Bagi penggemar Carrot cake @ Kek Lobak Merah pastinya akan suka dengan resipi yang dikongsi oleh saudari Surina Abadi ni. Sangat mudah malah bahan-bahannya juga senang nak disediakan. Sukat cawan dan sudu je. Kalau beli, sekeping sudah berbelas ringgit. Jom buat sendiri. Memang boleh makan puas-puas. Rasa pun sedap tau. Selamat mencuba!
RESIPI CARROT CAKE / KEK LOBAK MERAH CHEESE
BAHAN A:
4 biji telur
1 cawan brown sugar / gula perang – beli online disini
1 sudu makan ovallete – beli online disini
1 cawan minyak
BAHAN B:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu kecil soda bicarbonate – beli online disini
1 sudu kecil baking powder – beli online disini
1 sudu kecil serbuk kayu manis – beli online disini
BAHAN C:
Kacang walnut – bakar sekejap dan tumbuk kasar – beli online disini
2 cawan parutan lobak merah
Kacang gajus bakar secukupnya – beli online disini
BAHAN HIASAN:
250gm krim keju
1/2 cawan susu pekat manis – beli online disini
1/2 buku mentega @ buttercup – beli online disini
2 sudu makan gula icing – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Untuk bahan A, satukan telur, gula perang dan ovalette. Pukul hingga kembang. Kemudian masukkan minyak. Pukul lagi hingga sebati.
2. Ayak dulu Bahan B. Kemudian campurkan bahan B ke dalam bahan A. Pukul seketika.
3. Masukkan walnut, lobak merah dan kacang gajus. Gaul hingga sebati dan tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan mentega.
4. Bakar kek pada suhu 160C selama 1 jam 20 minit atau sehingga kek masak menggunakan api atas bawah.
5. Bila kek telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dihias dengan krim keju.
6. Untuk menyediakan krim hiasan, satukan semua bahan dan pukul hingga kembang. Hias pada kek setelah kek sejuk sepenuhnya.
Kredit resipi & foto: Surina Abadi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Viral Di Tiktok Resipi Nasi Daging Guna Lauk Dalam Tin. Sedap Rupanya!
Sup Bebola Tepung Pulut. Inti Penuh & Sedap Makan Dengan Minyak Cili
Tambah Sedikit Soda. Petua Buat Cucur Manis Jadi Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dijamin Bersih & Halal, Buat Sendiri Sawi Jeruk Hanya Guna 5 Bahan
Anda suka makan sawi jeruk ni? Biasanya untuk menikmati hidangan ni, anda terpaksa belinya di pasar. Kadang kala ragu juga mengenai status halal sawi jeruk ini, tahap kebersihan dan proses pembuatannya. Kini, anda boleh hasilkan sawi jeruk secara homemade. Buat sendiri tentunya lebih bersih dan diyakini halal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ija Honey ni. Pasti sedap.
RESIPI SAWI JERUK HOMEMADE YANG DIYAKINI HALAL GUNA 5 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1kg sawi (Kai Choy)
Garam kasar secukupnya – beli online disini
CARA-CARA:
1.Potong sawi dan rendam sekejap untuk buang kotoran yang melekat pada sayur. Basuh dan toskan.
2. Lumur garam kasar pada seluruh kelopak sawi.
3. Bila semua kelopak sudah dilumur, letak sawi dalam bekas besar. Perap selama 4 jam.
4. Selepas 4 jam, basuh sawi dengan air bersih untuk membuang lebihan sisa garam kasar. Keringkan.
BAHAN AIR RENDAMAN / AIR PERAPAN:
3 liter air
500gm garam
3 sudu makan tepung beras – beli online disini
Serbuk kunyit – beli online disini
CARA MENJERUK:
1. Masak air dan garam. Bila air telah mendidih, tutup api dan sejukkan.
2. Bila air garam telah sejuk, masukkan kunyit serbuk dan tepung beras. Kacau hingga larut.
3. Ambil sawi yang telah dikeringkan tadi. Rendam dalam air perapan.
4. Perap selama seminggu dan jadilah sawi jeruk. Bolehlah digunakan dalam masakan.
Kredit resipi & foto: Ija Honey
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Insta Famous Wan Zura Kongsikan 8 Jenis Puding Sebagai Pemanis Untuk Open House!
Suasana perayaan yang masih lagi terasa, tentu ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan rumah terbuka bagi mengeratkan silaturahim. Tidak kira sama ada menggunakan khidmat katering mahu pun masak sendiri, namun pasti tuan rumah ingin menyediakan hidangan lengkap untuk santapan para tetamu yang berkunjung. Jadi, sudah pasti hidangan tidak lengkap tanpa pemanis mulut. Terdapat pelbagai jenis pemanis mulut termasuklah aneka puding yang bukan sahaja cantik dipandang, bahkan sedap dimakan. 10 jenis puding yang mungkin boleh anda pertimbangkan sebagai sajian di majlis rumah terbuka anda nanti.
1. PUDING SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan sagu | direndam 1/2 jam
- 4 cawan air | tambah air bila perlu
- 2 helai daun pandan
- Pewarna pilihan
CARA MEMASAK:
- Bersihkan sagu, masak dengan air mendidih sentiasa kacau hingga sagu kembang dan jernih dan tiada sagu putih.
- Jirus dengan air paip, buang kanji. Sagu tadi di bahagikan kepada 2 bekas, tambah pewarna ikut suka dan biarkan sejuk.
KUAH:
- 2 tin susu cair
- Daun pandan
CARA MEMASAK:
- Panaskan susu cair dan daun pandan biarkan sebentar, tutup api
INFO: Atau jika guna santan masukkan sedikit garam dan daun pandan. Panaskan sebentar jika suka.
AIR GULA MELAKA:
- 1 ketul gula melaka | potong kecil
- 1/4 cawan gula merah
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Masak sampai agak pekat
- Campur sagu, air gula melaka, susu cair dan sejukkan sebelum dimakan.
2. AGAR-AGAR SIRAP LAICI
BAHAN-BAHAN:
- 20gm agar2 tali | cuci dan toskan
- 5 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 tin laici
- 2 cawan air tin laici | tak cukupboleh tambah air
- 2-3 sudu besar biji selasih | rendam dahulu dengan air panas
- Secubit garam
- Sirap ros
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau sehingga larut.
- Masukkan air laici tadi dalam periuk agar-agar dan kacau serata. Letakkan sedikit garam dan masak hingga mendidih. Tutup api.
- Acuan biru, susunkan laici setiap lekuk dalam acuan dan tuang agar-agar hingga paras laici atau lebih. Jika ada ruang bahagian laici yang kosong taburkan sedikit biji selasih dan biarkan sederhana beku.
- Lebihan agar-agar warnakan dengan sirap rose. Masukkan lebihan selasih tadi dan kacau rata.
- Agak-agak jika sudah sederhana beku agar-agar tadi, boleh tuang perlahan-lahan agar-agar sirap rose kesemuanya dn biarkan beku. Simpan dalam peti sejuk.
- Selepas 4-5 jam boleh keluarka. Enak dan sedap di makan sejuk.
3. PUDING KACA
BAHAN A:
- 20gm agar agar tali | potong 2 dan guna separuh
- 2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 tin susu cair
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata.
- Masukkan susu cair, secubit garam dan kacau hingga sebati. Biarkan sebentar Sudah mendidih, tutup api.
- Bahagikan 3-4 bekas adunan agar-agar. Warnakan ikut suka dan biarkan beku/keras. Masuk dalam peti sejuk.
BAHAN B:
- Separuh agar2 tadi
- 4 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1-2 helai daun pandan | simpulkan
- Sedikit gula batu
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian masukkan gula dan gula batu, kacau hingga sebati.
- Masukkan daun pandan dan secubit garam hingga serata dan tutup api.
- Agar-agar di dalam peti sejuk tadi dikeluarkan. Potong dadu kecil-kecil dan susun/tabur dalam loyang kesemuanya.
- Tuang agar-agar yang dimasak tadi di atasnya perlahan-lahan. Biarkan beku dan simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
- Keluarkan puding itu dari loyang. Boleh potong ikut suka dan sedia untuk dihidang.
4. PUDING KACANG MERAH
BAHAN A:
- Separuh agar-agar tali yang 20gm
- 2 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula | nak manis tambah lagi gula
- 2 sudu besar tepung jagung | bancuh dahulu dengan sedikit air
- 1/2 cawan santan kotak dan 1/2 cawan air | Jadikan 1 cawan santan
- 2 helai daun pandan | simpulkan
- Secubit garam
- 1 tin kacang merah | tuang dalam penapis, lalukan bawah air paip. Tos dan asingkan.
- 1 cawan kacang merah
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar bersama air hingga larut dan masukkan gula. Kemudian masukkan daun pandan, kacau sekata gula dan perlahankan api.
- Lebihan kacang merah di susun rata dalam acuan, tuang sesenduk/lebih agar-agar yang di masak tadi ke atas kacang merah, biarkan sederhana beku.
- Besarkan semula api. Lebihan agar-agar di dalam periuk campur dengan santan dan kacau sekata. Masukkan tepung jagung dan secubit garam, kacau tetapi jangan sampai mendidih, tuang santan atas agar-agar kacang merah tadi dan biarkan sederhana beku.
BAHAN B:
- Separuh agar-agar tali tadi
- 3 cawan air
- 1/2 cawan gula |nak manis tambah lagi gula.
- 1 cawan kacang merah
- 1/2 cawan santan kotak dan 1/2 cawan air | jadikan 1 cawan santan
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 helai daun pandan | simpulkan
- Secubit garam
- Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK:
- Kisar kacang merah, santan dan tepung jagung/kastard hingga hancur halus.
- Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula dan daun pandan. Kacau rata.
- Tuang bahan kisar dalam periuk dan kacau lagi sehingga sebati. Masukkan secubit garam, kemudian pewarna merah dan kacau serata. Agak-agak nak mendidih, tutup api.
- Tuang agar-agar kacang merah atas santan tadi dan biarkan beku/sejuk. Simpan dalam peti sejuk.
- Boleh keluarkan puding tadi dari acuan dan boleh di hidang. Pastikan puding ini di makan ketika masih sejuk.
5. PUDING SANTAN PELANGI
BAHAN-BAHAN:
- 20g agar2 tali | rendam 1 jam lebih
- 1 cawan gula | boleh tambah jika suka manis
- 1 cawan santan pekat/santan kotak
- 5 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Sedikit gula batu
- Sedikit garam
- Pewarna kesukaan
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar dengan lima cawan air hingga larut.
- Masukkan gula, gula batu dan daun pandan. Masak sehingga gula larut. Tutup api.
- Bahagi 2 periuk:
- Periuk pertama, agar-agar kosong 3 1/2 cawan.
- Periuk kedua, agar-agar kosong 2 1/2 dan 1 cawan pekat
- Periuk kedua, masak sebentar di atas api. Jangan terlalu lama untuk menggelakkan santan berketul.
- Basahkan loyang/acuan.. Ambil dalam dua senduk agar-agar kosong. Warnakan dan tuang ke dalam loyang.
- Nampak sudah sedikit keras agar-agar tadi, tuangkan pula dua senduk agar-agar bersantan. Buat berselang-seli hingga habis. Jangan lupa setiap layer agar-agar kosong warnakan dengan pewarna kesukaan.
- Boleh sejukkan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam keatas, boleh di potong.Sedia untuk dimakan.
INFO: Buat setiap layer nipis dan guna loyang kecil. Jika ingin tebal, tuang lebih atau agar-agar ini boleh di buat 2 adunan. Satu masak untuk agar-agar kosong dan satu lagi agar-agar bersantan. Kena tambah apa yang patut.
6. PUDING ROTI CERIA
BAHAN A:
- 20gm agar-agar bertali
- 5 cawan air
- 1 cawan gula
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar bersama air hingga larut.
- Masukkan gula dan kacau sehingga rata.
BAHAN B:
- 8 keping roti massimo/gardenia | Gunting kecil2
- 1 tin susu cair
- 1 biji telur
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 2 sudu besar butter | Cairkan dulu atas api perlahan
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Pewarna
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan di atas kecuali pewarna hingga hancur halus.
- Tuang dalam periuk agar-agar tadi dan kacau sehingga sebati. Sentiasa kacau sehingga mendidih (elak ianya berketul) dan tutup api
- Ambil 3 cawan puding tadi dan tuang di dalam loyang yang telah dibasah dengan air. Bekukan seketika.
- Asingkan lagi 3 cawan adunan puding ke dalam bekas dan ketepikan.
- Lebihan adunan bahagikan pada 5 bekas sama banyak. Warnakan ikut suka.
- Tuang adunan berwarna guna sudu satu-satu atas puding tadi sehingga habis (letak/susun adunan warna cara memanjang berselang seli. Bertindan-tindan sehingga habis)
7. PUDING OREO
BAHAN-BAHAN:
- Agar-agar serbuk 10gm
- 1/2 cawan air
- 1 1/4 cawan susu cair
- 3 cawan susu segar
- 3/4 cawan gula
- 15 biji oreo | 10 biji dikisar kering, 5 biji di patah kasar dan buang intinya
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar serbuk dengan air, susu cair, susu segar, gula dan garam hingga mendidih.
- Tuang separuh adunan agar-agar ke dalam serbuk oreo yang telah dikisar dan kacau hingga sebati.
- Masukkan ke dalam acuan/loyang, biarkan beku. Kemudian cakarkan sedikit adunan dengan garfu.
- Lapiskan dengan sebahagian lagi agar-agar yang bersusu.
- Tabur baki oreo yang dipatahkan dan sedia di sejukkan.
8. PUDING SELASIH
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 1/2 peket serbuk agar2 | 10g – 11g
- 1 tin susu cair
- 1 cawan air
- 1/2 cawan gula | boleh tambah gula jika suka manis
- Secubit garam halus
CARA MEMASAK:
- Masak air dan masukkan serbuk agar-agar dan gula, masak hingga larut gula.
- Tuang susu cair dan kemudian masukkan garam secubit. Kacau sebati.
- Masak hingga mendidih kemudia tutup api. Tapis dan tuang ke dalam loyang atau acuan yang di basahkan dengan air.
- Biarkan ia mengeras.
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 1/2 peket serbuk agar-agar | 10g – 11g yang berbaki tadi
- 3 cawan air
- 3/4 cawan gula |Boleh kurangkan sedikit gula
- 3 sudu besar biji selasih
- 2 sudu besar pati sirap ros | Nak warna pekat lagi boleh tambah
- 4 helai daun pandan | Simpulkan
- Secubit garam halus
CARA MEMASAK:
- Sebelum itu rendam biji selasih selama 2 jam lebih (bagi ia kembang)
- Didihkan air, masukkan serbuk agar-agar dan gula hingga larut. Tuang pati sirap ros. Kacau rata dan masukkan daun pandan dan secubit garam.
- Biarkan mendidih seketika. Tutup api, tapis adunan dan tuang dalam bekas biji selasih. Kacau sebati
- Sebelum tuang, cakar-cakarkan dulu permukaan agar-agar tadi. Baru tuang agar-agar selasih di atasnya.Biarkan mengeras dan sejukkan dalam peti sejuk dalam 2 jam lebih.
- Sedia di potong dan di hidangkan.
9. PUDING TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
- 20gm agar-agar bertali | Cuci dan rendam dalam 1 jam
- 5 cawan air
- 1 cawan gula | boleh tambah lagi 1/4 cawan gula jika suka manis
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 cawan tembikai | Potong dadu kecil, sukat 2 cawan
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna hijau
- 1 – 2 sudu kecil pewarna merah oil base
- Sedikit bijan hitam
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar bersama dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau rata.
- Masukkan susu cair, kemudian masukkan tepung kastard. Kacau rata sehingga sebati, masukkan secubit garam.
- Kisar tembikai dengan 1/2 cawan adunan agar-agar yang dimasak sehingga hancur.
- Ambil 1 cawan adunan agar-agar warnakan hijau tuang dalam loyang/acuan. Biarkan beku seketika.
- Ambil lagi 1 cawan adunan agar-agar tuang di atas agar-agar hijau tadi. Biarkan adunan beku seketika.
- Tembikai yang telah di kisar kemudiannya di tuang ke dalam periuk agar-agar. Warnakan merah dan besarkan api semula. Kacau rata sehingga agar-agar itu mendidih. Tutup api.
- Terus tuang perlahan-lahan agar-agar tembikai di atas agar-agar sehingga habis. Biarkan beku/sejuk.
- Masukkan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam barulah dipotong ikut suka. Sedia untuk dimakan.
10. AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 20gm agar-agar bertali.. | Boleh juga guna serbuk agar-agar 10gm @ 11gm
- 5 cawan air
- 1 cawan gula | Nak manis boleh tambah 1/4 cawan gula
- 1 kotak santan kara 200ml dan 1 cawan air | 2 cawan santan
- 1 biji telur
- 3 helai daun pandan | Simpulkan
- 1 sudu kecil pewarna hijau epal
- Sedikit esen vanilla | jika suka
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata, kemudian masukkan daun pandan serta pewarna hijau, kacau biar sekata.
- Pecahkan telur di dalam santan, kacau sebati (gunakan whisk)
- Tuang dalam periuk agar-agar tadi dan kacau. Masukkan sedikit esen vanilla serta sedikit garam, kacau seketika. Biarkan agar-agar ini mendidih dan membuak hingga kepermukaan periuk. Jangan usik dan tutup api. Keluarkan daun pandan.
- Tuang terus dalam loyang bulat 10 inci atau ikut acuan masing-masing.
- Biarkan sejuk, dengan sendirinya akan adunan akan terbentuk lapisan sama (atau selepas tuang adunan dalam loyang. Cuba gerak-gerakkan loyang kiri kanan seketika supaya agar-agar akan lebih mudah terbentuk dan lapisan akan sama besar.
- Simpan di dalam peti sejuk, potong dan boleh dihidangkan.
Kongsi resipi: Terima kasih WAN ZURA AISHAH @wanzura
Resipi Biskut Snow Almond Mudah Buat Untuk Raya
Sedapnya Biskut Snow Almond ni. Anda dah mula tercari-cari resipi bisktu raya? Maklumlah, Hari Raya Aidilfitri pun bakal menjelang tiba. Salah satu biskut popular yang boleh dicuba adalah Biskut Snow Almond perkongsian saudari Puan Eha. Mudah buat dan rasanya sedap. Selamat mencuba!
RESIPI BISKUT SNOW ALMOND MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
125gm buttercup / marjerin – beli online disini
60gm gula halus – beli online disini
1 biji kuning telur
Segenggam badam nips – beli online disini
BAHAN A:
65gm susu tepung – beli online disini
60gm tepung jagung – beli online disini
60gm tepung kastard – beli online disini
110gm tepung gandum cap rose – beli online disini
1 sudu teh emplex (sejenis bahan untuk merangupkan biskut) – beli online disini
BAHAN HIASAN:
Serbuk roti putih secukupnya – beli online disini
200gm coklat masakan – beli online disini
2 sudu makan cocoa butter – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan A. Gaul sekata. Ketepikan.
2. Dalam bekas adunan, kacau buttercup, gula dan telur hingga sebati. Masukkan badam nips. Gaul lagi hingga sekata.
3. Masukkan campuran tepung ( bahan A) sedikit demi sedikit. Adun hingga jadi doh.
4. Leperkan doh dan potong petak. Susun dalam dulang pembakar yang telah dialas @ dioles dengan marjerin.
5. Bakar biskut pada suhu 170C selama 25 minit. Bila masak, sejukkan terlebih dahulu.
6. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boil. Tambahkan cocoa butter. Kacau sebati.
7. Ambil biskut yang telah disejukkan tadi, celupkan dalam coklat dan salutkan dengan serbuk roti. Biarkan ‘set’ seketika.
8. Simpan biskut dalam balang kedap udara.
Kredit resipi & foto: Puan Eha
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official