Anda ada nak majlis kenduri kecil-kecilan dan hidangan masak sendiri? Menu Ayam Masak Cili Berkari ni anda boleh cuba. Maklumlah biasanya masak Ayam Sambal kan? Lari sedikit dari kebiasaan. Pasti anda suka akan rasanya.
AYAM MASAK CILI BERKARI
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 ekor ayam | dipotong 16
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan garam
2 cawan minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering | direndam
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia
6 biji buah kurma
2 tangkai daun kari
1 sudu teh pati asam jawa
1 cawan air
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Ads
Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
Goreng sehingga ia menjadi garing. Tos dan ketepikan.
Ketepikan separuh dari minyak tersebut. Masukkan daun kari dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar terlebih dahulu di dalam minyak selebihnya sehingga pecah minyak.
Masukkan pati asam jawa, air dan garam. Masak sehingga mendidih sebelum memasukkan ayam.
Masak sehingga pekat dan kuah menyaluti ayam.
Info chef: Tambahkan kacang gajus sebagai hiasan.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rasa Nostalgia Ramadan kembali bersiaran dengan membawa pelbagai resipi istimewa sempena Ramadan ini. Memang buat anda semua terlur dengan juadah yang dikongsi oleh Datuk Chef Wan bersama tetamu jemputannya. Hari ini kecoh lagi bila Falyq & Radin Amir dari konti radio bergabung menyiapkan juadah berbuka kegemaran kedua tetamu jemputan ini. Ada saja celoteh masing-masing yang mencuit hati.
Sambil memasak berborak tentang nostalgia Ramadan. Apapun resipi yang dikongsikan ini mudah buat dan memang menjadi kegemaran anda semua tatkala waktu berbuka dan sahur.
Jangan lupa saksikan episod seterusnya Rasa Nostalgia Ramadan dengan masakan dan tetamu jemputan yang hebat belaka. Jom lah standby depan televisyen setiap jam 5:00 petang buka saluran Astro Prima 105 & 125 pada hari Isnin hingga Khamis.
Pada hari ini menunya sungguh istimewa iaitu Ayam Masak Halia dan Roti Sardin Salut Telur. Jom kita lihat bahan-bahannya.
1 labu bawang putih
2 ketul halia (dihiris) & (ditumbuk)
3 sudu sos tiram
Minyak bijan
Cili
Cendawan Shitake
Gajus
Daun bawang
Tepung jagung
Kicap cair
Kicap pekat
Cara memasak:
1. Goreng gajus terlebih dahulu dan dibawa keluar daripada kuali (ketepikan).
2. Salut ayam dengan tepung jagung dan halia yang ditumbuk halus.
3. Goreng ayam tersebut hingga masak. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan tinggalkan
sedikit minyak.
4. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
5. Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, bijan dan ayam ke dalam kuali. Gaulkan bahan-bahan
tersebut.
6. Masukkan halia yang ditumbuk ke dalam kuali.
7. Selepas itu, masukkan cendawan ke dalam kuali. Gaul sehingga cendawan lembut.
8. Kemudian masukkan minyak bijan, sedikit air, gajus yang telah digoreng dan daun bawang
ke dalam kuali.
9. Gaul sehingga masak. Sedia untuk dihidang.
ROTI SARDIN SALUT TELUR Bahan-bahan:
Sebuku roti
1 tin sardin
1⁄2 biji bawang besar (hiris nipis)
1⁄2 tangkai cili merah (hiris)
Sedikit garam
Perahan limau nipis/kasturi
3 biji telur (dipukul seketika)
Sedikit tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
Susu segar
Lada sulah
Cara memasak:
1. Roti dipotong tiga segi (potong bahagian kulit/bahagian kulit dibuang).
2. Pecahkan sardin, masukkan cili, bawang dan sardin.
3. Masukkan 1 biji limau dalam sardin (gaulkan).
4. Masukkan lada sulah dalam sardin (2 sudu).
5. Lenyekkan dan gaul semula.
6. Masukkan daun bawang hiris ke dalam sardin dan gaul.
7. Pukul telur, masukkan garam dan susu.
8. Panaskan minyak.
9. Letak inti atas roti, tutup roti dan celup ke dalam telur.
10. Goreng sampai masak. Sedia untuk dihidangkan
Sedapnya Ayam Ungkep! Buat peminat masakan Jawa, anda pasti akan in love dengan resipi Ayam Masak Ungkep ni. Rasanya sedap dan kalau makan pasti tak cukup sepinggan nasi.Untuk membuatnya tidaklah sesusah mana. Bahan-bahannya juga senang nak dapat. Untuk anda yang teringin untuk mencuba, anda boleh gunakan resipi perkongsian saudari Noor Baini Ali ini sebagai panduan. Selamat mencuba.
CARA MASAK AYAM UNGKEP YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1/2 ekor ayam – potong kecil 2 batang serai -titik 3 ulas bawang merah – tumbuk – beli online disini 3 ulas bawang putih – tumbuk – beli online disini Kunyit hidup (besar ibu jari) – tumbuk Cili padi (sukatan ikut citarasa. Empunya resipi suka pedas) – tumbuk Biji ketumbar paket kecil -rendam dulu supaya senang tumbuk. Jika tiada, boleh guna serbuk – beli online disini 1 sudu teh serbuk kunyit – jika perlu – beli online disini 1 sudu makan asam jawa – beli online disini Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan tumbuk serta serai hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata hingga bersalut dengan rencah. Tutup periuk hingga ayam masak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau seketika dan biarkan kuah memekat. Jika kuah tidak terlalu kuning, masukkan serbuk kunyit. 4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. 5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kalau ada stok dada ayam di rumah, jom try buat ayam gunting. Resipinya simple je. Tapi sedap sangat dirayah panas-panas.
Ayam gunting ini kalau dibeli di kedai, sekeping RM6. Kalau ada anak ramai, memang memerlukan kos yang agak tinggi nak beli ayam gunting ni. Salah satu cara untuk berbaloi, boleh cuba masak sendiri ayam gunting ni. Berbaloi juga kalau nak nikmati ramai-ramai. Resipi ini telah dikongsikan di facebook group RASA Share Resepi. Resipi sebenar telah dimuatnaik oleh Salimah Olie di facebook beliau. Terima kasih Salimah Olie kerana berkongsi resipi yang sungguh menyelerakan ini.
BAHAN-BAHAN
Dada ayam (dileperkan)
Tepung serbaguna (BELI DI SINI)
1 sudu kecil soda bikarbonat (BELI DI SINI)
1 biji telur ayam
Garam (BELI DI SINI)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dada ayam dileperkan dan diketepikan.
2. Dalam pinggan, campurkan tepung serbaguna dengan soda bikarbonat. Ketepikan.
3. Pecahkan telur ayam dalam pinggan lain dan masukkan garam.
4. Panaskan minyak masak.
5. Golekkan ayam pada tepung. Celupkan dalam telur ayam tadi. Golek semula dalam tepung.
6. Goreng dalam minyak masak yang sudah cukup panas.
7. Selepas masak, guntingkan ayam dan tabur dengan perisa yang disukai.