Sedapnya kalau dapat makan dadih sejuk. Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk dadih segera yang dijual. Namun, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Lebih jimat, mudah serta sedap! Sekali buat, dapat 9 cawan dan boleh letak macam-macam perasa. Jom lihat dan cuba resipi perkongsian saudari Nur Haziqah ini.
CARA MUDAH BUAT DADIH HOMEMADE SEDAP
BAHAN-BAHAN: 150gm gula (boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. Sukatan ini manis sedang-sedang sahaja) 20gm serbuk agar-agar – beli online disini 1 sudu makan tepung jagung – beli online disini 1 sudu teh garam 1 liter susu segar / susu kotak – beli online disini 500ml air Perasa pilihan ikut cita rasa ( empunya resipi guna serbuk koko dan 1/2 paket serbuk nescafe 3 in 1)
CARA MEMASAK: 1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api sehingga mendidih dan agar-agar larut. Guna api perlahan sekejap sehingga agar-agar larut kemudian baru guna api besar sampai mendidih.
2. Bila agar-agar sudah larut, tapiskan. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati. Tidak perlu masak bila lepas masukkan susu.
IKLAN
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan perisa kesukaan. Empunya resipi buat tiga perasa iaitu perasa susu, koko dan nescafe. Kalau guna nescafe ni masukkan 1/2 paket sahaja. Kalau masukkan satu pakett nanti manis sangat.
4. Masukkan campuran dadih ke dalam cawan dan biarkan sejuk.
5. Bila sudah sejuk, tutup cawan dan masukkan ke dalam peti ais dalam 1-2 jam.
6. Dadih homemade yang sedap sudah siap untuk dimakan.
IKLAN
7. Dadih ini bahagian bawahnya tidak berjeli. Kalau guna serbuk dadih paket, bawah akan berjeli.
8. Hasilnya. Dadih tidak cair dan tidak keras. Gedik-gedik macam puding sedut tu.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi cucur bilis kentang. Ya, cucur bilis kentang adalah hidangan yang biasa-biasa saja. Tapi dengan cara buat yang betul, cucur bilis kentang tak cukup sepinggan. Sebab apa? Sebab teksturnya rangup di luar dan lembut di dalam.
Cucur bilis kentang sesuai dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan dan juga untuk minum petang. Namun ada juga yang membuat cucur bilis kentang sebagai selingan pada waktu malam sambil-sambil mengopi seisi keluarga.
Melalui lama facebook Suzana Othman, wanita ini kongsikan resipi cucur bilis kentang yang mungkin boleh buat anda bersemangat untuk memasak.
Sesuai dimakan dengan sambal kicap. Boleh juga dicecah bersama sos cili. Ikut selera anda.
Selain dipanggil cucur, ada juga tempat yang menamakan hidangan ini sebagai jemput-jemput. Tak kisah apa namanya, hidangannya sama saja ya.
CUCUR BILIS KENTANG
BAHAN A
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Tumbuk semua BAHAN A.
2. Boleh juga dikisar kasar-kasar.
BAHAN B
2 cawan tepung gandum
1½ cawan air panas
2 biji kentang (disagat)
Daun bawang (dihiris)
Garam secukupnya
BAHAN C
Minyak masak untuk menggoreng
Ini bahan-bahannya ya.
CARA MEMBUAT CUCUR BILIS KENTANG
1. Satukan BAHAN A dan BAHAN B dalam satu bekas besar.
2. Adun sehingga sebati
3. Panaskan minyak masak secukupnya. Cucurkan adunan ke dalam kuali. Boleh gunakan sudu atau gunakan tangan.
4. Goreng sehingga kekuningan. Angkat, toskan dan sedia dihidang.
1. Bedakkan ikan dengan garam dan kunyit. Saya letak sikit tepung jagung untuk tambah kerangupan. Nak guna ikan apa pun tak kisah. Panaskan minyak dan goreng ikan dulu. Ketepikan.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan sedikit air limau nipis. Kacau dan kacau sampai pecah minyak lagi. 5. Campak-campak je daun limau purut. Tambah sedikit air. Biar mendidih. 6. Masukkan gula. Ikutla tahap kemanisan yang suka. Perasakan dengan serbuk perasa. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam.
7. Tutup api, boleh campak manja tomato. 8. Tuang kuah pedas Thai atas ikan dengan penuh curahan kasih sayang. Tabur sedikit daun ketumbar sebagai penyeri hidangan.
Jika ke kedai makan atau restoran, menu SupTauhuTelur berkuah pekat dan sayur ni antara yang jadi pilihan ramai. Budak-budak pun suka. Teksturnya yang lembut dan enak. Memang tak puas makan. Anda suka menu ni tapi tak tahu nak masak macam mana? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Shaiela Ehin ni.
CARA MASAK SUP TAUHU TELUR
BAHAN-BAHAN:
2-3 tiub tauhu telur – dipotong
1 tangkai daun bawang – dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih – diketuk sedikit
Kiub pati ayam secukup rasa
1 biji telur
Cendawan – boleh dipelbagaikan dengan aneka sayur lain
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng tauhu telur hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumis bawang putih hingga keperangan.
Masukkan air ikut sebanyak mana kuah yang anda nak. Biarkan mendidih.
Seterusnya masukkan cendawan, lada hitam dan kiub pati ayam.
Bila sayur dah masak, perlahankan api dan masukkan telur yang telah dipukul. Kacau cepat telur tadi bagi mengelakkan ia berketul-ketul.
Masak lagi kuah hingga mendidih.
Jika kurang rasa, boleh tambah garam dan perasa secukupnya.
Padamkan api dan masukkan daun bawang. Tuang kuah ke dalam pinggan berisi tauhu telur.