Puding karamel sentiasa mendapat tempat di hati ramai. Makan sejuk-sejuk, memang sedap sangat. Enak juga dijadikan sebagai menu pencuci mulut ketika berbuka puasa nanti.
Nak buat puding karamel ni pun mudah je. Apatah lagi, resepinya hanya gunakan bahan yang memang sedia ada di dapur. Tak perlu susah payah nak ke kedai beli bahan.
Perkongsian resipi mudah oleh Ana Mohd ini buat kita tak rasa renyah pun nak buat puding karamel. Semuanya hanya menggunakan barang asas yang sentiasa ada di dapur kita. Jom cuba.
Kerangupan biskut kepala memang kebanyakan menyukainya. Tambah pula sewaktu membakar harum semerbak bau kelapa. Pasti leka menikmatinya, sedar-sedar dah separuh balang.
Bila dah sebati masukkan esen vanilla 1 sudu makan
Kemudian masukkan kelapa kering dan masukkan tepung jagung. sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
Sapu majerin pada loyang dan terap doh dengan acuan sapu sedikit telur putih dan tabur sedikit kelapa kering yang diwarnakan (tidak ada rasa tapi boleh menjadikan biskut lebih rangup)
Roti Telur Kukus memang sedap dan mudah sediakan. Menurut empunya resipi saudari Siti Nornaim Keng, menu ini adalah kenangan makanan yang arwah ibunya selalu buat. Kalau ada roti yang tak habis atau roti yang sudah agak keras serta hampir tamat tempoh, mesti buat macam ni.
Roti yang baru dikukus, memang sangat sedap dan lembut. Seakan roti yang baru dimasak. Berbaloi sangat untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasaknya. Anda sekeluarga pasti sukakan rasanya.
RESIPI ROTI TELUR KUKUS SEDAP & MUDAH. HANYA GUNA 3 BAHAN
Puding Kastard Cocktail ni memang sedap dan sesuai dihidang untuk tetamu untuk sebarang jamuan. Bahan-bahannya mudah sahaja dan tidak renyah. Bak kata empunya resipi saudari Nor Amirah, Puding Kastard Cocktail ni memang sedap. Rasa manis buah campur pula dengan rasa lemak tepung kastard dan makan sejuk-sejuk. Memang mantap. Ada yang nak resipi ke? Boleh salin dekat bawah ni.
BAHAN-BAHAN KASTARD:
1 cawan tepung kastard – beli online disini
4 cawan air
4/5 tin susu pekat manis – (kalau nak manis sikit, letak 1 tin susu pekat)
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semu bahan, sebatikan kemudian buka api.
2. Kacau sentiasa sehingga mendidih. Masak lama sedikit anggaran 5-10 minit selepas mendidih.
3. Masukkan terus dalam bekas dan biarkan ianya keras di luar (20-30 minit). Kemudian letak dalam peti biasa.
BAHAN KUAH:
1 tin susu cair – beli online disini
2 tin air
Sedikit air buah tin
Sedikit gula
1 sudu teh esen vanila
½ tin susu pekat manis
1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih anggaran 2 minit. Padamkan api. Birkan sejuk seketika.
2. Untuk menghidang, letak sumi, laici, buah dalam tin, sumi dan nata de coco dalam bekas bersesuaian.
3. Potong kastard yang telah mengeras tadi. Saiznya ikut kesesuaian. Jangan terlalu besar.
4. Tuang kuah yang dimasak tadi. Sejukkan sebelum dinikmati atau boleh juga hidangkan bersama ais. Selamat mencuba!