan dan toskan airnya.
Hiris daging nipis-nipis, kemudian titik hirisan tersebut. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak goreng bawang merah hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Goreng pula hirisan daging hingga perang. Angkat dan toskan.
Tinggalkan lebih kurang setengah cawan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan kicap pekat manis, pes asam Jawa, gula Melaka dan garam secukupnya. (jika kurang manis boleh tambah gula).
Setelah terbit minyak, masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama bawang goreng,
Kecilkan api, kacau rata dan tutup api.
Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!