Sedapnya Kuih Kalakatar @ Kuih Bingka Kelapa Muda ni. Nampak lemak manis, memang membuka selera. Rasanya kalau dekat gerai, tak ada jual kuih ni. Bagi anda yang nak cuba, saudari Nadia Ismail ada kongsikan resipinya. Let’s cooking!
CARA BUAT KUIH KALAKATAR @ BINGKA KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air kelapa muda – dari 2 biji kelapa muda yang besar
Isi kelapa muda – jumlahnya terpulang ikut cita rasa
Sedikit garam
Gula secukupnya – letak sedikit demi sedikit hingga cukup manis
1 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Satukan air kelapa muda, tepung gandum, garam, gula dan telur.
Ads
2. Kacau hingga semua bahan sebati dan larut. Kemudian tapis.
3. Masukkan isi kelapa ke dalam adunan tadi.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
5. Bakar adunan dalam ketuhar menggunakan api atas bawah selama 1 jam. (RASA: boleh guna suhu 180C. Namun masa dan suhu boleh berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing)
6. Setelah cukup 1 jam, bakar lagi 20 minit menggunakan api atas. Ia bertujuan untuk garingkan bahagian permukaan kuih.
7. Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.
INFO: Kuih Kalakatar ni jika nak makan di waktu pagi, kena buat malam sebelumnya. Jika nak makan petang, boleh buat waktu pagi. Kuih ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk. Enak dimakan dingin.
Kuih muih melayu memang enak rasanya. Tambah pula dapat yang kena dengan citarasa. Bukan setakat satu nak rasa, boleh habis sepinggan. Nak dapat yang memenuhi citarasa memang sukar, ada saja kurangnya , mungkin rasa lemak manisnya tiada.
Kuih Kacang Hijau antara kuih yang mengembalikan nostalgia lama kita. Mungkin ada di antara kita terkenang ibu pernah membuatnya semasa kecil.
Mungkin juga ada yang membantu ibu menjual kuih ini di pasar sehari. Rindu akan kenangan dulu, tak salah kita cuba buat kuih kegemaran ramai ini.Boleh cuba buat ikut resepi yang dikongsikan ini. Resepi ini dapat hasilkan 20 biji kuih kacang hijau.
KUIH KACANG HIJAU
Bahan-bahan:
250gm kacang hijau
2 senduk kelapa parut
3 senduk gula ikut manis yang kita suka
untuk salutan celup tepung:
1 cawan tepung beras cap teratai
1 sudu tepung jagung (optional)
1 sudu air kapur.makan
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit
Cara membuat:
Rendam kacang hijau 1-2 jam.Kemudian rebus.
Agak kering air, letak gula. Gaul sampai kering dengan api perlahan.
Letak kelapa dan tunggu sejuk. Saya letak dalam peti sejuk sebab buat malam. Pagi tu.keluarkan, bentukkan macam ini. Pastikan padat kalau tidak berderai masa goreng.
Sedapnya kalau dapat makan Cendol sejuk-sejuk terutamanya setelah sehari berpuasa. Mudah sahaja caranya untuk membuat minuman ini secara homemade. Bukan tidak boleh dibeli, tetapi andai dibuat sendiri, rasanya lebih enak dan puas makan. Anak-anak nak tambah pun boleh seberapa banyak yang disukai. Menerusi perkongsian saudari Shida Ambok, beliau mendapat resipi ini dari pekerja kakaknya. Memang sedap dan mudah. Berbaloi untuk buat sendiri. Dapatlah makan puas-puas. Cara membuatnya pun senang sahaja. Jom cuba resipi Cendol mudah ni. Pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MEMASAK: 1. Cendol jika mahu lebih sedap, boleh guna santan dari kelapa parut yang dikisar halus kemudian diperah santannya. (tapi empunya resipi guna santan kotak sahaja)
2. Ambil 1 tin susu sejat kemudian campurkan dengan santan pekat tadi. Sukatan santan adalah 1 tin (Nisbah1:1) – sukat guna tin susu sejat yang sama.
3. Kacau dan campurkan secubit garam untuk menaikkan rasa.
4. Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera ke dalam mangkuk. Lebih sedap jika ditambah ais.
Rasanya lemak manis. Sangat menawan cita rasa penggemar kuih tradisional yang sifatnya lembut dan manis. Kuih lompat tikam terkenal di sebelah Pantai Timur tanah air kita. Selalunya ada dijual di pasar pagi. Boleh dibuat untuk sarapan dan minum petang. Kali ini RASA kongsikan resipi kuih lompat tikam. Bolehlah belajar buat untuk dihidang time bulan puasa yang bakal muncul tak lama lagi ni kan?
LOMPAT TIKAM
BAHAN YANG HIJAU
2 cawan tepung beras (BELI DI SINI)
4 cawan air
1/2 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT
1. Masak semua bahan di atas sampai warna berkilat.
2. Masukkan dalam bekas. Ketepikan.