
Makanan berasaskan bawang putih dan halia adalah antara yang boleh membantu membuang angin dalam badan. Namun, untuk makan secara mentah terutamanya bawang putih, rasanya kurang enak. Sekali cuba, terasa serik untuk menikmati kali kedua. Jadi bolehlah hasilkan bawang putih goreng rangup atau Garlic Cruchy perkongsian saudari Murni Ja’afar di bawah ni. Sangat ringkas, sedap dan tahan lama. Bawang putih dekat dapur pun tak akan jadi kecut. Jom cuba. Boleh dijadikan kudapan dan snek ringan.
CARA BUAT BAWANG PUTIH RANGUP (GARLIC CRUNCHY)
BAHAN-BAHAN:
- Bawang putih – jumlah ikut sebanyak mana yang anda nak hasilkan
- Air garam ( garam dilarutkan dalam air. Kemasinan ikut citarasa)
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Kupas bawang putih dan basuh bersih. Toskan.
2. Sagat bawang tadi nipis-nipis. Boleh juga dihiris menggunakan pisau.
3. Panaskan minyak dengan banyak dalam kuali.
4. Goreng hirisan bawang putih tadi guna api sederhana. Pastikan pandai mengawal suhu supaya bawang putih tidak berwarna gelap. Nanti rasanya pahit.
5. Sebelum bawang garing, masukkan 1 sudu teh air garam ke dalam minyak gorengan berisi bawang. Gaul rata dan masak hingga garing.
6. Angkat, toskan minyak dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Murni Ja’afar
Nuget Ayam Homemade Untuk Kudapan Anak-Anak. Ada Brokoli! Pastinya Lebih Sedap & Berkhasiat.

Snek ringan nugget homemade pasti menjadi kegemaran anak-anak. Puas hati buat nugget sendiri dengan terjamin dari segi kebersihan dan terhindar dari bahan pengawet.
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping dada ayam | saiz besar
- 1 biji telur
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah besar
- Brokoli secukupnya | dihiris kecil
- Daun ketumbar /daun sup secukupnya | dihiris
- 1 sudu teh lada hitam
- Secubit garam
- 1/2 cawan air masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam pengisar dan kisar hingga halus.
2. Keluarkan dan bentukkan mengikut kreativiti anda.
3. Kukus seketika nugget tadi hingga masak. Sejukkan.
4. Setelah nugget sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk beku dan digoreng pada bila-bila masa.
Kredit: Masz Rita
Hujung Minggu Tak Tau Nak Buat Apa? Meh Ajak Anak-Anak Belajar Buat Kuah Yong Tau Fu

Andai ke pasar malam, Yong Tau Fu ni antara hidangan yang popular. Keenakan hidangan ini terletak pada sosnya yang sedap. Nak cuba buat sendiri? Ini resipi yang anda perlukan.
RESIPI KUAH HITAM YONG TAU FU
BAHAN-BAHAN:
- 11 tangkai cili kering( digoreng dengan minyak sehingga garing)
- 1 ruas kelingking belacan bakar
- 1 sudu teh petis @ otak udang
- 1 keping gula melaka kelantan @ nise
- 2 sudu besar minyak bijan (utk bau harum dan kilatkan kuah)
- 1 sudu teh cuka makan
- Kicap pekat utk warna hitam
- Tepung jagung utk memekatkan.
- Garam & gula secukup rasa.
CARA MEMASAK:
- Cili kering di kisar bersama air dan belacan. Tapiskan cili kisar ke dalam periuk supaya kuah halus dan tak ada biji-biji cili kering.
- Panaskan cili kisar tadi. Masukkan gula melaka, petis udang, minyak bijan, cuka makan serta kicap pekat.
- Bila kuah dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung.( terpulang nak pekat camna ya)
- Akhir sekali imbangkan perasa garam dan gula. Biar ada rasa masin, manis dan juga pedas.
Selamat Mencuba!
Kredit resipi & foto: Lina Bakri
5 Resipi Makanan Ringan Popular Yang Anda Boleh Hasilkan Secara Homemade.

Snek pastinya menjadi kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Terdapat banyak jenis dijual di pasaran. Namun, pengambilan secara berlebihan tidak digalakkan kerana kebanyakan makanan segera sejukbeku yang dijual mengandungi kadar garam, lemak, MSG serta pengawet yang tinggi.
Untuk keluarga tercinta, anda boleh hasilkan makanan-makanan ini secara homemade. Oleh itu anda boleh mengawal kandungan bahan yang digunakan malah hasilnya juga lebih enak. Jom cuba!
1. DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
- 2 ketul dada ayam @ daging
- 2 ketul kentang@carrot
- 2 biji telur
- 1 labu bawang besar
- 1 sudu teh lada hitam
- 1 sudu teh lada putih
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh hilal @ kiup ayam
- 1 sudu teh serbuk soda *
- 3 sudu teh tepung gandum *
- 2 sudu teh tepung ubi.*
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan-bahan kecuali yang bertanda ( * ).
2. Gaul sebati dan masukkan dalam bekas. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan yang bertanda (*).
3. Masukkan adunan ke dalam acuan bulat ( yang biasanya digunakan untuk menggoreng telur ). Lapik di bawah acuan dan kukus 15-20 minit.
4. Setelah masak, sejukkan daging burger dan bolehlah dibakar atau digoreng.
Nota: jika mahu simpan frozen, lapik setiap kepingan daging dengan menggunakan plastik agar ia mudah dikeluarkan dan tidak melekat.
Kredit resipi & foto: Sabariah Hussain / Siti Fadilah Kamis
==================================================================================================
2. SOSEJ AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg isi ayam
- 1 1/2 sudu teh garam
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh thyme
- 1/2 sudu teh oregano
- 1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
- 1 gelas air / stok ayam
* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.
Saiz gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.
2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.
3. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.
4. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.
5. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Siti Zarina Jaidon
===================================================================================================
3. CHEESY BALL
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji ubi kentang
- 1 blok keju mozarella | dipotong kiub
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan minyak masak
- 3 biji telur | dipukul
CARA MEMASAK:
1. Kupas ubi kentang dan rebus. Setelah empuk, lenyekkan hingga hancur. Letak sedikit garam jika perlu.
2. Kemudian masukkan minyak dan tepung gandum. Uli. Jika terlalu lembik, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
3. Cubit adunan tepung tadi dan leperkan. Kemudian isikan dengan keju.
4. Bulatkan adunan sebegini.
5. Celup bebola ke dalam bancuhan telur.
6. Kemudian golekkan di dalam bekas beriswi serbuk roti hingga rata.
7. Celup sekali lagi dalam adunan telur.
8. Salutkan sekali lagi dalam serbuk roti. Ulang proses sehingga semua bahan habis.
9. Panaskan minyak dan goreng bebola keju menggunakan api sederhana sehingag kekuningan.
10. Sedia untuk dinikmati. Mengancam sungguh!
Kredit resipi & foto: Che Kelly Muhamad
=================================================================================================
4. ONION RING
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan tepung gandum
- 3 sudu makan tepung beras
- 3 biji telur | dipukul
- Serbuk roti secukupnya
- Bawang besar kuning ( holland) | dipotong bulat
- Keju cheddar keping secukupnya | potong 4 memanjang & balut gulungan bawang
CARA MEMASAK:
1. Sadur gulungan bawang yang telah dibalut dengan kepingan keju bersama bancuhan tepung gandum dan tepung beras hingga rata.
2. Celupkan ke dalam bancuhan telur yang telah dipukul.
3. Kemudian sadurkan dengan serbuk roti.
4. Seterusnya celup kembali ke dalam bancuhan telur diikuti serbuk roti. Salut hingga rata.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing dan berwarna kuning keemasan.
6. Angkat dan nikmati bersama sos. Memang terbaik!
Kredit resipi & foto: Hayatie Ramli
=========================================================================================
5. NUGGET AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 300g daging ayam | dikisar halus.
- 2 sudu teh garam
- Oregano
- lada sulah
- lada hitam
- herbes de provence (mix herbs)
CARA MEMASAK:
1. Gaul sebati semua bahan dengan isi ayam (letak semua herba ikut citarasa anda). Boleh bentukkan bulat, panjang atau ikut kesukaan masing-masing.
2. Salut adunan ayam dengan telur.
3. Kemudian salut lagi dengan bread crumb, ulangi sekali lagi.
4. Dengan api sederhana panaskan kuali dengan tuang minyak secukupnya. Goreng sampai Masak kuning keemasan. Angkat toskan Minyak.
5. Sudah siap boleh cicah dengan sos kegemaran anda.
INFO:
- Kalau suka boleh letak keju dalam adunan ayam tersebut.
- Kalau hendak frozenkan. Salut siap-siap dan letak dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.
- Ketika simpan dalam bekas selang selikan dengan plastik supaya tidak melekat dan senang untuk diambil.
Kredit resipi & foto: Izzat Mustaffa