Akok homemade adalah antara kuih tradisional yang sangat popular terutama sekali di bulan Ramadan. Rasanya yang lemak-lemak manis memang buat ramai yang rindu suasana berbuka puasa di kampung. Biasanya, kuih ini dibakar menggunakan arang supaya dapat aroma asli tradisional, tetapi kali ini ada cara mudah untuk mencuba resipi akok homemade tanpa guna arang. Hanya guna sandwic maker sahaja!
Bahan-Bahan Resipi Akok Homemade
Untuk menyediakan akok homemade yang lembut dan manis, anda hanya perlukan bahan-bahan mudah yang biasanya memang ada di dapur.
Air gula yang telah disejukkan (1 cawan air dimasak bersama gula pasir, gula merah dan daun pandan – sukatan gula ikut kemanisan masing-masing)
2 sudu makan minyak masak
5 biji telur
Sedikit perisa pandan
Secubit garam
1/2 kotak kecil santan
3 sudu makan tepung gandum
Cara-Cara Membuat Akok Homemade Guna Sandwic Maker
Berikut langkah-langkah mudah untuk menghasilkan akok homemade yang gebu, lemak manis dan cantik keemasan walaupun hanya menggunakan sandwic maker di rumah.
Langkah 1: Kisar bahan utama
Satukan telur, perisa pandan, garam, santan dan tepung gandum ke dalam pengisar. Kisar selama lebih kurang 2 minit sehingga adunan sebati dan halus.
Langkah 2: Masukkan minyak masak
Selepas dikisar, tambahkan minyak masak ke dalam adunan untuk memastikan akok nanti mendapat warna kuning keemasan dan tekstur yang lembut di dalam.
Langkah 3: Tambahkan air gula
Seterusnya, tuangkan air gula yang telah disejukkan ke dalam adunan dan kisar sekejap sahaja untuk sekatakan rasa manis dan aroma pandan yang wangi.
Langkah 4: Bakar dalam sandwic maker
Panaskan mesin pembakar sandwic. Bila cukup panas, tuang adunan akok homemade secukupnya ke dalam acuan dan tutup penutup mesin. Bakar sehingga akok masak dan bertukar menjadi warna kuning keemasan di luar tetapi masih lembut di dalam.
Tip Tambahan Untuk Akok Homemade Sempurna
Gunakan santan segar untuk rasa yang lebih lemak dan tekstur yang gebu.
Kalau suka aroma klasik, boleh tambahkan sedikit daun pandan kisar ke dalam adunan.
Untuk hasil yang lebih cantik, sapu sedikit minyak pada acuan sandwic sebelum tuang adunan.
Jangan bakar terlalu lama supaya akok tidak menjadi keras.
Kenapa Resipi Akok Homemade Ini Wajib Cuba
Resipi ini sangat sesuai untuk anda yang ingin rasa nostalgia kuih tradisional tanpa perlu bersusah payah. Dengan hanya beberapa bahan dan bantuan sandwic maker, anda boleh hasilkan akok homemade yang sedap, manis lemak, dan wangi – seakan sama seperti versi tradisional bakar arang.
Cucur Udang 3 bahan ni memang best! Jika menu tak cukup bahan, kurang berselera dibuatnya. Tak berapa sedap.
Biasanya nak buat Cucur Udang ni, nak kena ada bawang, kucai, tauge, lobak merah yang perlu dicampur dalam adunan tepung. Banyak juga kan bahannya? Udang pun kena ada.
Menerusi perkongsian saudari Chinta Eyja, beliau kongsikan resipi Cucur Udang yang sangat mudah. Hanya guna 3 bahan sahaja. Kalau pergi berkelah atau ‘camping’ pun boleh masak menu ni sebab tak guna banyak bahan. Sampai suami beliau pujilah. 5 bintang katany. Wah… Tentu sedap. Jom cuba!
RESIPI CUCUR UDANG SEDAP & MUDAH, BUAT HANYA GUNA 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Tepung Cucur Udang segera – beli online disini
Udang – bersihkan
1 tangkai daun bawang
CARA MEMASAK:
1.Satukan tepung cucur dan hirisan daun bawang dalam bekas bersesuaian. Adun dengan air ikut sukatan.
2. Panaskan senduk dalam minyak supaya bancuhan tepung tidak melekat.
3.Masukkan sedikit bancuhan tepung dan 1ekor udang.
4. Rendamkan dalam minyak yang telah panas.
5. Bila cucur kelihatan masak di bahagian bawah, cungkil cucur pakai pisau untuk memastikan adunan tidak melekat.
6.Terbalikkan dan goreng lagi hingga masak sepenuhnya dan garing.
7. Angkat cucur dan toskan minyaknya. Ulang proses masak cucur yang lain sampai adunan habis.
8.Ambil cucur dan potong 4. Cucur Udang 3 bahan siap untuk dinikmati bersama sos atau kuah kacang.
Pernah makan Nugget Pisang Berkeju? Mesti ramai yang belum rasakan, dan ramai yang rasa macam pelik. Tapi kalau korang nak tau, nugget pisang ni sedap yang amat dan sangat mudah dibuat. Kalau rajin boleh buat lebih dan frozenkan. NUGGET PISANG BERKEJU
CARA MEMASAK: 1. Lenyekkan pisang hingga lumat. Ketepikan 2. Dalam mangkuk adunan campurkan telur, susu pekat manis, gula dan secubit garam. 3. Kacau rata, kemudian tambahkan esen vanilla, kacau lagi. 4. Masukkan pisang yang telah dilenyek, kacau. 5. Tambahkan keju dan kacau rata. 6. Diikuti tepung sedikit demi sedikit hingga mendapat tekstur yang diingini. 7. Masukkan dalam loyang, kemudian kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan. 8. Kukus lebih kurang 20 minit, kemudian tutup api dan sejukkan. 9. Setelah sejuk potong seperti bentuk nugget. 10. Bancuh tepung jagung sedikit cair. 11. Panaskan minyak dalam kuali. 12. Celupkan nugget dalam bancuh tepung jagung tadi kemudian gaulkan dalam bekas serbuk roti.
Dah lama tak minum petang. Maklumlah, sebulan berpuasa kan. Bagi anda yang teringin sangat nak makan Cokodok Pisang yang sedap, ni ada resipi mudah yang boleh dicuba. Pasti puas hati.
COKODOK PISANG TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. 2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli. 3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam. 4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Rahsia Sup Ayam yang ringkas, segar dan sedap sepanjang masa. Ketahui cara memasak sup ayam dengan rasa seimbang, beraroma dan penuh khasiat untuk hidangan keluarga.