Donut sering menjadi kegemaran kerana rasanya yang lembut dan bergula. Rasa manis, tekstur lembut serta bentuknya yang unik mempunyai banyak penggemar.Donut dengan tekstur lembut memang menggoda selera. Nah ini caranya membuat donut yang lembut dan gebu.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan yis kering
1/2 gelas air panas
1 sudu teh gula pasir
2 1/2 gelas tepung gandum
2 butir telur-ukuran besar
1/4 gelas gula pasir
2 sudu makan mentega tawar, suhu bilik
2 sudu teh garam
Minyak canola, untuk menggoreng
Jem strawberi
Dadih lemon
Gula halus

IKLAN

CARA MEMBUAT:
1. Gabungkan yis, air dan 1 sudu teh gula ke dalam mangkuk dan biarkan selama 10 minit.
2. Masukkan gandum ke dalam mangkuk ukuran besar dan tambahkan telur, campuran yis, 1/4 gelas gula,mentega dan garam. Gaul hingga tercampur rata.
3. Pindahkan ke permukaan yang telah ditaburi tepung dan adun selama 8 minit,
hingga adunan halus dan kenyal.Pindahkan ke dalam mangkuk yang telah diletak minyak dan tutup dengan plastik pembungkus.
Tempatkan di tempat yang panas dan biarkan mengembang 2 kali lebih besar, selama 1 jam.
4. Uli adunan ke permukaan yg telah ditepung dan uli hingga setebal ¼-inci. Menggunakan pemotong kuih bulat ukuran 2 inci, potong 20-30 lingkaran.
Pindahkan ke kertas roti yang telah diletak tepung dan tutup dengan plastik pembungkus. Biarkan mengembang selama 20 minit.
5. Tuangkan minyak ke dalam periuk berukuran besar dan panaskan menggunakan termometer hingga mencapai 370F. Goreng beberapa donut, masak sehingga nampak kekuningan. Pindahkan ke rak besi untuk menyejukkan dan mengeringkan sisa minyak.
6. Buat lubang di tepi donut dengan menggunakan chopstick. Masukan jem strawberi dan dadih lemon ke dalam piping bag dan isi donat dengan kedua isian.
7. Letakkan gula halus ke dalam mangkuk dan masukan donut satu persatu, gerakkan mangkuk hingga semua sisi donut dilapisi dengan gulas halus.

by @tastemadeindonesia