Makan besar Hujung Minggu. Sesekali menjamu keluarga makan besar dengan hidangan BBQ tentunya menjadi ingatan yang sukar dilupakan oleh ahli keluarga. Sama-sama menyediakan hidangan, memangang dan diakhiri dengan menikmati hidangan sungguh menyelerakan. Terbukti makanan juga berjaya mengikat silaturahim kekeluargaan. Chef Roslan, Pemilik Ryndu Hot & Grill ni bermurah hati berkongsi resipi. Jika ingin mencuba air tangan Chef Roslan sendiri bolehlah berkunjung ke Restorannya di Wangsa Maju.
BBQ HONEY CHICKEN WINGS
BHAHAN-BAHAN:
8 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan madu
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan minyak jagung
Garam secukup rasa
Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam
CARA MEMASAK:
Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .
INFO CHEF: Untuk perapan lebih baik simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk.
Ads
BBQ LAMB RIBS
BAHAN-BAHAN:
6 keping tulang rusuk kambing | di cuci dan di toskan
2 ulas bawang putih | ditumbuk
3cm halia | ditumbuk
4 sudu makan Lee Kum Kee Marinade Sauce
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos barbecue
3 sudu makan madu
1 biji ketang | belah 4 dan panggang
1/2 biji cili Bangala | panggang
1/2 biji bawang Holland | panggang
CARA MEMASAK:
Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos.
Masukkan dalam bekas bertutup dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
Kemudian panggang hingga masak. Hidangkan bersama sos yang sesuai berserta dengan salad.
INFO CHEF: Semasa memanggang tuangkan lebihan bahan perapan ke atas tulang rusuk yang dibakar.
GRILLED LEMON & YOGURT CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
8 keping bahagian paha ayam
1 cawan yogurt putih
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 cm halia | cincang
1 biji cili hijau
1/2 sudu teh kunyit
3/4 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
3/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau.
Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar serta garam.
Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
Bakar hingga masak.
INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ.
BBQ DRUMSTIK
Ads
BAHAN-BAHAN:
ketul paha ayam
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos BBQ
2 sudu makan jus lemon
CARA MEMASAK :
Bersihkan paha ayam dan toskan.
Gaul semua bahan bersama paha ayam.
Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
Bakar sehingga masak atau kekuningan.
Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili Bangala pangang dan sos cili.
INFO CHEF: Jika ingin segera dipanggang atau bakar, boleh kelar-kelar paha ayam supaya bahan perapan cepat sebati dengan daging.
SAVOURY MARINATED STEAK
BAHAN-BAHAN PERAP :
180gm Striploin beef
1 sudu makan herba campur
½ sudu makan paprika
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Perapkan selama lima minit
BAHAN SOS SAVOURY
Ads
3 sudu makan sos BBQ
1 sudu makan serbuk lada hitam
*campur kedua-dua bahan, kacau hingga sebati
CARA MEMASAK :
Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
Setelah masak, hidangkan dengan sos dan hiaskan dengan kentang panggang, cili Bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.
Langgan Rasa
INFO CHEF:Jika suka boleh juga ditambahkan dengan jagung rebus dankentang putar. Ikut selera anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Dalam banyak-banyak resipi yang ada, rasanya resipi perkongsian saudari Nurul Shuhadah Dzaki ni yang paling sempoi dan ringkas. Mana tidaknya, hanya guna 1 bahan asas dan 2 bahan je untuk perap. Sesuai sangat untuk anda yang nak makan ayam bakar versi mudah dan cepat. Kalau pergi berkelah dan buat bbq, resipi ni memang terbaik sebab tak perlu susah nak sedia banyak bahan. Puan-puan boleh cuba.
AYAM BAKAR 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
2 paket pes nasi goreng kampung
1 paket pes tomyam
CARA MEMASAK:
1. Ayam dipotong ikut saiz yang disukai. Jika isinya tebal, kelar sedikit, basuh dan toskan airnya.
2. Satukan kesemua pes dan gaul rata. Kemudian lumurkan pada ayam hingga rata.
3. Perap ayam selama 2 jam atau lebih untuk rasa yang lebih enak.
4. Bakar atau panggang hingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati. Jika ayam besar atau nak masak lebih, hanya gandakan sahaja kuantiti bahan.
Kari ayam atau daging stail utara yang mak kita masak memang lain rasanya. Memang cukup pekat, penuh rasa rempah dan sedang elok saja rasanya. Cuma bila kita cuba buat sendiri selalu tak menjadi.
Sebenarnya nak masak kari yang sedap ini ada caranya terutama ketika menumis rempah. Dikongsi oleh Puan Fauziah Samad di blognya, www.dapurkakjee.com, panduan ini boleh kita gunakan untuk masak kari agar lebih umphh macam mak-mak kita masak.
Petua masak kari ayam atau daging stail utara yang sedap
Entri ni bukan nak bagi resipi tapi untuk turunkan sikit petua masak kari yang sedap. Kak Jee baru tahu cara masak kari yang sebenar kira-kira 13 tahun lalu.
Kerana mulut Kak Jee yang macam murai cabut ekor peramah, satu hari berkenalan lah dengan sepasang suami isteri dari Pulau Pinang yang pandai memasak di sebuah gerai makan. Ini tip yang dikongsi oleh mereka;
Kalau nak masak kari, rempahnya mesti cukup garing atau cukup masak. Tapi jangan biarkan hangus.
Nak tumis rempah tak perlu bancuh dengan air. Lepas tumis bawang bersama bahan-bahan lain, masukkan rempah kering dan goreng pantas selama 1 atau dua minit. Kemudian masukkan air. Tak boleh banyak sampai banjir. Tapi cukup untuk jadikan rempah itu cair sedikit. Kemudian perlahankan api hingga rempah terbit minyak.
Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari ataupun kentang. Kemudian masukkan ayam atau daging. Biar ayam atau daging kecut baru tambah lagi air.
Apabila dah masuk air dan santan kalau guna (ada bubuh susu segar), perlahan api dan biarkan lauk kari itu reneh. Kemudian apabila kentang dah empuk, masukkan asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa.”
Masa tumis rempah amat penting. Kena sabar dan jaga api betul-betul. Biar rempah digoreng sempurna kalau mahukan rasa kari yang sedap. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.”
Sejak itu, Kak Jee ikut sebijik-sebijik arahan ini. Malah masa Kak Jee meniaga Roti Jala dulu, kari ayam kami sangat disukai pelanggan. Mereka kata kari Kak Jee tak ada bau rempah mentah.
Ayam masak ungkep ini adalah resipi masyarakat Jawa yang popular. Boleh hidangkan ketika berbuka puasa. Memang sangat sedap dimakan dengan nasi panas. Ungkep ni macam masak lemak tapi kuahnya pekat. Kalau tak pandai masak, memang akan jadi macam masak lemak je. Ni RASA kongsikan resipi supaya hidangan ni kekal sepanjang zaman.
AYAM MASAK UNGKEP
BAHAN-BAHAN
Minyak masak menumis
1 batang serai (diketuk)
1 kg ayam (potong 10-12)
2 cawan air
2 keping asam keping
BAHAN KISAR
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
15 biji cili padi
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
CARA MEMBUAT
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis serai sampai naik bau. Kemudian masukkan Bahan Kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut dan masak.
3. Tambah air sedikit demi sedikit. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan asam keping. Masak sehingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih,tak perlu masak sampai kering.
5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.