Ada yang siap packing pakaian untuk balik hujung minggu nanti. Tak sabar rasanya membilang hari. Sempat lagi nak buat biskut untuk bekalan sepanjang perjalanan dan buat lebih untuk kudapan bersama family di kampung. Biskut dengan teksur yang rangup ini susah nak berhenti makan. Memang layan.
Cara membuat: 1.Kacau butter, gula perang,gula halus hingga sebati. 2.Masukkan telur sebiji demi sebiji, esen vanilla, kacau lagi. 3.Masukkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit, kacau sebati. 4.Masukkan choc chip, badam, kacau sekata. 5.Adunan memang lembik sikit, boleh tambah 2 sudu besar tepung gandum.
Ads
6.Scoop atau sudukan atau getel adunan di atas baking tray. 7.Bakar pada suhu 160°c selama 15 -20 minit ( saya tambah masa bakar untuk lrbih rangup) ikut oven masing-masing. Kredit:Nor Azliza Mohamed
Sedapnya masak lemak cili padi. Tak kisahlah bahannya sayur, ikan, daging atau makan laut, memang sedap.
Bagi anda yang memang gemar masakan jenis ini, tentu tidak jemu jika masak dan makan menu masak lemak cili padi. Lagi-lagi rasanya kena dengan lemak, cukup asam garam dan pedasnya.
RASA kongsikan 4 resipi masak lemak cili padi yang memang mudah dimasak tetapi sangat sedap rasanya!
1. Masukkan santan di dalam periuk bersama bahan kisar dan ikan bilis. 2. Renehkan atas api sederhana. 3. Setelah mereneh masukkan pisang, kacau dan sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak. 4. Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK NENAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
½ biji nenas | potong tiga segi 4 ekor ikan masin sepat | goreng 500ml santan pekat 1 batang serai | titik Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi 3cm kunyit hidup 2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dalam periuk dan celur nenas seketika. Angkat dan tos. 2. Seterusnya, masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan serai. 3. Renehkan atas api sederhana, seketika kemudian masukkan nenas dan ikan masin.
4. Kacau dan rasa, jika sudah masin, anda hanya perlu perasakan dengan gula sahaja. Jika perlu tambah garam, tambahkan ikut keperluan. 5. Setelah cukup rasa dan nanas pun sudah masak sepenuhnya. Tutup api. Gulai nenas sedia dihidangkan.
PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun & hiris kasar Sedikit daun kaduk | hiris kasar 3 helai daun kunyit | hiris halus 3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali 4 batang serai | hiris halus 5 sudu makan tempoyak 500ml santan 1 keping asam gelugur Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi 3cm kunyit hidup 50gm ikan bilis yang telah dikopek
CARA MEMASAK:
1. Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos. 2. Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar. 3. Kacau rata, masukkan pula asam gelugor, asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai. 4. Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK CILI PADI DAGING SALAI PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging salai | hiris nipis 1 cekak pucuk ubi kayu | buang tangkai dan rebus 1kg santan pekat 1 keping asam gelugor 2 batang serai | titik Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi 3cm kunyit hidup 2cm lengkuas 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar, serai dan asam gelugor bersama santan di dalam periuk. 2. Renehkan di atas api sederhana. Setelah kuah mereneh, masukkan daging kisar bersama pucuk ubi. 3. Biarkan mereneh atas api lebih kurang lima minit. 4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah daging empuk dan cukup rasa. Tutup api.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tiga menu pilihan paling mudah disajikan, cara penyediaannya juga tidak mengambil masa yang terlalu lama, malah sangat senang dengan adanya MAGGI® Cukup Rasa sebagai penambah perisa. Anda boleh cuba sendiri di rumah untuk hidangan seisi keluarga.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
TIPS DI DAPUR: Cili kering hendaklah digunting nipis dan buang bijinya supaya tidak memberikan rasa yang terlalu pedas.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
TIPS DI DAPUR: Untuk mendapatkan ikan goreng yang rangup, pastikan ikan dikelar-kelar dan air basuhan disejatkan sepenuhnya. Jika ikan mengandungi air berlebihan, ini melambatkan proses menggoreng dan tekstur ikan akan menjadi lembap dan tidak garing.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
TIPS DI DAPUR: Seboleh-bolehnya taucu hendaklah dicuci dan buang airnya. Ini untuk mengelakkan rasa masin berlebihan pada masakan. Tak perlu tambah garam lagi sebab taucu dan kicap dah sedia masin.
Memasukkan bawang putih ke dalam periuk nasi ketika memasak sama ada diketuk, dihiris, atau dimasukkan sebiji-sebiji bukan sekadar petua kosong. Amalan ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan, aroma, dan ketahanan nasi.