
Jangan tak percaya. Anda boleh hasilkan ikan tenggiri jeruk ni secara homemade. Biasanya beli je kan? Menerusi perkongsian Puan Suri Abdullah, anda bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, jimat dan anda pun boleh berniaga. Ikan ni memang sedap. Goreng makan dengan nasi memang layan. Malah, kalau nak masak Kailan Ikan Masin atau Nasi Goreng Ikan Masin pun boleh. Jom lihat cara-caranya.
CARA BUAT IKAN TENGGIRI JERUK
- Ikan tenggiri – dibersihkan dan dipotong kecil
- Cuka makan
- Garam kasar
- Asam keping
- Minyak masak
CARA-CARA:
1. Bersihkan ikan tenggiri. Kemudian keringkan di bawah cahaya panas terik matahari selama 2 jam.
2. Ambil ikan, celupkan dalam bekas berisi cuka. Kemudian letak dalam bekas. Susun jadikan 1 lapisan.
3. Taburkan garam kasar diatas ikan hingga rata. Selitkan kepingan asam keping.
4. Kemudian celup lagi ikan dalam cuka dan susun menjadi lapisan kedua diikuti taburan garam dan asam keping. Ulang langkah hingga ikan habis.
5. Tutup penutup bekas berisi ikan dan balut dengan kain berwarna gelap. Simpan pada suhu bilik selama seminggu.
6. Setelah cukup 7 hari, keluarkan ikan dari bekas dan buang airnya.
7. Letak ikan dalam bekas bersih dan tuang minyak masak. Dah siap!
8. Sedia dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Kredit resipi & foto: Suri Abdullah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Menu Singgang Paling Simple, Sedap & Mudah.

Masak singgang antara menu yang sangat sinonim dengan masyarakat nusantara. Cuma nama dan bahan digunakan sedikit berbeza tapi rasa hampir sama. Di Malaysia sendiri ada bermacam versi singgang, apa yang penting ia kena dengan selera anda. Berikut dikongsikan dua jenis singgang, satu singgang ikan dan satu singgang sotong.
IKAN KEMBUNG SINGGANG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan kembung | bersihkan dan tos.
3 biji kacang bendi | buang pangkal dan hujungnya
2 batang serai | titik
5 biji cili padi | hiris
3 tangkai daun kesum
3-4 hirisan lengkuas | titik
4-5 keping hirisan kunyit hidup
3 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
8 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama air secukupnya.
- Renehkan atas api sederhana.
- Setelah mereneh, masukkan asam gelugor, hirisan cili, serai dan lengkuas titik.
- Seterusnya masukkan pula ikan.
- Apabila ikan masak,masukkan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Sebelum tutup api, masukkan kacang bendi, seketika kemudian tutup api.
- Ikan Kembung Singgang Kunyit sedia dihidangkan.
INFO: Anda boleh pelbagaikan isian ikan, tidak semestinya ikan kembung.
SOTONG SINGGANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | buang kulit ari dan dakwatnya
3 batang serai | titik
3 keping asam gelugor
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 biji tomato | belah 4 jika suka
1 biji cili merah | hiris serong besar
1 biji cili hijau | hiris serong besar
10 biji cili padi | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Toskan sotong yang telah dibersihkan.
- Masukkan air dalam periuk bersama bahan hirisan dan titik.
- Setelah mereneh masukkan asam gelugor dan jus limau nipis.
- Seterusnya masukkan sotong, jangan terlalu. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api dan Sotong Singgang sedia dihidangkan.
Cara Masak Sambal Sardin Terpaling Senang & Sedap, Guna Serbuk Cili Saja

Isi Kandungan
ToggleBila musim hujan, hidangan sardin cukup sinonim. Makin sedap bila dimakan bersama nasi panas dan kicap. Malah hidangan ini juga selalu jadi pilihan buat keluarga yang terlibat dengan banjir. Mudah dan sedap disediakan. Bahan cuma sardin bawang dan cili kisar saja pun dah cukup.
Tapi sebenarnya ada lagi cara terpaling ringkas untuk masak sardin ini, tak perlu guna bawang atau cili kisar pun. Caranya dikongsi oleh Zurina Zulkefli.
Menurut beliau selain cili kisar, boleh saja gantikannya dengan serbuk cili. Bawang pula hanya perlu dihiris saja.
Cara masak sambal sardin terpaling senang guna serbuk cili
Hari ini saya masak lauk sambal sardin. Mana-mana ikan dalam tin je panggil sardin. Teringat suasana mengharungi banjir besar di Kuantan, Pahang sewaktu ketika dahulu.
Saya sekeluarga bersama beberapa jiran ditempatkan di rumah tumpangan, jadi hari pertama tu memang masak sardin je la.
Takde cili kering apatah lagi blender, jadi saya guna serbuk cili babas je untuk menumis. Pertama kali cuba masak guna serbuk cili waktu banjir ini la, hasilnya memang sedap sangat, makan pula beramai-ramai.
Bahan-bahan
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk cili
Sardin
Serbuk kunyit
Asam keping
Cili Padi
Cara membuat
- Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Cili hijaubiarkan saja untuk digunakan sebagai hiasan.
2. Bancuh serbuk cili dengan air. Pastikan betul-betul sebati ya.
3. Panaskan minyak masak dan tumis hirisan bawang. Kalau ada hirisan halia lagi wangi.
4. Masukkan bancuhan serbuk cili dan 1 sudu serbuk kunyit. Kacau sehingga pecah minyak.
5. Dah pecah minyak, boleh masukkan ikan dari dalam tin. Masukkan sedikit air untuk lembap dan satu keping asam keping. Biar masak lama sikit untuk hilang hanyir ikan. Akhir sekali perasakan dengan garam. Kemudian masuk cili hijau.
Siap, dihidangkan bersama telur dadar dan nasi panas.
Sumber: Zurina Zulkefli
4 Resipi Masakan Budu! Rugi Taw Kalau Tak Cuba!

Wujud tak orang yang takda selera makan kalau takda budu? Mesti wujud kan! Budu ni bukan sahaja terkenal di Pantai Timur, malah restoran-restoran di Kuala Lumpur mahupun di mana-mana sahaja terdapat budu dalam hidangan masakan yang pelbagai. Jom kita cuba resipi-resipi masakan budu ni!
BUDU GORENG
BAHAN-BAHAN
- 6 batang serai**
- 10-12 ulas bawang merah*
- 5-6 ulas bawang putih*
- 2 inci halia**
- 20-30 tangkai cili*
- 4 botol budu
- 8 biji telur
- 4-5 biji asam limau nipis (perah airnya)
- 2 cawan minyak untuk menumis
*Tumbuk lumat serai dan halia dan tumbuk manja bahan-bahan lain yang bertanda (*).
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak. Bila dah betul-betul panas, masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
- Tumis bahan-bahan tadi sehingga betul-betul masak untuk bagi tahan lama.
- Masukkan budu. Tuang semua. Masukkan air. Isi penuh semua botol budu dengan air dan tuang dalam kuali tumis tadi. Langkah ini akan kurangkan rasa masin budu.
- Kacau sehingga mendidih.
- Pecahkan telur dan kacau sehingga nampak telur jadi seperti ‘scramble egg’.
- Jika puan-puan menggunakan perasa tambahan (ajinomoto), boleh masukkannya ketika ini.
- Masak lagi sehingga mendidih dan warnanya menjadi lebih gelap.
- Masukkan air perahan asam limau nipis dan kacau rata.
- Masak sehingga kering dan tutup api.
https://www.facebook.com/100009603845092/videos/1740915692905209/
INFO: Budu goreng boleh disimpan selama seminggu hingga dua minggu pada suhu bilik. Untuk bagi tahan lebih lama, boleh disImpan di dalam peti. Budu goreng sedap dimakan dengan nasi putih panas, berserta dengan lauk lain atau ulam-ulaman.
Nasi putih panas + budu goreng + ikan rebus goreng = perfect!
Kredit Resipi & Foto: Tuan Azlin
MASAK BUDU
BAHAN-BAHAN
- 3 biji kelapa – perah untuk dapatkan pati santan (pekat)
- 1 ikat daun kesum
- 6 helai daun kunyit
- 10 helai daun kaduk
- 100 gm terung pipit
- 2 ikat pucuk ubi
- 20 tangkai cili padi – boleh kurangkan @ tambah
- 2 botol budu
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci kunyit hidup
- 5 batang serai
- 3 keping asam keping – boleh juga digantikan dengan belimbing buluh
CARA PENYEDIAAN
- Bawang besar, bawang putih, kunyit, cili padi dikisar halus.
- Semua daun dihiris-hiris (jangan terlalu halus)
- Serai dihiris tipis-tipis.
- Pucuk ubi yang dah dihiris tadi ramas-ramaskan ia kemudian cuci dan toskannya (nak keluarkan getahnya)
- Pucuk mengkudu pula lepas dihiris masak sekejap untuk mengurangkan kadar kepahitannya. Kemudian tos.
- Masukkan semua bahan yang dihiris tadi, terung, serai, asam keping, santan dan budu dalam periuk, kemudian masak sehingga mendidih dan kuahnya agak pekat tapi kalau nak banyak kuah boleh lebihkan santan cair.
- Bila sudah masak bolehlah diangkat dan dihidang dengan nasi panas.
INFO: Budu tidak perlu diisi hingga habis 2 botol, rasa dulu ya..
Kredit Resipi & Foto: cikNor
BUDU TUMIS
BAHAN-BAHAN
- Bawang merah (kisar)
- Bawang putih (kisar)
- Cili kering (kisar) atau serbuk
- Halia (kisar)
- Serai (ketuk)
- Daun limau purut
- Kunyit hidup (kisar) atau serbuk.
- Santan pekat
- Sedikit budu
- Sedikit garam jika budu kurang masin
- Sedikit gula
- Asam jawa atau keping
CARA PENYEDIAAN
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga pecah minyak, masukkan budu dan sesuaikan rasa.
atau
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan santan, serai, daun limau purut, kemudian didihkan. Masukkan budu serta perasakan dengan garam (jika kurang masin), gula dan asam.
Siap!
Kredit Resipi & Foto: Nanisufi
BENDI CELUR & AIR ASAM BUDU
BAHAN-BAHAN
- 250 gm bendi
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil minyak masak
- Air secukupnya untuk celur bendi
CARA PENYEDIAAN
- Buangkan hujung dan pangkal bendi, cuci dan toskan.
- Didihkan air dan masukkan sedikit garam dan sedikit minyak.
- Celur bendi dalam 5 minit atau agak-agak masak tetapi masih segar.
- Setelah siap, angkat dan toskan. Seeloknya tuang di dalam air sejuk, kemudian toskan. Siap dan bolehlah di hidangkan bersama kuah asam.
BAHAN-BAHAN (SAMBAL AIR ASAM BUDU)
- 20 biji cili padi merah siam
- 2 biji bawang merah
- 1 inci belacan
- Gula secukup rasa
- 1/3 cawan jus asam jawa
- 4 – 5 biji limau kasturi, ambil jusnya
- 1/2 cawan budu
- Hirisan bawang besar (hiasan)
CARA PENYEDIAAN
- Tumbuk cili padi, bawang merah, belacan hingga hancur dan lumat.
- Tuang budu, jus asam jawa dan jus limau kasturi.
- Tambah gula sebagai pengimbang rasa.
- Siap!
Kredit Resipi & Foto: Yatie
Selamat mencuba!