
Makanan bergoreng seperti cucur, keropok, ayam goreng dan sebagainya, memang sedap jika dinikmati bersama sos. Bagi anda yang ada anak-anak yang’hantu’ sos, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade. Maklumlah, bayangkan kalau sebotol sos tu tahan 2-3 hari je. Jenuh juga nak beli kan? Jadi buat sendiri lebih jimat. Selamat mencuba!
SOS CILI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 6-7 ulas bawang puteh *
- 5-6 biji cili merah @ cili besar – buang biji dan potong*
- 5-8 biji cili padi merah*
- 1/3 cawan air
- 3/4 cawan cuka
- 1 cawan gula – nak kurangkan pun boleh
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1/4 cawan air)
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan bertanda (*). Kisar hingga separuh hancur.
- Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
- Kemudian masukkan gula, cuka bersama garam. Masak hingga mendidih. Cuba dan pastikan rasanya seimbang ( manis, masam & masin).
- Tambahkan bancuhan air tepung jagung tadi ke dalam sos. Masak hingga pekat dan berkilat. Padamkan api.
- Sejukkan sos sebelum dimasukkan ke dalam bekas kering dan bertutup rapat.
Kredit resipi & foto: Hafizah Fiza
Cara Mudah Buat Sos Thai Sendiri Di Rumah, Cukup Rasa Menjilat Jari

Nak buat sos Thai sendiri di rumah tapi rasanya sama seperti yang dibeli di kedai?
Boleh cuba resipi mudah daripada Nurul Mansor ini. Rasa sos ini cukup dengan pedas, manis dan masamnya. Memang sedap buat makan dengan lokching.
SOS THAI MUDAH
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili besar* – beli online di sini
1 genggam cili padi merah & hijau* – beli online di sini
6 ulas bawang putih* – beli online di sini
1 cawan gula – beli online di sini
1 cawan cuka – beli online di sini
1 sudu kecil garam – beli online di sini
TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live
TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Kisar bahan bertanda *. Kemudian, masukkan semua ke dalam kuali. Kacau berterusan hingga mendidih. Perlahankan api.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Kemudian, masukkan air bancuhan tepung ubi (dalam 1 sudu). Kacau lagi supaya tepung tidak berketul.
3. Bila semua dah larut dan sebati, matikan api. Siap.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
*tepung ubi 1 sudu je. Air bancuh ikut suka, janji lebur. Jangan masuk serbuk tepung dalam sos. Nanti berketul.
Kredit resipi: Nurul Mansor
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tempoyak Ikan Bilis Dan Petai Buat Bertambah Makan

Siapa tak terliur dengan menu ni. Memang simple tapi memang buat bertambah nak makan. Sesuai dengan musim durian kala ini, durian pula bersepah sana sini. Lebihan durian simpan buat tempoyak. Jadi bolehlah hasilkan menu bikin korang tak keruan ni.
Tempoyak ikan bilis & petai
Bahan-bahan:
*2 ulas bawang putih
*5 ulas bawang merah
*Segenggam cili padi
Ikan bilis
3 sudu makan tempoyak (nak letak sekilo pun boleh.Ikut selera masing-masing
Daun kunyit – hiris(urat tengah daun anyg keras tu dibuang)
Petai
Air
Gula, garam & serbuk perasa
Cara membuat:
1. Tumbuk guna lesung batu semua bahan tanda *.kalau korang malas sila la pakai blender.:
2.Tumis bahan tumbuk/blend sampai garing.
3.Masukkan ikan bilis.Dah sebati baru masukkan tempoyak dan 1 cawan air.
4.Kacau sampai agak-agak masak & pekat.
5.Masukkan gula,garam & serbuk perasa.
6.Agak-agak dah pekat ikut citarasa masing-masing baru masukkan petai & hirisan daun kunyit..nak basah-basah sikit tambah la air sikit. Kacau 3-4 kali terus tutup api.
7.Jangan lama-lama ko mengacau sampai sejam pulak ye,Petai kalau masak sangat rasa dah tak sedap.
8.SIAP!! Boleh melahap dah dengan nasi panas-panas, ikan pekasam @ ikan gelama masin.
Kredit : melatiey Carlsz
5 Jenis Pes Untuk 5 Jenis Lauk Paling Sedap, Yang Ibu-Ibu Suka Masak!


Pes – Masak lemak cili api/sambal tumis/rendang/tom yum/padprik
1. SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN:
- Bawang kecil 10 biji
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Halia 1 inci
- Cili boh 1 senduk besar
- Belacan bakar 2 inci
CARA MEMASAK:
Tumis semua serentak sampai pecah minyak n naik bau.
2. MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
- Serai 1 ikat
- Bawang merah 10 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Halia 1 inci
- Kunyit hidup 2 inci
- 15 biji cili api ( boleh tambah tolak ikut berapa pedas kita nak)
CARA MEMASAK:
Nak tumis dulu boleh, tak tumis pun boleh sebab ada sesetengah tempat masak lemak tak bertumis. Tapi saya tumis.
3. TOM YAM
BAHAN-BAHAN:
- Bawang Merah 10 biji
- Bawang besar 1 biji
- Cili Boh satu senduk besar
- Cili Api 10 biji
- Lengkuas 1 inci
- Serai seikat
- Udang Kering – satu sudu besar
- Daun limau purut 5-6 helai
- Serbuk belacan bakar – satu sudu besar
- Air asam jawa – satu cawan
CARA MEMASAK:
Tumis semua bahan kecuali air asam jawa. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam n gula. 🙂
🙂
4. PADPRIK
BAHAN-BAHAN:
- Bawang besar 1 biji *
- Bawang Putih 3 ulas *
- Cili padi 5 biji *
- Cili Boh satu senduk besar *
- Daun limau purut 4 helai *
- Sos Tiram satu sudu besar
- Sos Tomato satu sudu besar
- Sos Cili satu sudu besar
- Kicap masin/manis agak2
CARA MEMASAK:
Tumis semua yang bertanda * Masukkan bahan2 lain waktu nak guna/masak nanti.
5. RENDANG
BAHAN-BAHAN:
- Bawang besar 5 biji
- Bawang kecil 10 biji
- Bawang putih 6 ulas
- Halia 2 inci
- Lengkuas 2 inci
- Kunyit hidup 2 inci
- 4 ikat serai (lebih kurang 12batang)
- Cili Boh 2 senduk besar
CARA MEMASAK:
Blend & tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau. Waktu nak masak nanti, baru masuk santan, kerisik dan daun kunyit.
Kredit resipi: Rosnita Liza Mohd Noor