Puding mangga susu ini sesuai sangat disediakan ketika ini memandangkan buah mangga banyak dijual sekarang.
Paduan mangga segar yang manis bersama rasa lemak susu memang membuatkan pencuci mulut ini cepat licin bila disajikan lebih-lebih lagi selepas disejukkan.
Paling penting puding putih oren yang cantik ini juga mudah sangat disediakan.
Ads
Cara Buat Puding Mangga Susu
Bahan-bahan
30g agar-agar tali
1400 ml air
1 tin susu cair
Gula pasir (ikut rasa manis yang disukai)
1 biji buah mangga (dipotong dadu)
Sedikit gula batu
Cara Penyediaan
1. Basuh agar-agar tali dan gunting pendek-pendek. Kemudian rendam sekejap agar-agar ini supaya lebih mudah larut nanti.
2. Sediakan periuk, masukkan agar-agar dan air. Masak di atas dapur sambil dikacau sentiasa supaya agar-agar cepat larut.
3. Bila agar-agar sudah larut, masukkan gula pasir dan gula batu. Kacau sehingga gula larut. Rasa ikut kemanisan yang diingini.
4. Tutup api dan sediakan acuan pilihan. Basahkan sedikit acuan supaya puding senang dikeluarkan nanti. Susun buah mangga yang dipotong dadu di dasar acuan.
Ads
5. Ambil agar-agar yang telah larut tadi dan tuang perlahan-lahan ke atas buah mangga. Jangan tuang terlalu banyak, hanya hingga sedikit melepasi buah mangga. Sejukkan sebentar.
6. Baki agar-agar yang ada, panaskan semula dan masukkan susu cair. Kacau hingga sebati dan tutup api.
7. Setelah bahagian bawah agak keras, cucuk-cucuk sedikit guna garfu. Kemudian, tuang baki agar-agar susu ke atasnya perlahan-lahan hingga penuhkan acuan. Sejukkan sekejap di luar.
8. Kemudian masukkan puding ke dalam peti sejuk. Tunggu hingga puding keras sempurna, baru potong dan siap untuk dinikmati!
Nampak macam kuih kaswi, tapi bukan kaswi. Inilah tepung kapur yang dikatakan sejenis kuih tradisional masyarakat Terengganu.
Teksturnya liat sedikit jika dibandingkan dengan kaswi. Kuih kaswi selalunya lembut. Selepas siap dibuat, kuih tepung kapur selalunya dipotong nipis-nipis dan digaul dengan kelapa parut.
Jom kita lihat resipinya.
KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN
1 cawan gula melaka
2 cawan air
1 helai daun pandan
3 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Kelapa parut
1 sudu besar air kapur
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, masak gula melaka bersama air dan daun pandan sehingga gula melaka larut dan sebati. Selepas itu, tapis dan ketepikan.
2. Di dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, garam dan air kapur.
Kacau sebati.
3. Kemudian, tuangkan air gula melaka tadi sedikit demi sedikit.
4. Pastikan adunan tidak terlalu cair tetapi jangan terlalu likat dan pekat.
5. Cara memasak adunan ada tiga cara. Cara pertama, direbus di dalam plastik tahan panas. Cara kedua, dibungkus di dalam daun pisang dan disepitkan dengan lidi lalu dimasak atas api. Cara ketiga, dikukus.
6. Selepas masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong.
7. Sebelum dimakan, gaulkan tepung kapur dengan kelapa parut yang sudah dicampur dengan sedikit garam.
Sebelum disalut dengan kelapa parut.
TIP 1: Kukus sebentar kelapa parut agar kelapa parut tahan lebih lama.
TIP 2: Jika hendak mengukus, pastikan loyang atau bekas dioleskan dengan sedikit minyak masak bagi mengelakkan adunan sukar dikeluarkan daripada loyang.
Dah lama tak menikmati apom lenggang. Bila teringat zaman kecil dulu memang selalu makan. Memang tak cukup satu. Boleh makan untuk sarapan dan juga minum petang. Sangat mudah membuatnya, jom kita buat.
APOM LENGGANG
Bahan-bahan: 1 1/2 cawan tepung beras-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan gula pasir 2 biji telur ayam 1 sudu teh yis kering-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan santan sederhana pekat 1 1/4 cawan air 1 sudu teh garam
Cara memasak: 1. Campur semua bahan kecuali garam. Blend hingga bercampur elok. 2. Peram selama 1 jam 30 minit mininum. Akak peram 2 jam. 3. Selepas 2 jam, masukkan garam, kacau. 4. Panaskan kuali, sapukan minyak. Tuangkan satu senduk adunan dan lenggang. Siap
Anda suka makan Kuih Keria? Apa kata cuba resipi yang menggunakan campuran ubi keledek perkongsian saudari Masni Bahari ni. Memang sedap dan lembut je bila dimakan. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KUIH KERIA UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
3 cawan ubi keledek oren – rebus lembut & lenyek
1 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam
Gula – untuk salut kuih nanti
CARA MEMASAK:
1. Ubi yang telah direbus perlu dilenyek. Letak sedikit garam dan biarkan sejuk. 2. Bila ubi dah sejuk, masukkan kesemua tepung dan uli. Jika tepung masih melekat di tangan, biarkan sahaja. Biar adunan selama 1/2 jam. 3. Bahagikan doh dan bentukkan adunan menjadi bentuk kuih keria. Harus diingat, masa bentukkan adunanm harus sapu minyak masak pada tangan. Ia bertujuan nak elak adunan melekat. 4. Panaskan minyak masak guna api sederhana dan goreng kuih keria tadi. Angkat dan ketepikan. 5. Untuk menyediakan salutan gula, masukkan 5 sudu makan gula dan sedikit air ke dalam kuali. Masak dan kacau sampai pekat dan bertali. 6. Masukkan kuih yang digoreng tadi dan kacau sampai gula menjadi keras. 7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kadang-kadang bila badan penat, mood nak masak tu ada, tapi malas sangat nak keluar beli barang. Jangan risau, dapur kita sebenarnya penuh dengan bahan ‘tersembunyi’ yang boleh jadi menu sedap.